Blue Ocean Strategy KAGAT Siri2

Amat malang bagi seorang pemimpin yang berucap tentang strategi Lautan biru tetapi pada masa sama, memimpin organisasinya berenang di lautan merah. Lebih malang lagi kiranya pemim pin itu hanya berdiri diantara dua lautan dalam keadaan buntu serta terkapar-kapar mencari arah sedangkan mereka yang bergelumang dilautan merah telah keluar berenang dilautan biru. Lebih malang lagi jika pemimpin itu bersusah payah berenang di atas daratan dengan sangkaan dia telah membawa organisasinya berenang dilautan biru dengan jayanya.

Untuk keluar dari lautan merah itu sendiripun begitu susah, apatah lagi untuk membawa perenang yang tidak pandai berenang bertarung dilautan biru. Persoalan utamanya adalah terletak kepada bentuk pemikiran seseorang. Mereka yang jumud, ragu-ragu dalam bertindak, kekeringan idea, miskin jalan bertindak serta tiada halatuju yang jelas merupakan orang yang tidak mungkin mampu bertarung dilautan biru. Meskipun dalam ucapan maupun percakapan , soal strategi laut biru sering diperkatakan, namun keadaan dirinya yang terjajah dan terperangkap dalam kerangka perasaan negative tidak memungkinkan beliau untuk memerdekakan diri dan bertarung di lautan biru. Organisasi yang dipimpin oleh pemimpin seperti ini akan terus tepu ataupun berada dalam proses kehancuran.

Berbalik kepada KAGAT, potensi untuk Kor terus berkembang adalah amat luas. Persoalan utama terletak kepada kemana halatuju yang ingin dibawa oleh pihak kepimpinan. Saya percaya pihak pimpinan tertinggi KAGAT telah mempunyai pelan strategic yang jitu untuk membawa KAGAT berenang dilautan biru. Sebelum itu amat penting untuk membawa (membina) pola pemikiran ‘pembuat keputusan ‘ didalam kor ini kearah pemikiran strategic. Persoalan peribadi wajib diketepikan dan persepsi terhadap individu mesti dianalisa dengan pandangan strategic. Mereka yang dilihat begitu lantang tidak boleh ditakrifkan sebagai penentang atau penggugat manakala mereka yang dilihat akur serta bersikap “yes men’ tidak boleh ditafsirkan sebagai tonggak kepada kecemerlangan organisasi. Ini kerana, mereka yang lantang (serta melaksanakan tanggungjawab dengan baik) adalah golongan yang berfikiran kritikal manakala mereka yang “dilihat akur” (dengan membiarkan orang bawahannya melakukan tugas tanpa memberi input berdasarkan analisa kritikal ) adalah golongan tepu yang tidak membawa apa-apa faedah kepada organisasi. Bahkan kehadiran mereka boleh dilabelkan sebagai “monolith” yang menyekat kemajuan organisasi.

BAGAIMANA BERFIKIR SECARA STRATEGIK?

Insya Allah persoalan ini akan dibicarakan dalam posting akan datang…..
Setialah bersama www.skot79.blogspot.com Skot 79…. PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT DI MASA HADAPAN

0 comments: