Blue Ocean Strategy KAGAT : Revolusi Pemikiran

Bila membicarakan soal Blue Ocean Strategy maka kalimat PERUBAHAN tidak mungkin dipisahkan daripadanya. Blue Ocean Strategy ini telah diperkenalkan oleh W. Chan Kim dan Renee Maunborg. Konsep yang diketengahkan oleh Blue Ocean Strategy ini adalah merupakan satu bentuk pendekatan sistematik untuk mencipta ruang pasaran yang tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan pesaing tidak relevan. Lawan bagi Blue Ocean adalah Red ocean. Perbezaannya adalah, Red Ocean merujuk kepada satu pasaran yang di dalamnya penuh dengan persaingan dari individu atau industri yang menghasilkan perkhidmatan dan produk yang sama. Kedua-dua strategi ini mempunyai konsep yang berbeza dari segi cara bertindak dan berfikir.

Berbalik kepada KAGAT maka persoalan yang perlu diketengahkan melalui Strategi laut Biru atau blue Ocean strategy ini adalah untuk membawa perubahan dari segi berfikir dan bertindak agar KAGAT mampu keluar dari kepompong pemikiran dan tindakan lama kearah pemikiran dan tindakan baru bagi mengharungi gelombang semasa. Selama ini KAGAT hanya bergelombang dan berenang dalam ombak Lautan Merah. Strategi Lautan Merah digambarkan sebagai industri yang telah didefinisikan dan diterima ramai serta aturan-aturan permainan di dalamnya sudah diketahui umum, yang mana individu dan industri akan bersaing di dalam ruang pasaran yang sedia ada. Manakala Strategi Lautan Biru digambarkan sebagai ruang pasaran yang belum dijelajahi. Strategi ini menjadikan pesaing tidak relevan.

Dalam konteks pengurusan KAGAT , Strategi Laut Biru akan menjadikan organisasi ini berani berinovasi dan berkreativiti serta mencipta permintaan baru walaupun tidak ada jaminan beroleh kejayaan. Tidak mustahil jika suatu masa KAGAT mampu menerajui kepimpinan tentera sebagai PAT. Berbeza dengan strategi lautan merah yang diamalkan kini, organisasi bertindak mengeksploitasikan permintaan yang sedia ada. Sering kali strategi ini menghadapi masalah mengenai persaingan dari pesaing-pesaing untuk merebut potensi yang ada. Dalam saat memenangi saingan ini, sumber dan masa telah terbuang tanpa disedari. Persaingan yang dimaksudkan dalam konteks KAGAT sebagai subjek adalah merujuk kepada pengurusan organisasi dan perlaksanaan ‘Dakwah’ sebagai Business Core.

0 comments: