Gelombang Skot79

GELOMBANG SKOT79: PERSEDIAAN MENGHARUNGI KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN

Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya, apakah maksud Gelombang Skot79 ini. Bila disebut gelombang pastinya kita akan terbayang satu pergerakan atau boleh juga disebut satu momentum. nak kata momentum bunyi agak perlahan, nak namakan Tsunami pula bunyinya agak ganas.

bagi saya skot79 mesti bergerak kearah mempersiapkan diri menghadapi cabaran memimpin Kor Agama angkatan Tentera yang kita sayangi ini. Kenapa saya katakan begitu/ ini kerana Skot79 mempunyai kekuatan kearah mencapai matlamat ini. pokok pangkalnya mesti ada persiapan dari sekarang. Ini penting kerana apabila masanya tiba maka Skot79 sudah mempunyai persediaan yang secukupnya bagi menggalas AMANAH ALLAH ini.

Saya sengaja menekankan perkataan amanah Allah ini agar Skot79 sedar bahawa jawatan dan tugas yang diberikan adalah Amanah. Lantaran itu, bila disebut amanah maka perkara ini tidak boleh dijadikan bahan rebutan. jika kita tidak sedar bahawa ianya adalah amanah maka akan berlakulah perebutan dan khianat mengkhianati sesama sendiri. Ingatlah, apabila perkara ini berlaku maka Allah akan membiarkan sendiri hambanya itu menyelesaikan permasalahan mereka tanpa ada rahmat daripadaNya. Tidak peliklah jika kita melihat dalam tempoh setahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya, tidak ada kemajuan apapun yang dapat dilihat dan dinikmati oleh Kor. Bahkan apa yang lebih dahsyat, akan berlakunya pergolakan yang akan membawa kepada kemusnahan dan fitnah yang besar terhadap Kor kita ini.

Bagi sahabat Skot79, masa kini adalah masa untuk kita mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, pengalaman dan latihan untuk menggalas amanah MEMIMPIN KAGAT DI MASA HADAPAN.Masa kini adalah masa untuk kita membuat persediaan dari segala segi. Bukan hanya "merapati" atau melobi individu tertentu. pada pandangan saya, Skot yang tidak pernah berada di Unit tempur tidak layak untuk menerajui tiga jawatan terpenting KAGAT. Bahkan untuk menerajui PSM itu sendiripun, TIDAK LAYAK. Ini kerana individu yang sebegini hanya melihat dari atas tanpa menyelami apa sebenarnya yang berlaku di medan. Tidak cukup saudara turun sekali-sekala atau menyertai misi PBB untuk tempoh tertentu. Saudara kena berada di unit untuk tempoh tertentu. Lihat sendiri bagaimana anak buah berkerja diunit-unit tempur dan pusat-pusat latihan. Bila perkara ini berlaku, maka barulah saudara mempunyai gambaran jelas untuk memimpin sesebuah sel atau Kor. walaupun begitu, ianya masih perlu di tapis. Lihatlah apa yang telah saudara lakukan di pasukan itu. kalau hanya kerja rutin dan statik, maka saudara tidak layak menerajui KAGAT. Kerja rutin bermaksud melaksanakan tugas rutin pejabat, buat tahlil hujung minggu dan buat ceramah hari kebesaran Islam. Yang lebihnya dok menengung dan berkhayal.

Bagi Skot79, Ingatlah kalau statistik buta al quran di pasukan saudara sendiripun, saudara tak tahu, maka jangan berangan untuk menerajui kepimpinan Kor. Begitu juga sekiranya saudara tidak mampu membuat keputusan yang jelas, pusing duit untuk masuk poket sendiri ( Maaf saya tidak maksudkan sesiapa dan Skot79 tidak adapun yang terlibat dalam kes ini bahkan seluruh warga Kagat tidak terlibat.... cuma takut-takut perkara ini berlaku), perah keringat anak buah untuk kepentingan peribadi bukannya untuk kepentingan Kor dan macam-macam perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Untuk menerajui Kor, saudara mestilah mempunyai matlamat dan halatuju yang jelas. jangan jadi BENGONG tak tahu nak buat apa. Nanti orang lainpun turut jadi bengong. apa tidaknya, nak buat kerja sendiri takut melangkaui bos, tunggu arahan bos tak kunjung tiba, melopong kerja tak ada faedah, masa terus bergerak, umur makin tua, di luar sana panglima dan menteri sedang menilai, akhirnya Fitnah akan berlaku kepada Kor dan seluruh warga KAGAT.

Akhir sekali bagi SKOT79 yang dah menarik hand break... meskipun perlu berkerja lagi beberapa tahun tapi macam pagi esok dah nak berhenti .... saya cadangkan agar tuan-tuan buatlah permohonan berhenti. Berilah peluang kepada orang yang hendak berkerja sehingga akhir hayat. Ingtalah Rasulullah terus berdakwah walaupun nyawa Baginda sudah di penghujung tenggorokan.

Kalau tak nak ikut Rasulullah nak ikut siapa lagi.... Okeylah teman Skot79 semua. selamat berjuang.

5 Pegawai Skot79 calon Misi PBB

Kuala Lumpur 27 Jan 2011.

5 orang ahli Skot79 dicalonkan untuk menyertai misi PBB ke Lubnan. Mereka terdiri daripada Presiden Bapa "C" Mej Osman Ghazali, Tok Hafiz Skot79 Mej Hj Tirmizi Mat Isa, Jejaka Misai Kacak Kapt Nazir Al IKEDI dan Kapt Zaman Al WAWILAI serta Jejaka Misteri Kapt Sabri Al Kosovo. Kesemua mereka telah menjalani temuduga di jabatan arah KAGAT pada 27/1/2011 kecuali Kapt Sabri Al Kosovo yang tidak dapat dijejaki.

Bagi ahli Skot79 yang lain harap bersedialah dari segi fizikal dan mental. Tuan-tuan mungkin akan disenaraikan pada bila-bila masa. Skot79 yang tak pernah berenggang dengan anak dan bini tu, bersedialah menghadapi cabaran yang boleh menguji iman saudara-saudara. bagi Mej Osman, mungkin ujian itu dapat di atasi dengan senang kerana sudah 5 tahun terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri demi kor dan ATM.

Syabas diucapkan untuk SKOT79. PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN.

Ilmi Kini

Pertamanya Skot79 ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Komandan ILMI (Lt Kol Ku Ibrahim Najib) di atas kejayaan beliau menerajui Ilmi dengan begitu jaya. Dalam masa pemerintahan Kol Ku, banyak perubahan dapat dilihat berlaku di Ilmi baik dari segi pembinaan infrastruktur dan pembinaan jiwa manusia pertahanan.Apa yang menariknya bila sampai ke Ilmi, satu identity yang berjaya di bawa oleh Kol Ku adalah program membudayakan bacaan Ma’thurat. Syabas diucapkan kerana program itu banyak memberi kesan kepada mereka yang terlibat. Terasa jiwa ini terisi dengan vitamin dari khasiat bacaan Al Ma'thurat itu.

Penginapan pun dah berubah. Meskipun saiz bilik masih sama namun service yang diberikan ada peningkatan. Sekurang-kurangnya, kedatangan kita ke Ilmi, terasa seperti di alu-alukan. Taklah terasa seperti menumpang di tempat orang. Service di dewan makan pun sudah ada peningkatan. Layout hidangan sudah ada ciri-ciri kat hotel. Nak makan berselera sikit. Internetpun sudah boleh di akses secara percuma.

Apapun yang nak dipuji, tidak ketinggalan pujian diberikan kepada seluruh staf Ilmi terutama Keluarga Skot79 kita Profesor kapten Roslan Hj Rahmat dan Mej Hisyamuddin. ada juga sumbangan Skot79 dalam memajukan ilmi ye... Syabas di ucapkan.

Akhir kata teringat teman kepada sepotong hadis yang bermaksud " apabila sesuatu amanah (tanggungjawab) itu diberikan kepada individu yang bukan ahlinya (pakar) maka tunggulah saat kehancurannya" maka dalam konteks ilmi kita lihat kepimpinan telah diberikan kepada orang yang selayaknya. alangkah baiknya jika aura Ilmi itu meresap kepada Kor KAGAT keseluruhannya... Hebat.... Hebat...

Bangkitkan Semangat

dalam menempuh alam pekerjaan, tidak dinafikan kadang-kadang semangat kita akan menurun. Bahkan yang lebih teruk apabila semangat langsung hilang.

Dalam memperkatakan bab semangat ini, beberapa perkara perlu dilihat bagi mencari solusi kearah membangkitkan semangat khususnya buat Skot79 semua.

Peertamanya... Lihat kedalam diri kita sendiri. Apakah kita melaksanakan tugas yang diamanahkan berpaksikan rasa tanggungjawab kita atau berpaksikan rasa "keterpaksaan". Rasa keterpaksaan adalah berhubung dengan ketidak ikhlasan hati dalam melaksanakan tugas. Ini mungkin berlaku kerana kita melakukan tugas semata-mata kerana mengharapkan gaji atau mungkin terdapat kekecewaan terhadap sesuatu perkara yang ada hubungkait dengan bidang tugas kita.

Rasa kecewa itu mungkin disebabkan kita merasakan hak kita dinafikan atau mungkin kita merasa diri dianiayai.Hal ini boleh menyebabkan timbulnya perasaan kecewa terhadap bidang tugas. dalam pada itu, tidak dinafikan juga bahawa terdapat segolongan insan mulia yang dianugerahkan Allah dengan semangat "berkorban" dan diberi kekuatan semangat yang berterusan dalam diri mereka. Namun dalam memperkatakan semangat SKOT79 ini, saya melihat kebanyakkan kita adalah insan biasa. . Lantaran itu perlu ada sesuatu tindakan daripada individu tertentu bagi menjaga kebajikan Skot79 agar sentiasa terjaga.

Keduanya berhubung kait dengan pentadbiran khususnya dalam Pembangunan Sumber Manusia bagi kor kita. Terus terang saya katakan, jika PSM tidak memainkan peranan sewajarnya maka akan berlakulah Letusan atau Ledakan ketidakpuasan hati terhadap badan tertinggi yang bertanggungjawab menjaga kor kita.

Okey skot.... perkara ini akan dibincangkan dengan lebih detail bagi posting akan datang. Sekian.

MAJU SKOT79 UNTUK MENERAJUI KAGAT

Selamat Menyambut Tahun 2011


Skot79 Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2011. Dah Tua kita semua ye.....