Alihan Paradigma KAGAT

16 april lalu, genaplah usia KAGAT 26 tahun. Usia yang menggambarkan kematangan sesebuah organisasi. Kalau diukur kepada manusia, usia 26 tahun dikira sebagai usia yang melayakkannya untuk seseorang membina keluarga sendiri. Usia yang dikira sebagai usia matang bagi seseorang untuk menjadi ketua.

Sambutan HUT ke 26 pada kali ini berlangsung dalam suasana yang amat sederhana. Meskipun begitu, ianya tetap dilaksanakan dalam suasana meriah. Skot79 mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh warga KAGAT bersempena dengan HUT yang ke26 ini. Tahniah juga diucapkan kepada Pemangku Pengarah yang telah memberikan ucapan yang penuh pengertian dan harapan. Tak lupa juga ucapan tahniah kepada seluruh tenaga kerja yang telah menjayakan majlis sambutan itu terutama Lt Kol Ku Ibrahim dan warga ILMI. Lt Kol Ku pun nampak segak hari tu. Syabas diucapkan.

Bila sebut tentang ILMI seharusnya tumpuan kita diberikan kepada Skot kita, Profesor Kapt Roslan. Nampaknya pada hari itu, beliau kelihatan letih semacam dah. Mungkin tak tidur malam untuk memastikan persiapan HUT berjalan dengan lancer. Namun apa yang dikagumi, professor Kapt Roslan sentiasa senyum je walaupun letih. Tak pernah merungut dengan bebanan kerja yang terpaksa di tanggung. Sepanjang tempoh bersama dengan dia, Profesor Kapt Roslan menunjukkan komitmen kerja yang tinggi. Tak pernah fikirkan soal pangkat atau apa-apa anugerah. Itu yang membuat Skot79 “segan/kagum” dengan Profesor Kapt Roslan ni. Apapun, Skot79 mendoakan agar Allah membuka pintu rahmatnya dan membuka hijab kepada “orang berkenaan” untuk melihat jasa skot kita ini. Kalaulah ada kekosongan semoga paku yang tertanam di bahu Profesor Kapt Roslan dapat di cabut dan ditukarkan dengan “Crown”. Amin.

Bila membicarakan soal jasa dan pengorbanan, skot79 ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat dari WO2 ke WO1 serta penerima anugerah sijil Kepujian Pengarah KAGAT. Tentang penerima sijil anugerah Pengarah KAGAT tu, Ada juga suara yang bertanya tentang bagaimana mereka dipilih? Atau dengan bahasa lain, apakah criteria yang diguna pakai untuk memilih mereka yang layak diberi anugerah itu? Jawapan yang saya mampu berikan: Mereka dipilih atas jasa yang diberikan oleh mereka. Yang penting tentu ada satu jawatankuasa yang bertindak mencalonkan, menyaring dan memilih mereka berdasarkan criteria tertentu. Jawatankuasa ini tentulah meletakkan unsure ketuhanan melebihi segalanya kerana setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan oleh mereka, akan disoal oleh Allah di akhirat nanti.

Ada lagi yang bertanya, mengapa anggota PASDAM ramai yang dipilih, aku tengok si XXXX tu, setiap tahun dapat anugerah , segala keistimewaan dalam KAGAT dia dapat. Haji, PBB, sambung belajar, Brunai, bla, bala, bla, bla…… Saya jawab “Tu kawe (Saya) tak tahu. Kawe (Saya) pun tak perasan (bahawa dia dapat anugerah setiap tahun) la gu. Demo kena ingat, “Core Business”KAGAT ni dakwah. (So) pade la demo tu dapat (layaklah kalau ramai anggota PASDAM di beri anugerah itu). “

“Habis tu orang lain tak buat kerja ko?” Saya jawab “No komenlah sahabat, kawe jaga sel inspektorat (dan RnD) je… He…he.. (dengan nada bergurau saya tambah) tapi demo kena ingat , kalau tak ada PASDAM KAGAT kena bubar.”

Dalam perjalanan, saya terfikir, ada juga kebenaran kata-kata sahabat itu. “Habis orang lain tak buat kerja ko?”……. YA! jika segala “ghanimah” hanya diberikan kepada individu tertentu dan terpilih sahaja sedangkan “pejuang” yang berjuang membawa misi bagi mencapai VISI KAGAT itu berbagai peringkat maka perkara itu amatlah tidak patut.

Apa kata pegawai kita yang pergi menyertai misi menyelamatkan tebusan di Teluk Aden. Adakah jasa mereka tidak diiktiraf oleh KAGAT. Bukankah mereka juga pegawai KAGAT. Bagaimana pula mereka yang menyertai misi bersama Kapal Tunas Samudera, mereka yang terpaksa meninggalkan anak isteri
Kerana terlibat dengan operasi diperbatasan. Bukan sehari dua tetapi berbulan-bulan. Bagaimana dengan mereka yang terpaksa berpisah dengan anak isteri disebabkan sistem data base PSM yang terlalu naïve. Bagaimana kedudukan anggota kita yang terpaksa belayar berbulan-bulan disamudera. Bagaimana kedadaan pegawai dan anggota kita yang berkerja bermati-matian menghidupkan dakwah dipasukan. Apakah jasa mereka tidak diiktiraf kerana mereka tidak pandai “mengipas”? Apakah mereka yang membangunkan sistem CBQ, e NCR, PIFA, Kajian KPPSA, ISO, e Masjid dan sebagainya tidak setaraf dengan anggota PASDAM?

MORAL OF THE STORY

Itulah secebis daripada kisah yang ingin dibincangkan oleh Skot79. Pokok persoalannya adalah KRITERIA. Apakah criteria yang diguna pakai untuk memilih dan mencalonkan seseorang samada untuk kenaikan pangkat, penerima anugerah, sambung belajar, pergi haji, penempatan posting dan sebagainya. Adakah criteria yang diguna pakai ini direkodkan, ditulis (Didokumenkan) atau hanya mengikut kehendak hati semata-mata. Jika didokumenkan, apakah ianya telah dibincangkan, dimesyuarat dan dibentangkan terlebih dahulu? Jika semua ini ada, adakah mereka yang dipilih itu, disaring daripada seluruh warga KAGAT. Atau, adakah mereka yang dipilih itu merupakan insane terpilih yang bersifat very perfect , Intention, full wish, pious people, high quality, Genius, High commitment, Loyalist, Full obedient, dan segalanya yang menyebabkan mereka tidak perlu melalui prosedur yang telah ditetapkan. Atau, adakah kita memilih mereka secara cincai sahaja dengan alas an “Pilih aje lah… bukan ada apa pun…”

Jika itulah yang berlaku maka kita perlu membuat post mortem balik. Apapun keputusan yang ingin kita buat maka kita perlu melihat dari berbagai sudut. Untuk memuaskan hati semua orang adalah sesuatu perkara yang mustahil boleh berlaku. Walaubagaimanapun kita boleh membuatkan orang akur dengan keputusan yang dibuat sekiranya kita melakukan sesuatu tindakan berdasarkan prosedur dan melihat kepada criteria yang telah ditetapkan. Sebagai contoh mereka yang disaman kerana memandu melebihi had laju. Jika tiba-tiba surat saman sampai sedangkan dia tidak tahu pun bahawa dia telah melakukan kesalahan itu, timbul pertanyaan dihatinya “ adakah betul dia telah memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, maka disini, tentulah dia akan marah dan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Sebaliknya jika dia di tahan di tempat kejadian, dinyatakan kesalahan yang telah dilakukan, ditunjukkan bukti dan diminta menanda tangani surat saman maka dia akan akur, menerima dan redha dengan perkara itu walaupun hatinya mungkin tersa marah. Marahnya itu adalah kepada dirinya sendiri bukan kepada polis yang telah menyamannya itu.

Berbalik kepada apa yang kita bincangkan, persoalan akan timbul apabila kretaria dan prosedur pemilihan dipersoalkan. Apatah lagi apabila individu tertentu dipilih sedangkan ramai lagi mereka yang dikira layak tidak dipilih.

Sebagai “Ustaz” kita sering membicarakan soal keadilan, soal amanah dan soal tanggungjawab. Namun apabila dalam kehidupan seharian, apakah subjek yang kita bicarakan itu kita amalkan? Atau paling tidak kita cuba mengamalkannya dan menjadikannya sebagai budaya kehidupan kita atau adakah kita menjadi golongan yang disifatkan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Untuk para sahabat Skot79,

Jika kerja dilaksanakan berdasarkan sistem dan peraturan yang telah ditetapkan nescaya organisasi yang dipimpin ini akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Inilah organisasi yang dicintai oleh Allah sebagaimana diterangkan di dalam ayat berikutnya dari surah Al shaf :
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tujuan Skot79 membicarakan persoalan ini adalah untuk memberi PERINGATAN. Ini agar “ghanimah” daripada titik peluh pejuang-pejuang dibahagikan sama rata kepada mereka yang layak menerimanya.

0 comments: