Luncuran Boieng

Perintah ulung pengarah KAGAT ke 5, rasanya dah lebih 10 kali saya membacanya. bukan tak faham, sebaliknya cuba melihat kepada realiti sebenar untuk melaksanakan.





Jika diamati dengan sebaiknya, Perintah Ulung itu merupakan projek Mega yang berbahagia Pengarah KAGAT untuk melonjakkan KAGAT dipuncak kegemilangan. Meminjam kata pengarah " kita akan luncurkan" maka saya teringat kepada pesawat Boieng. ini kerana dalam bahasa indonesia, pelepasan pesawat biasanya digunakan istelah Peluncuran pesawat.





Menyebut soal boieng, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kilang Boieng yang dibina pada tahun 1916 itu mempunyai kaitan rapat dengan sejarah ketenteraan. nama Boieng diambil sempena nama pengasasnya iaitu Willian E Boieng. jika kita ingin membicarakan tentang apa yang menarik tentang William E Boing ini mungkin kita memerlukan satu seminar khas. Walau bagaimanapun cukuplah saya nukilkan kata-kata beliau yang boleh kita jadikan sebagai motivasi untuk kita terus berkhidmat menyumbangkan tenaga bagi agama, kor dan organisasi. kata anak kelahiran Jerman ini "Now I would say that people want to ride in airplanes more and more each day -- and I shall go so far as to say they will someday regard airplane travel to be as commonplace and incidental as train travel... We are trustees of a veritable revolution that is taking place once more in the economic, social, and political fabric with the advent of this new speed medium." rasanya kata-kata itu boleh diterjemahkan kepada kehendak orang ramai kepada perkhidmatan kor kita.





Bila membicarakan soal kapal terbang eloklah kita cuba berfikir secara kritis. Sesebuah kapal terbang digerakkan dengan dua engine. orang yang menggerakkan kapal terbang itu dinamakan pilot. pilot tidak bekerja sendirian sebaliknya dia bekerja dengan beratus-ratus orang lain yang mungkin dia tidak nampak bahkan mungkin juga berlaku situasi yang mana dia sendiri tidak pernah perasan tentang hal itu. Seorang pilot yang bijak akan melihat keadaan itu dengan teliti dan peka dengan situasi semasa yang berlaku.





Pilot mempunyai pilihan untuk menggerakkan kapal terbang itu kemana saja beliau suka. Beliau mampu membuat apa saja keputusan yang boleh membawa manafaat atau mudharat kepada sesebuah kapal terbang yang beliau terajui. Meskipun ada lembaga yang bertindak mengawal situasi daripada disalah gunakan namun, pilot boleh bertindak sendirian. Bila keadaan ini berlaku maka pada masa itu, pilot telah melakukan satu kesalahan besar kerana membahayakan masa depan penumpang yang beliau bawa. Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan :









  • Kapal Terbang Jatuh



  • Kapal Terbang Ditembak Jatuh Oleh Pihak Tentera



  • Berlaku Rampasan Kuasa , sama ada oleh Pilot lain yang mempunyai pengalaman dan peluang atau oleh Co Pilot.



  • Pilot Diarahkan Berhenti



  • Pilot Ditukarkan Ke Jawatan Lain






habis Soal pilot:




Keduanya soal engine. Kapal terbang Boieng digerakkan oleh dua engine. Jika kedua-dua engine ini berfungsi dengan baik maka insya Allah, kapal terbang itu dapat terbang dengan baik. Jika tidak maka kapal terbang itu mungkin tidak dapat terbang dengan baik. Mungkin juga tidak dapat terbangpun cuma hanya memanaskan engine di Lapangan Terbang sahaja. bagi penumpang bodoh, mungkin beliau merasakan bahawa kapal terbang itu telah berlepas diudara dengan selamatnya. bagi penumpang yang bijak, mereka akan menilai dan membuat ukuran terhadap pencapaian kapal terbang yang beliau naiki itu. Jika situasi ini berlaku maka OWNWER syarikat penerbangan itu mesti membuat keputusan sama ada :







  • Merehatkan Engine itu dan ditukarkan dengan engine baru



  • Membaiki Engine yang rosak dan terus kekalkannya



  • Upgrade engine itu. bagi kuasa kepadanya. Woooooiiiiiiiiiiiiiiii Brother! Engine Boieng bukannya 70 cc la. Kapcai bolehlah. 650CC pun hanya boleh gerakkan kancil sahaja.



  • Tubuhkan suruhan jaya menyiasat bagaimana engin 70 CC boleh berada di pesawat Boieng. Adakah keputusan lembaga syarikat, kehendak CO bahagian tertentu dalam organisasi ataupun terdapat konspirasi tertentu.






Bagi penumpang, mereka sepatutnya mesti peka dengan segala situasi yang berlaku. jangan rasa selamat sentiasa. Mesti tahu kemana arah pilot dan ko pilot nak bawa saudara. mesti tahu kemampuan engine pesawat kerana takut nanti kita TERLEPAS JATUH hanya dilandasan. Belum lagi terbang...... HE.....HE......He.




LAWAK BODOH PAGI SABTU.

Amanah Dalam Memimpin Organisasi

Allah S.W.T. dalam al-Quran dengan jelas berfirman, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)" (An-Nisa': 58). Dalam konteks ayat ini boleh juga dimaksudkan kepada individu yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah organisasi. Amanah ini hendaklah diserah kepada seseorang yang berhak dan berkelayakan. Maju mundur sesebuah organisasi bermula dengan mutu kepimpinan yang dilantik. Kegagalan dalam proses perlantikan kepada yang layak akan memberi kesan yang malap kepada organisasi. Justeru itu terdapat beberapa kaedah dari sudut sistem untuk memilik seseorang untuk menerajui sesebuah organisasi. Di antaranya ialah melalui jawatankuasa hal mencari (search committee). Jawatankuasa ini hendaklah di anggotai oleh ahli-ahli yang berakhlak dan berkelayakan. Jika tidak ia nampak cantik dari segi proses tetapi gagal memenuhi semangat dan tujuan jawatankuasa diwujudkan.
Pemimpin yang dipilih seharusnya menganggap peluang untuk memimpin sesebuah organisasi itu sebagai satu amanah untuk menerajui organisasi tersebut mencapai ke tahap yang paling cemerlang. Justeru itu pemimpin harus memiliki wawasan yang jauh, bersikap dinamik dan sentiasa berusaha memajukan organisasi. Kejujuran dan keikhlasan pemimpin dengan amanah tersebut adalah asas penting. Pemimpin yang jujur akan mengorbankan tenaganya untuk memperbaiki prestasi organisasi secara berterusan. Ia bukan sekadar menjaga status quo prestasi organisasi tetapi disebaliknya berusaha untuk berterusan membuat pembaharuan ke arah kebaikan.
Kegagalan sesebuah organisasi berprestasi dengan cemerlang, kebanyakan disebabkan oleh pemimpin yang tidak jujur, yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan organisasi. Sikap negatif yang demikian banyak menimbulkan gejala kepada prestasi organisasi. Masyarakat tidak boleh membendung pemilihan pemimpin organisasi yang bermasalah. Bahkan usaha mempertahankan pemimpin yang tidak beramanah adalah kesilapan yang besar mengikut Islam.
Disamping itu kegagalan organisasi mungkin disebabkan pemilihan pemimpin yang tidak berkelayakan dan berpengalaman. Kelayakan bersandarkan kebolehan seseorang pemimpin menjayakan matlamat yang telah digariskan untuk organisasi. Pengalaman adalah pendedahan yang pernah dilalui oleh seseorang dalam tugasan yang berkaitan.
Pemimpin harus mempunyai anggapan bahawa mutu penghasilan organisasi adalah sebagai nilai positif yang mampu sentiasa dimajukan. Pandangan tersebut memerlukan kepada usaha mewujudkan satu budaya - iaitu aliran pemikiran, perasaan dan cara bekerja dalam sesebuah organisasi tersebut semoga mempertingkatkan mutu prestasi adalah usaha yang berterusan untuk ke semua lapisan pekerja. Amalan yang maju ini perlu dijadikan budaya dalam organisasi.
Untuk mewujudkan budaya tersebut tidak memadai pemimpin mempunyai sikap positif terhadap mutu tetapi sekaligus ia memerlukan kepada kemampuan memimpin secara kreatif dan inovatif semoga tuntutan positif terhadap mutu dapat diterjemahkan menjadi satu budaya yang sihat dalam organisasi tersebut. Kesemua lapisan warga organisasi perlu digembeling untuk menyumbang ditahap tertinggi dan sekaligus mampu berurusan sesama individu secara muafakat. Kecapaian ini bukannya mudah, bahkan ia memerlukan kebolehan pemimpin dengan seni kepimpinannya yang luara biasa.
Pemimpin juga seharusnya bersikap positif terhadap kebajikan kepada ke semua lapisan pekerja. Mementing kebajikan pekerja adalah satu ciri yang akan membawa kepada prestasi kejayaan organisasi tersebut. Pekerja adalah pelaksana kerja organisasi. Jika semangat bekerja di kalangan pekerja menurun sudah pasti prestasi yang bermutu sukar dapat dihasilkan oleh pekerja. Faktor kebajikan pekerja mesti mendapat pembelaan yang baik kerana kejayaan organisasi mampu dicapai oleh kemampuan memartabatkan kebajikan pekerja dan bukan faktor kemajuan teknologi sahaja. Bahkan tidak akan terdapat kemajuan teknologi tanpa penyelesaian persoalan kebajikan pekerja.
Tepat dengan maksud tersebut perancangan yang syumul dan rapi dalam latihan warga organisasi perlu dibangunkan dengan secara berkesan. Kebajikan kepada pekerja yang utama ialah kemampuan kepimpinan organisasi secara berterusan meningkat kemampuan prestasi keseluruh warga organisasi. Setiap individu pekerja mahu meningkat dalam kedudukan kerjayanya. Kebajikan pekerjaan dengan kata lain ialah kemampuan pemimpin memajukan kerjaya setiap warga organisasi.
Islam melihat golongan pekerja sebagai saudara dan rakan kongsi kepada majikan dan barisan pemimpin. Oleh itu gabungan yang padu perlu dipereratkan dengan memberi penekanan kepada kebajikan yang hak kepada golongan pekerja oleh majikan dan pimpinan organisasi.
Dalam usaha meningkat mutu prestasi organisasi, pemimpin juga semestinya memiliki pandangan dan wawasan yang jauh. Pemimpin sepatutnya mampu mengariskan arah tuju organisasi tersebut semoga dapat berperanan secara sesuai dan berkesan dengan perubahan suasana yang makin mencabar. Kejayaan ini memerlukan kepada penguasaan kefahaman kepada keadaan semasa dan bersikap (futuristic ) kehadapan kepada apa yang jangka berlaku pada aktiviti organisasi masa hadapan.
Pemimpin organisasi dengan itu perlu memahami pergolakan politik, ekonomi, budaya hidup masyarakat dan hasrat negara untuk berperanan secara berkesan. Dalam suasana semasa yang kerap berubah, seseorang pemimpin tidak hanya mencukupi menguasai kemahiran profesional sahaja, ia seharusnya juga dapat menghayati harapan kepada apa bentuk perubahan yang akan berlaku.
Kejayaan yang perlu diterokai oleh sesebuah organisasi dalam negara khususnya organisasi perniagaan sepatutnya berbentuk kejayaan jangka panjang. Dalam era kesejagatan sekarang, kejayaan jangka panjang biasanya bergantung kepada kemampuan meluaskan penguasaan pasaran, termasuk pasaran antarabangsa. Dalam menghadapi persaingan antarabangsa mutu kepimpinan yang cemerlang mampu menerajui organisasi bersaing dengan organisasi antarabangsa. Pentas antarabangsa sepatutnya menjadi ukuran kepada kejayaan kepimpinan seseorang individu.
Di samping memiliki wawasan dan matlamat yang bertaraf sejagat, mutu kepimpinan dapat dinilai dan ditentukan kepada kemampuan pemimpin terbabit menterjemahkan wawasan organisasi kepada bentuk program dan kegiatan semoga hasil barangan dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Banyak organisasi tidak beroperasi secara berkesan kerana kegagalan dan ketidakmampuan pemimpin organisasi tersebut menterjemah wawasan organisasi dalam bentuk aktiviti dan kegiatan atau jenis pengeluaran menepati hasrat organisasi tersebut. Pemimpin yang berjaya adalah mereka yang bersikap kreatif dan inovatif serta berkeinginan berusaha semoga organisasi tersebut sentiasa berada dibarisan hadapan dan mempengaruhi suasana pasaran.
Peningkatan mutu kepimpinan organisasi bagi Islam ialah untuk meningkat prestasi organisasi. Sekaligus ia juga meningkat kebajikan pekerja dan seterusnya masyarakat. Pemimpin sesebuah organisasi dengan itu sentiasa perlu berusaha meningkat prestasi organisasi yang dipimpinnya. Kejayaan sesebuah organisasi merupakan kejayaan sesebuah masyarakat. Pada masa kini pada lazimnya tugasan dilaksana melalui organisasi. Justeru itu, Nabi S.A.W. memperingatkan umatnya tentang amanah kepada memimpin dengan sabda baginda, yang dilapor oleh Ibn Umar yang bermaksud "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap mereka yang berada di bawah kepimpinan kamu."

Rencana ini adalah hasil tulisan Nik Mustapha Bin Nik Hassan, Timbalan Ketua Pengarah IKIM yang disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 08/04/2009

इस्लाम यंग स्युमुल

ejarah telah merakamkan bahawa Islam pada suatu ketika dahulu pernah menguasai dan menjadi kuasa besar dunia. Hari ini dunia menyaksikan bagaimana umat Islam yang suatu ketika dahulu berkuasa kini bergelut dengan berbagai-bagai penindasan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

Umat Islam telah ketinggalan dalam banyak bidang baik dari segi pendidikan, ekonomi dan politik. Apakah punca kejatuhan umat Islam bukanlah merupakan satu tajuk yang ingin dibincangkan di sini sebaliknya penulis ingin membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh setiap individu muslim bagi mengembalikan maruah yang telah dirampas.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud “ sekiranya kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalilah kejalan Allah dan Rasul”. Kembali kepada Allah dan Rasul beerti merujuk segala permasalahan yang timbul berpandukan kepada pengajaran Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Al Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW merupakan kitab yang mempunyai mukjizat tersendiri dan telah sempurna isi kandungannya untuk menjadi pedoman bagi kehidupan manusia. Sabda nabi SAW " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada keduanya maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya iaitu Al Quran dan Sunnahku." Firman Allah “ Hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah sempurnakan bagi kamu nikmatKu dan Aku redha agama Islam itu sebagai agama anutan bagi kamu”

Islam bukanlah satu agama yang berkonsepkan ibadat khususiah semata-mata sebaliknya Islam merupakan satu agama yang mengatur perjalanan hidup penganutnya secara lengkap bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Hal ini telah dijelaskan oleh Salman Al Farisi tentang kelebihan ajaran Islam yang mengajar dan mengatur perjalanan hidup penganutnya hingga keaspek-aspek yang kecil hatta kepada adab muslim didalam tandas.

Allah SWT, tuhan yang menciptakan manusia dengan keluasan ilmunya sememangnya mengetahui tentang kelemahan manusia. Manusia tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan justeru itu setiap suruhan dan larangan dalam ajaran Islam terdapat sistem penguatkuasaan yang membezakan ajaran Islam dengan ajaran lain. Sebagai contoh, Islam mengharamkan zina. Bagi menguatkuasakan pengharaman ini maka Islam meletakkan hukuman sebat bagi penzina yang bukan muhsin dan rejam bagi penzina muhsin. Hukuman keatas mereka ini disyaratkan agar dilakukan dikhalayak ramai agar memberi pengajaran kepada orang lain supaya menjauhi tegahan Allah.

Tujuan hukuman didalam Islam adalah untuk mengajar dan membendung manusia dari melakukan tegahan Allah dan bukannya untuk menyiksa mereka yang telah melakukan kesalahan. Qaedah Fiqhiyyah menyatakan “ Tolaklah hudud dengan kesamaran”. Ini menggambarkan kepada kita bahawa tujuan hukuman dijalankan didalam Islam adalah untuk mendidik manusia menjadi insan yang berdisiplin dan patuh kepada suruhan Allah.

Keseluruhan ajaran Islam adalah bertujuan untuk mengatur kehidupan manusia dengan bersistematik agar umat manusia menjadi umat yang unggul dan berjaya. Kejayaan didalam pandangan Islam bukanlah terletak kepada penguasaan nilai material semata-mata sebaliknya kejayaan dalam Islam dinilai kepada kemampuan seseorang mematuhi dan mengamalkan ajaran agama sehingga mereka mampu mentadbir urusan dunia sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan iaitu sebagai khalifah Allah.

Dalam menilai sesuatu kejayaan juga maka kita dapati bahawa ukuran kejayaan bagi seseorang individu Muslim dapat dilihat berdasarkan firman Allah SWT didalam surah Al Mukminun ayat 1 hingga 11 yang bermaksud “Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu orang yang khusuk didalam solatnya dan orang orang yang menjauhkan dirinya dari perkara-perkara yang tidak berguna dan orang orang yang menunaikan zakat dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki. Maka sesungguhnya dalam hal ini mereka tidak tercela. Barangsiapa mencari yang selain daripada itu maka sesungguhnya mereka itu adalah orang yang melampaui batas. Dan orang orang yang menjaga amanah-amanah dan janji-janjinya. Dan orang-orang yang menjaga sembahyang-sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi syurga firdaus. Mereka kekal didalamnya.”

Jelaslah kepada kita bahawa terdapat tujuh ciri-ciri individu yang berjaya seperti yang telah ditegaskan oleh Allah SWT melalui firmannya di atas. Golongan itu ialah :

i. Individu yang khusuk didalam sembahyang. Mereka adalah golongan yang dapat menjaga hati mereka dan menumpukan sepenuhnya terhadap amalan yang mereka lakukan. Setiap amalan yang mereka lakukan itu adalah semata-mata kerana Allah SWT. Apabila hati mereka telah khusuk maka sembahyang itu merupakan penjaga bagi mereka daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar sebagaimana firman Allah “ Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”


ii. Individu yang dapat menjaga diri mereka daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berguna. Mereka ini adalah golongan yang menjaga masa dan menumpukan setiap perbuatan dan percakapan kearah perkara-perkara yang boleh memberi input kearah perkembangan Islam.Allah SWT telah berfirman “ Demi masa sesungguhnya manusia berada didalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Nasihat menasihati diatas landasan kebenaran dan nasihat menasihati denagan penuh kesabaran.”
iii. Individu yang mengeluarkan zakat. Golongan ini adalah golongan yang patuh pada suruhan Allah serta bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Secara langsung perbuatan mereka ini dapat membantu ekonomi umat Islam serta merapatkan jurang diantara golongan kaya dengan golongan miskin. Firman Allah didalam surah al Taubah yang bermaksud “ Ambillah sebahagian daripada harta mereka itu menjadi sedekah (zakat) supaya dengan itu engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan engkau mensucikan mereka(dari sifat buruk).”
iv. Individu yang menjaga kemaluan mereka daripada perkara yang diharamkan oleh Allah.Mereka adalah golongan yang tidak melakukan zina, homoseksual dan lesbian.Golongan ini juga merupakan golongan yang menjauhi diri mereka daripada perbuatan yang boleh membawa kearah zina seperti berkhalwat ,bercampur gaul antara bukan muhrim secara bebas dan keterlaluan,memakai pakaian yang menjolok mata sehingga menimbulkan perasaan syahwat terhadap orang lain lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai penyakit didalam hati,bercakap perkara-perkara lucah dan sebagainya.Firman Allah didalam surak Al Israk yang bermaksud “ Dan janganlah kamu mendekati perbuatan yang boleh membawa kepada zina kerana ia merupakan perbuatan yang keji dan jalan yang amat buruk.”
v. Individu yang menjaga amanat.Golongan ini adalah golongan yang sentiasa merasa diri mereka diperhatikan oleh Allah SWT.Setiap amanah yang dipikul dilaksanakan dengan baik biarpun ianya tidak diperhatikan oleh orang lain.Apabila amanat ini dijaga maka secara langsung ia membawa kepada kejayaan mewujudkan TQM (Total Management Quality).Perkara ini juga akan mewujudkan satu budaya hidup yang berdisiplin dan masyarakat akan dapat hidup dalam suasana puas hati (redha) dan tidak timbul sebarang perangsangka buruk kerana masing masing bekerja secara profesional.
vi. Individu yang memelihara janji dan menunaikannya.Memelihara janji bermaksud tidak berjanji sekiranya merasakan diri tidak mampu melaksanakan janji itu dan menunaikannya dan berusaha untuk menunaikannya apabila telah berjanji. Golongan ini merupakan golongan yang berhati-hati didalam melaksanakan sebarang tindakan dan mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjnag yang jitu.Individu ini juga merupakan golongan yang tidak mempunyai kepentingan peribadi dan bekerja kerana Allah semata-mata.
vii. Individu yang memelihara solatnya. Mereka adalah golongan yang tidak tinggal sembahyang yang difardukan.Mereka akan tetap melakukan solat walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Golongan ini akan merasakan ketenangan didalam setiap pekerjaan yang dilakukan kerana paling kurang mereka akan rukuk dan sujud kepada tuhan Rabbul Alamin sebanyak lima masa dalam sehari semalam. Ini membawa erti bahawa disamping usaha yang dilakukan maka pengharapan sepenuhnya diserahkan kepada Allah SWT. Betapa besarnya perananan solat dalam kehidupan seseorang muslim dapat dilihat mealui peristiwa saat-saat terakhir hayat Rasulullah yang menekankan agar manusia mengambil berat tentang sembahyang. Suatu hakikat yang harus diterima bahawa antara punca berlakunya banyak gejala moral pada masa kini adalah disebabkan oleh kealpaan manusia terhadap ibadat solat ini.

Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa tujuh perkara ini adalah antara kunci penyelesaian kepada masaalah yang melanda masyarakat kita. Sebagai contoh masaalah penglibatan para pelajar dengan kumpulan samseng, masalah ragut, perzinaan, jenayah rogol dan sebagainya adalah disebabkan daripada roh solat tidak dapat hidup didalam jiwa mereka.

Tidak khusuk didalam solat menyebabkan keagungan Allah dan kebesaranNya tidak dapat meresap didalam sanubari mereka. Keadaan ini akan menyebabkan mereka menjadi pengkagum kepada ajaran songsang yang disebarkan oleh kenaifan tamadun barat kini. Tidak pelik sekiranya suatu masa dahulu kita dapati ada dikalangan manusia yang sanggup memuja syaitan dan melakukan perbuatan perbuatan yang menyalahi akidah umat Islam.

Begitu juga dengan masaalah masaalah lain yang melanda negara kita. Pokok utama adalah disebabkan kurangnya pendidikan agama yang diterapkan kepada anak-anak dan sekiranya ada, ianya tidak dititik beratkan dan dikuatkuasakan sehingga dapat mewujudkan kekaguman, penghormatan dan kepatuhan anak-anak terhadap ajaran agama.

Tujuh perkara yang menjadi neraca bagi mengukur kejayaan seseorang individu muslim itu , sekiranya tidak diambil berat maka ianya akan menjadi peruntuh kepada ketamadunan ummat. Sejarah keruntuhan sesebuah kerajaan Islam dapat dilihat berakibat daripada kurangnya penekanan para pemerintah pada masa itu terhadap perkara-perkara ini seperti leka terhadap solat, hanyut dengan keseronokan dunia sehingga membazir masa dengan berbagai bentuk hiburan,tamak haloba sehingga tidak mahu mengeluarkan zakat, terjerumus didalam kancah penzinaan sehingga sanggup menyimpan gundik-gundik, tidak melaksanakan amanat yang dipertanggungjawabkan iaitu memimpin negara dan menjaga kehormatan Islam dan sebagainya.

Umat Islam sepatutnya menjadi pendominasi kepada seluruh aspek kehidupan manusia. Sebaliknya pada masa kini kita lebih menjadi ‘carbon copy’ kepada orang bukan Islam. Sudah tiba masanya untuk kita mengembalikan keagungan agama kita dalam bentuk modul yang boleh dirujuk oleh seluruh manusia yang berada diatas muka bumi ini sebagaimana ianya telah dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW, para sahabatnya ,khalifah-khalifah Islam dan seluruh para pejuang Islam. Kita tetap meyakini bahawa “ Islam itu sentiasa berada di puncak dan tidak ada yang dapat menandinginya”

KAGAT OH KAGAT 3

Bila kita meluahkan perasaan tentang KAGAT, bukanlah bermaksud KAGAT tidak baik. Banyak perkara yang telah dilakukan oleh KAGAT dalam usaha membina benteng diri ketahanan spiritual anggota ATM. Apa yang kita luahkan ini hanyalah sekelumit perasaan bertujuan untuk meningkatkan lagi keupayaan KAGAT dalam mencapai VISInya.

Sebagai contoh, lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Lt Kol Jaafar. Bagaimana beliau berfikir dan merancang untuk KAGAT. Begitu hebat sekali. Malangnya, beliau tiada satu alat iaitu apa yang dinamakan KUASA untuk melaksanakan idea dan perancangannya itu. Idea dan peranccangan beliau memerlukan kuasa kuda melebihi 3000CC. Kalau kuasa kuda yang ada setakat 850CC maka pastinyalah segala idea dan perancangan Lt Kol Jaafar itu dianggap sebagai tidak berpijak di alam nyata.

Bercakap soal Lt Kol Jaafar, kami di Sel Inspektorat sebenarnya amat kagum dengan cara dia bekerja. Semangat untuk membawa perubahan dalam KAGAT begitu berkobar-kobar. Dia bekerja dengan penuh keikhlasan dan seolah-olah tidak mengenal penat. Nak tengok dia mengampu untuk menaikkan diri, jauh sekali. Kadang-kadang kami amat kesian kerana kami dapati beliau seumpama lilin yang membakar diri, untuk memberi cahaya kepada orang lain. Lebih kesian lagi apabila selepas segalanya menjadi terang, beliau seolah-olah sudah tidak ada nilai lagi. Disimpan dan menunggu masa untuk digunakan kembali. Itu pandangan kami yang berada dibawah Sel beliau.

Ada orang berkata, beliau tidak ada “command”. Bagi saya, dakwaan itu adalah karut semata-mata. Saya sendiri pernah melihat bagaimana beliau memanggil mengadap seorang pegawai berpangkat Mejar kerana tidak menghadiri perbarisan mingguan pada hari Isnin. Mana buktinya beliau tidak ada “command”. Siapakah PS 1 yang dikatakan ada “command” dan sanggup menegur kesalahan pegawai bawahan? RSM sendiripun tak mampu berbuat begitu. Bukankah begitu RSM KAGAT? Kalau kata-kata saya ini tidak betul maka, maaflah RSM ye, tetapi laporan yang saya minta berkaitan insiden pada 24 Okt 2011 lalu masih belum saya terima…. Takut kat anak buah ke???

Lt kol Jaafar ada nilai di pasaran luar. Beliau mempunyai master dalam bidang insurance Islam. Kalau dekat luar tu, pastinya banyak syarikat insurance yang berebut-rebut untuk mendapatkan khidmat dan kepakaran beliau. Tambahan pula, beliau mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan dan mahir serta dianggap pakar dalam sistem pengurusan seperti Balancescore Card, Star Ratting, OBB, ISO dan berbagai bidang lagi. Kepakaran beliau bukan diiktiraf oleh KAGAT semata-mata bahkan ianya telah diiktiraf oleh ATM, agensi kerajaan dan agensi swasta luar termasuk mendapat pengiktirafan luar Negara. Kalau beliau ingin mengejar income, dekat luar, beliau mampu meraihnya. Dan kalaulah beliau berada di university, saya rasa dengan cara beliau bekerja ini, kita mengkin telah mengenali beliau sebagai Profesor Dr Mohd Jaafar bin Awang. Dan mungkin wajah beliau akan menghiasi kaca TV serta tulisan beliau menghiasi dada-dada akhbar. Namun sayang, permata yang berharga ini seolah-oalah tidak di nilai didalam KAGAT dan ATM. Walaubagaimanapun, syabas kami ucapkan untuk Lt kol Mohd Jaafar di atas sumbangan beliau kepada ATM dan KAGAT.

Okeylah sahabat Skot79, next time kita berbicara tentang ILMI dan Panglima ILMI yang telah membawa kemajuan untuk ILMI… Lt Kol Ku Ibrahim….. yang lain tu, tunggu turn la…. Okey Wassalam.

KAGAT OH KAGAT Siri 2

Nama KAGAT begitu Gah dipersada tanah air. Apa tidaknya, sudah 2 orang pengarah KAGAT telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan memegang port polio Menteri Agama. Pastinya perlantikan 2 orang bekas Pengarah KAGAT ini mampu menyuntik semangat dikalangan warga KAGAT untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Tidak kurang juga mungkin ada yang memasang angan angan untuk menjejaki langkah 2 orang Mantan pengarah KAGAT itu. Apa yang penting, bagi sesiapa yang memasang angan-angan tu, maka, pastikan enjin anda mampu menggalas tugas yang amat mencabar itu. Kalau setakat enjin 650CC, maka lebih baik kuburkan sahaja cita-cita anda itu. Kalaupun enjin anda setakat 750CC atau 850CC, anda masih tak mampu memasang angan-angan tersebut. Untuk menguji enjin anda maka marilah kita tengok beberapa isu kecil yang patut diberi perhatian :

Fleksi Mejar

Ramai kapten-kapten mengharapkan agar kertas kerja untuk memfleksikan kapten/mejar Berjaya dan diluluskan. Mungkin ada yang sudah memasang angan-angan duduk sebaris dengan OC-OC di pasukan. Apa tidaknya, semasa melapor diri dulu, para OC yang berada di pasukan baru berpangkat Lt Muda tapi kini sudah berpangkat Mejar.dulu mereka memanggil kita tuan, kini kita pula panggil mereka tuan. Tuan ustaz pula, dulunya kapten, kini masih lagi kapten dan mungkin 5 tahun lagi masih kapten dan lebih malang….. pencenpun kapten. Cuba bayang kan, kalaulah Lt Muda yang kita kenal itu telah memegang pangkat Jeneral dan pada masa itu saudara masih lagi kapten.

Kalau saudara kata “ Tidak mengapa, kita berkerja kerana Allah…Ikhlas….” , Saya Salute kepada saudara! Dan, dari sudut lain saya katakana saudara adalah bapak munafik yang menyembunyikan kekecewaan diri disebalik isu agama. Kalau saudara berpangkat Jeneral sekalipun saudara wajib bekerja kerana Allah… Bercakap soal berkerja kerana Allah , orang yang tidak buat kerjapun akan kata mereka berkerja kerana Allah, orang yang kejar pangkat, kaki ampu, maharaja wayang cina dan sebagainya akan berkata mereka berkerja kerana Allah….

Bagi kapten-kapten, sama ada Full Kapten atau Kapten baru, saya cadangkan agar anda semua menubuhkan Pakatan Suara Kapten. Pilihlah wakil kalangan saudara, individu yang berani bersuara, ikhlas, tidak mempunyai agenda peribadi dan sanggup berjuang untuk memperjuangkan masa depan saudara .Perjuangkan nasib saudara. Jangan mengharapkan keajaiban akan berlaku secara tiba-tiba. Ingatlah, jangan mengharapkan nasib saudara akan di bela oleh seseorang. Kebanyakan manusia hanya memikirkan soal kepentingan peribadi semata-mata. Perjuangan itu mestilah berlandaskan undang-undang. Bukan maksud saya agar saudara membuat demonstrasi atau memboikot sebaliknya hantarkan wakil saudara untuk berbincang tentang masa depan kapten-kapten dengan “individu” tertentu. Lihat dengan mata kepala saudara sendiri, apakah tindakan yang akan dan telah dilakukan. Follow setiap tahap progress. Jangan terlepas walai semilimeter sekalipun. Bukan tak percaya tetapi itulah yang dinamakan oleh Islam sebagai Itqan.

Bagi saya sendiri, saya telah lama tidak mengharapkan KAGAT untuk menjaga kebajikan saya. Soal posting, soal latihan kerjaya atau menyambung pengajian, soal pangkat, soal pingat, PBB, petugas haji dan segala bentuk kebajikan serta segala-galanya. Ada orang bertanya kepada saya, adakah saya ada membuat permohonan untuk menyambung belajar. Saya katakan “TIDAK!” dan saya sekali-kali tidak akan lagi membuat permohonan untuk menyambung belajar. Bagi saya “mereka” yang akan dihantar untuk menyambung pelajaran sudah ada di dalam tabung, mereka yang akan dihantar ke misi PBB, Petugas haji, bertugas di Brunei atau mereka yang akan pakai pangkat samaada… Mejar, Lt Kolonel, Kolonel dan sebagainya. Bagi saya, saya beranggapan semua calon-calon itu sudah ada. Siapa mereka… saya tidak tahu dan saya tidak berminat untuk mengambil tahu. Apa yang penting bagi diri saya, laksanakan tugas secara professional. Jangan jadi passanger, jangan jadi pacat, jangan tikam orang dari belakang. Jangan banyak berlakon. Nyatakan pendirian dengan jelas. Jangan berselindung.Jangan jadi pelakon wayang cina. Berpegang pada prinsip Smart Work lebih penting didahulukan daripada Hard Work bukan hanya Hard Work semata-mata sehingga mengobankan hak diri dan keluarga. Ini kerana diri, keluarga, organisasi dan tuhan ada hak masing-masing sebagaimana yang diingatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Dulu saya pernah memohon untuk menyambung pelajaran sama ada ijazah sarjana atau diploma lanjutan atau apa saja bidang pengajian. Setiap tahun saya memohon, dari tahun 2003 hinggalah 2009. Tanyalah Bgd Jen Dato Abdul Samad Komando, Kolonel (B) Abbas Komando, Kol Chapiti RAJD, Lt Kol Zainal RAJD,Lt Kol Redha RAJD dan Kol Yaakob Samiran Pengarah Sekretariat. Mereka semua telah membuat sokongan untuk saya menyambung pengajian dan memberi galakan namun sebaliknya, mereka yang tidak memohon dipilih untuk menyambung pengajian sedangkan saya mendapat habun bertahun-tahun dihantar bertugas berjauhan dengan keluarga. Saya telah memberitahu PSM bahawa keluarga saya tidak boleh berpindah kerana isteri saya terikat dengan Universiti Multimedia. Tidak banyak tempat yang dia boleh pindah…hanya Melaka dan Cyberjaya. Saya juga merayu kepada PSM agar dapat ditempatkan dekat dengan university (bukanlah sepagar dengan Universiti) kerana saya telah membuat permohonan belajar secara persendirian/separuh masa.

Alhamdulillah…. Mereka faham bahawa isteri saya hanya boleh bertugas di dua negeri sahaja iaitu Melaka dan Selangor maka Rayuan saya diterima dan saya telah di rancang untuk di tempatkan di 20 RAMD, Miri Sarawak. Al hamdulillah. PSM telah mendengar rayuan saya. PSM sungguh perihatin. Tidak ada sejarah dalam ATM yang mana PSM kor begitu perihatin sebagaimana KAGAT lakukan. Kebajikan saya dijaga. Mereka tahu bahawa saya mempunyai anak berupa manusia dan saya berkahwin dengan seorang manusia. Keputusan PSM itu bermakna, setiap minggu saya kena berulang alik dengan kapal terbang dari Miri Ke Melaka. Al Hamdulillah. Begitu perihatin KAGAT/PSM kepada saya. Pada asalnya 20 RAMD dicalonkan nama orang lain namun disebabkan individu ini teramat penting maka PSM telah mengambil keputusan untuk membatalkan posting beliau. Mungkin PSM melihat sekiranya beliau dipostingkan ke 20RAMD maka KAGAT terpaksa dibubarkan. Maka saya dicalonkan ketempat itu. Mungkin alas an PSM, isteri saya tidak perlukan nafkah batin, nafkah fizikal, kasih sayang atau mungkin PSM menyangka isteri dan anak-anak saya itu semuanya robot. Dalam KAGAT, ada beberapa individu penting yang menjadi tulang belakang KAGAT. Sekiranya mereka tidak ada maka KAGAT terpaksa dibubarkan. Lihatlah beberapa individu yang tidak boleh di keluarkan sama ada dari Jabatan Arah atau Lembah Kelang…. He…. He…. (Aku baru masuk je…. He…he…)

Dulu saya dengar ada sekumpulan manusia yang dihantar keBrunei pada setiap tahun. Mengikut cerita yang saya dengar di sana amat penat, Terlalu penat. Tenaga kita diperah seperah-perahnya. Tidak ada masa rehat… Woi… Dengar cerita tu, amat takut. Di takdirkan Allah, tahun ini saya dapat pergi ke Brunei. Itupun nama tak disenaraikan Cuma last minit nama dimasukkan. Bila saya pergi ke sana, saya lebih banyak mencari hakikat sebenar. Tak kiralah orang nak kata pacat ke, passanger kea tau apa ke, namun saya ada mission. Saya mahu melihat apakah hakikat sebenar di Brunei tu, apakah keistimewaan yang boleh saya ambil untuk diaplikasikan di Malaysia. Saya cuba membuat analisa dan saya perhatikan bahawa di sana tidaklah seperti yang digambarkan. Bahkan saya melihat di sana program agama dilaksanakan begitu sistematik. Qiamullail tiap-tiap malam tu tak pelik bahkan itulah yang sepatutnya dilakukan oleh tentera Islam. Apa yang dikatakan penat tu sama ada orang yang berkata itu tidak berkerja secara sistematik atau tidak professional atau memang kat Malaysia kerja sembelit maka kena berkerja sikit pun dah mengeluh penat….

Tengoklah, bila ada tawaran untuk berkerja di sana, maka akan timbullah individu yang mengaku mereka pakar dalam segalanya. Mereka pakar membuat silibus kerana mereka ada kursus TDO atau sebagainya sedangkan silibus yang mereka telah hasilkan nampaknya Out Of Date dan ketinggalan zaman. Dah tak relevan dengan keperluan semasa. Ada yang mengatakan mereka pakar motivasi. Bila di perhatikan mereka hanyalah pemain perasaan untuk membuat orang menangis bukan berjaya membangkitkan semangat atau membawa anjakan paradigma. Ada yang akan mengaku mereka pakar pengurusan dan pendek kata segala-galanyalah yang memungkinkan mereka di calonkan untuk mendapat Ghanimah di sana nanti.pada masa ini tidak dengar pula perkataan penat…. Pokok persoalannya adalah terletak kepada keputusan pengarah dan pihak pengurusan tertinggi. Adakah factor kenaliti atau factor kebolehan individu. Kalau kebolehan individu maka apakah indicator yang akan diguna pakai oleh pengarah dan pengurusan tertinggi. Adakah melalui pemerhatian secara kasar atau melalui pemerhatian secara terperinci. Ini kerana penilaian yang dibuat selama ini didapati hanya berpandukan penilaian pada persembahan kulit sahaja. Bukan isi atau intipati isi yang sebenar.
Okeylah Skot…. Sampai disini sahajalah dahulu. Semoga ketemu lagi. HIDUP SKOT 79. BAKAL PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN.

KAGAT....OH...KAGAT

Terlebih dahulu kawe nak minta maaf kerana dah lama tidak update blog Skot79. Bukannya apa Cuma semangat agak kurang lebih lebih lagi, sedikit masa kedudukan Kor kita agak panas dengan berbagai isu. Alhamdulillah, sekarang ni nampaknya segalanya kembali normal. Walaupun ada beberapa perkara yang dilihat seakan tidak normal namun segalanya di bawah kawalan.

Kerusi panas TPP telah diisi, serah terima tugas pengarah telah berlangsung, Mantan pengarah lalu (Dato’ Din) sudah mendapat tempat yang agak selesa. Segala-galanya ini ada hikmahnya. Siapa sangka KAGAT mempunyai 2 orang Brigedier Jeneral. Tidak mustahil sekiranya antara dua orang ini akan di anugerahkan dengan satu lagi bintang. Walau bagaimanapun, makin banyak bintang maka makin beratlah tanggung jawab. Bila tanggung jawab makin berat maka hisab di akhirat nanti menjadi makin banyak. Lantaran itu marilah kita sama-sama mengingati bahawa tugas yang diberikan kepada kita ini adalah amanah. Bila disebut sebagai Amanah maka sudah pastilah ianya akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. Adakah kita melaksanakan amanah itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah.

Sekarang ini, cuaca di KAGAT sudah kembali tenang. Angin yang bertiup membawa irama sepoi-sepoi bahasa. Namun perlu diingatkan agar janganlah kita terbuai dengan tiupan angin yang mengasyikkan ini. Nanti kita akan terlena. Jika kita terlena, dibimbangi Tsunami akan melanda tanpa kita mampu membuat persiapan. Sehubungan itu, bagi nakhoda kapal, lihatlah kembali mereka yang berada disekeliling anda. Pastikan pekerja anda adalah orang yang benar-benar bekerja untuk kapal anda.

Saya tidak bermaksud untuk menafikan tenaga yang disumbangkan oleh pekerja di kapal anda itu namun apa yang saya perhatikan ada pekerja yang mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri sebagai hero tatkala kerja telah selesai. Ada pekerja yang pakar dalam bidang Tai Chi tiba-tiba apabila di hadapan Nakhoda dia bertukar menjadi Kung Fu. Ada yang cuba melumur minyak di tengah jalan. Ada yang jadi juru arah. Ada yang jadi buruh sedangkan dia bersama laksamana. Ada yang mengaku bendahara sedangkan dia penolong Shah Bandar. Ya ….. macam-macam boleh berlaku.

Jika nakhoda tidak pintar dalam membaca rentak tari orang disekeliling, tidak mustahil suatu masa nanti, nakhoda akan ditenggelamkan oleh mereka yang berada hamper dengan nakhoda. Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan Melaka, Kejatuhan Khilafah Othmaniah, Umayyah, Kerajaan Maja Pahit dan kerajaan-kerajaan besar lain termasuklah sistem beraja di Rusia berpunca daripada mereka yang berada hamper dengan pemerintah. Namun, mereka itu ada kepentingan peribadi….. Akhir kata, marilah sama-sama kita dokong perjuangan Kor kita ini sebagai pemangkin Kerohanian ATM…. Berjuang Berakhlak.

Selamat Beramal Di Malam Lailatul Qadar



Malam ini 21 Ramadhan , mungkin merupakan malam Lailatul Qadar. Buat Skot79 khususnya dan seluruh umat Islam amnya, marilah kita meningkatkan amalan di Malam yang penuh kemuliaan ini. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT. Amin....


KAGAT SELEPAS 7 TAHUN

16 April 2011 yang lalu, maka genaplah sudah usia KAGAT memasuki tahun ke 26 kewujudannya. Setahun melepasi kiraan jubli perak. 7 tahun lagi KAGAT kan berusia 33 tahun. kalau dinisbahkan kepada manusia, usia 33 tahun, kebiasaannya manusia itu sudah beranak pinak. bagi KAGAT, usia 33 tahun nanti bagaimanakah keadaannya?

Berdasarkan sunnah alam, apa yang akan berlaku 7 tahun lagi sebenarnya telah dicorakkan dengan keputusan yang diambil pada hari ini. Jika kita ingin melahirkan pemimpin yang unggul pada tahun 2018 , maka pada hari ini kita sepatutnya telah mengisi calon yang dipilih ke dalam acuannya. Jika pada hari ini kita baru mula membina acuan maka sebenarnya kita sudah agak ketinggalan.

Persoalan membina calon pemimpin unggul perlu diberi perhatian yang agak serius. Ini kebanyakkan pemimpin gagal untuk membentuk calon-calon pengganti yang bakal mewarisi keunggulan kepimpinan mereka. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kearah berlakunya fenomena tersebut. Antaranya adalah disebabkan kelemahan yang wujud didalam diri pemimpin itu sendiri. Dengan kata lain mereka sememangnya gagal untuk membentuk pewaris yang bakal mewarisi kepimpinan mereka. Keduanya adalah kerana pemimpin itu ingin menjaga keunggulan nama mereka. Atau dengan kata lain, mereka sengaja tidak mahu ingin membentuk pemimpin warisan mereka yang mempunyai sifat unggul semata-mata kerana ingin memastikan keunggulan legasi pemerintahan mereka tidak dicabar oleh pemimpin lain. Mereka sebenarnya tidak mahu dicabar oleh pemimpin pengganti....

Okeylah skot. Ngantuk. nanti sambung lagi. ....

Farudduhu Ilallahi

Isu pengarah KAGAT masih menjadi bahan bualan dikalangan warga Kagat khususnya bahkan warga ATM amnya. bagi skot79, persoalan ini rasanya malas untuk dibicarakan namun dek kerana tujahan pertanyaan daripada skot-skot yang berada jauh dari DZ maka skot79 mengambil keputusan untuk membicarakan dengan sebaik mungkin serta berpandukan fikiran yang rasional.

Isu siapa pengarah sudah tidak timbul lagi. Ini berikutan keputusan yang telah dikeluarkan oleh MAT yang melantik Brigedier Jeneral Hj Mustafa sebagai pengarah KAGAT yang ke lima. Keputusan MAT adalah muktamad. Kita tahu siapa yang mempengerusikan majlis itu dan kita juga sedia maklum akan ahli-ahli yang terlibat dalam membuat keputusan. mereka itu bukannya individu-individu kecil. Mereka adalah individu yang mempunyai kuasa membuat keputusan dalam ATM. Mereka itu jugalah yang dulunya telah membuat keputusan melantik Bgd Jen Dato Kamaruddin sebagai Pengarah KAGAT yang ke empat. Bila mereka melantik Bgd Jen Hj Mustafa sebagai pengarah KAGAT yang kelima maka sudah tentu ada sebab musabab yang tertentu. Kita jangan fikir keputusan yang dibuat oleh MAT itu secara main-main. Setiap keputusan yang dibuat oleh MAt dibahaskan dan dikaji oleh ahli-ahli yang terlibat.

Sekarang berbalik kepada soal diri kita. Sebagai pegawai KAGAT yang mendapat pendidikan di peringkat universiti maka sewajibnya kita berfikiran cara universiti. Lain lah kalau sijil yang diperolehi itu berdasarkan kaedah kipas pensyarah maka output dari pemikiranpun akan berdasarkan cara untuk mengipas. Lebih dahsyat lagi kalau sijil tu melalui jalan yang salah maka pola pemikiranpun akan salah jugalah. namun begitu saya pasti semua Skot79 memperolehi sijil berdasarkan usaha yang murni berpaksikan iman yang jitu. Sehubungan itu, kaedah berfikir kitapun sewajibnya diselaraskan dengan kajian dan iman yang jitu.

Cuba kita renung. Suatu waktu dahulu kita telah dimaklumkan secara tersirat atau tersurat bahawa Kol Mustafa akan menggantikan Mej Jen Dato Hj Jamil Khir sebagai pengarah Kagat yang keempat. namun begitu keputusan MAT telah melantik Kol Kamarudin sebagai pengarah KAGAT yang keempat. Maka diatas dasar iman, kita telah memberi wala' sepenuhnya untuk patuh dan taat kepada Kol Kamaruddin serta barisan kepimpinan Kagat yang telah dilantik. Kini MAT telah melantik Kol Mustafa sebagai pengarah KAGAT yang kelima. Persoalannya, mengapa kali ini timbul protes atau pertikaian seolah-olah berlaku rampasan kuasa yang mengakibatkan seolah-olahnya telah berlaku perpecahan dikalangan warga KAGAT. Mengapa kita tidak meletakkan wala sebagaimana kita telah meletakkan wala kepada Dato Din tempohari.

kita sekarang bukannya berkerja untuk individu tertentu. Kita berkerja untuk kor kita. kita berkerja untuk perkhidmatan kita, untuk ATM, untuk organisasi, untuk negara dan yang paling penting untuk pencipta dan pentadbir alam ini. Bagi Sklot 79, andaikata MAT melantik Mej Rashidi atau Mej Nadzri sebagai pengarah sekalipun maka seluruh Skot79 akan memberi wala' kepada individu yang dilantik itu. itulah uniknya Skot79. Berjuang untuk organisasi dan agama. Bukan berjuang untuk kepentingan peribadi.

Akhir kata, skot79 mengharapkan kepada individu tertentu yang terlibat baik secara langsung atau tidak agar lebih memikirkan soal organisasi melebihi kepentingan peribadi. Mahasabahlah diri. Kalau perlu menandatangani serah terima terima tugas maka lakukanlah demi KERANA Allah. Serahkanlah kepada Anggota-anggota KAGAT untuk membuat penilaian sendiri manakah satu pemimpin yang selayaknya menerajui KAGAT.

PERUBAHAN NAKHODA

Blue Ocean Strategy KAGAT : Pertukaran Nakhoda

Hingga hari ini, persoalan pertukaran pengarah masih heboh diperkatakan baik dikalangan warga KAGAT atau warga tentera amnya. Berbagai versi samada spekulasi, cerita, “hear say” atau fakta berlegar sebagai topic perbicaraan. Ada yang memperkatakan berpandukan analisa dari sumber-sumber yang dipercayai, ada yang menganalisa berpandukan kajian strategic tersendiri , ada yang menganalisa berpandukan spekulasi atau ‘hear say’ dan ada juga yang menganalisa berpandukan emosi yang bercelaru.Ada yang beranggapan berlakunya rampasan kuasa. Ada yang berkata berlakunya komplot tertentu untuk menjatuhkan pengarah lama dan ada juga yang mengatakan berlakunya gelombang diperingkat bawahan yang memberi kesan kepada pihak atasan.

Bagi skot79, perkara ini perlu diperhatikan dan dianalisa dengan rasional dan terperinci :

1. Pengarah lama dipinjamkan ke JAKIM dan bukannya ditukarkan atau dibuang. Kalau di buang, pihak JAKIM pun tak akan terima. Sekali lagi di tegaskan bahawa beliau telah dipinjamkan. Mengapa beliau dipinjamkan?

a. Mungkin pihak JAKIM atau pihak tertentu mahukan kepakaran yang ada pada beliau.
b. Perkara ini mungkin juga bagi proses transformasi technology atau kepakaran. Mungkin pihak atasan mahukan agar berlakunya pertukaran kepakaran daripada JAKIM ke KAGAT atau sebaliknya.
c. Apa-apa tujuan yang dilihat oleh pihak atasan dan tak nampak oleh kita.

2. Jawatan pengarah lama tetap pengarah, Cuma bukan pengarah KAGAT. Bahkan mengikut sumber tertentu, jawatan yang ditawarkan di JAKIM itu telah diupgradekan sebagai JUSA C. Ini bermakna ada berlaku pertambahan baik dari segi income atau pangkat. Kalau dalam tentera JUSA C sama dengan Mejar Jeneral. Pengarah KAGAT sehingga kini masih lagi Brigedier Jeneral.

3. Dato’ Din masih lagi memegang BAT C 10 bermakna beliau still sebagai tentera.

4. Organisasi yang bernama KAGAT adalah amat unik. Bukan semua orang mampu memimpinnya. KAGAT memerlukan kepimpinan yang mempunyai sifat tersendiri. Ini kerana organisasi ini adalah sebahagian daripada tentera dan dalam masa yang sama ianya adalah ahli agama yang bertindak sebagai mufti, imam, kadi, khatib, kaunselor, CO, OC, Komandan, ketua platun, ustaz, ustazah, tok bomoh, pak kiyai,………………. Jadi bukan semua orang boleh memimpin KAGAT. Mungkin seseorang itu hebat dari satu segi dan kurang dari satu segi. Kekurangan itu bukan bermaksud gagal tetapi membawa erti bahawa makhluk itu sememangnya bersifat tidak sempurna, maka kehebatan yang ada perlu dimanafaatkan sepenuhnya manakala kekurangan itu perlu disempurnakan.

5. Keputusan untuk melantik Brig. Jeneral Hj Mustafa diputuskan oleh MAT yang dipengerusikan oleh menteri pertahanan. Bukan calang-calang orang yang boleh masuk majlis itu. Segala keputusan dibincangkan dan dikaji terlebih dahulu.

6. Paling tidak, KAGAT sekarang telah ada 2 Brigedier Jeneral. Ini bermakna berlaku kekosongan untuk Kol , Lt Kol dan Mej. Insya Allah untuk Mej tu kita mendoakan agar ianya akan di isi oleh Skot79.

7. Persoalan PENGARAH KAGAT sebenarnya tidak perlu lagi dipersoalkan atau dibincangkan kerana ianya telah diputuskan. Persoalan yang perlu diberi perhatian adalah kepada calon TPP. Ini kerana TPP merupakan sayap kanan bagi pengarah. Pincangnya TPP bermakna pincanglah sayap pengarah dan pincanglah KAGAT. Seterusnya, perkara yang perlu difikirkan adalah kemana hala tuju KAGAT . Apakah bentuk plan strategic pengususan yang akan diguna pakai oleh pengarah yang baru.


Jika hendak dibincangkan satu persatu mungkin banyak perkara perlu di analisa. Apapun, Skot79 beranggapan berlakunya perubahan nakhoda di dalam KAGAT adalah bertujuan untuk lebih memperkasakan lagi KAGAT. Setahun dua ini, KAGAT begitu hebat dikritik atau dipersoalkan, samada pada bidang tugas atau keberkesanannya sebagai Pemangkin Kerohanian ATM. Dalam pada itu KAGAT sebenarnya berkerja keras untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada ATM khasnya dan kepada Negara amnya. Jika dilihat kepada Strategik Management System bagi KAGAT yang dirangka oleh Lt Kol Jaafar, KAGAT sebenarnya begitu hebat dan mampu menjadi Kuasa Pengaruh kearah pembinaan spiritual ATM. Kita juga amat bertuah kerana di anugerahi asset yang amat bermakna iaitu ILMI. Sebuah pusat pembinaan Spiritual tentera yang terunggul dan dipimpin oleh Lt Kol Ku Ibrahim dan barisan kepimpinan yang excellence. Kita juga mempunyai “Human Capital” yang mampu menggerakkan jentera KAGAT dengan kuasa yang maksimum. Tinggal lagi “Human Capital” ini perlu di “Develop” . Salah satu pusatnya adalah di ILMI. Maka disitu perhatian perlu diberikan untuk meng “improve Training & development” , disitu jugalah tempatnya untuk kita mem “Foster Effective Leadership” mengikut acuan KAGAT yang tersendiri. Jadi untuk menjayakannya maka KAGAT memerlukan kepada nakhoda yang mempunyai “power” yang mencukupi untuk menggerakkannya. Insya Allah. Kagat akan terus gemilang di persada dunia…

KERUSI PANAS TPP

TPP
Jawatan TPP kembali hangat. Ini berikutan kekosongan jawatan itu setelah TPP yang lalu (Bgd Jen Hj Mustafa) dilantaik menjawat jawatan Pengarah KAGAT ke 4. Berbagai spekulasi timbul akibat kekosongan jawatan itu. Proses “collect” point pun bermula. Ada yang AMAT beruntung kerana berada di tempat yang AMAT strategic dan ada yang AMAT rugi kerana berada ditempat yang paling tidak strategic. Ada yang berusaha bermati-matian dengan skill yang tidak dapat dibaca oleh orang lain, ada yang menaruh harapan dengan angan-angan tinggi, ada yang hanya berserah kepada ALLAH semata-mata akibat kedaifan diri menghadapi “ Permainan” ini. Ada yang buat tak kisah, tak peduli apa yang berlaku.

Bagi Skot79, Kami menambil pendekatan dengan tidak memilih kepada BATANG TUBUH. Kami Tidak melihat kepada rupa paras atau nama mereka, Kami tidak melihat sejauh mana PR mereka dengan pihak atasan, kami tidak melihat sejauh mana mereka terkenal dikalangan panglima-panglima, kami tidak melihat kepada sjauh mana rapatnya mereka kepada panlima tertentu, Kami tidak melihat kepada sebanyak mana pujian pihak atasan kepada mereka sebaliknya kami melihat kepada gerak kerja mereka. Kami melihat kepada apa yang telah mereka lakukan untuk mengangkat martabat Kor dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah. Ini kerana, sejarah telah mencatatkan, individu yang dikira agak terkenal dikalangan pihak atasan dan diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan KAGAT akhirnya didapati tidak mampu menggalas amanah yang telah diberikan.

Skot 79 juga mengharapkan, biarlah kali ini perlantikan Timbalan Pengarah Pengurusan KAGAT dengan mengambil kira pandangan majority pegawai dan anggota bawahan KAGAT. Ini kerana pegawai dan anggota bawahan KAGAT lebih mengenali siapa yang mampu memimpin mereka. Ini bersesuaian dengan sistem demokrasi yang diamalkan dinegara kita.

Skot79 juga melihat sekiranya pemilihan dilakukan berdasarkan rapatnya mereka kepada pihak atasan maka ELOKLAH BAGI SKOT79 SEMUA UNTUK MELUPAKAN KERJA UTAMA SEBALIKNYA MENUMPUKAN PERHATIAN UNTUK MERAIH TEMPAT DIKALANGAN PIHAK ATASAN DAN MERANCANG UNTUK MENINGKATKAN KERJAYA PERIBADI .

Lupakanlan tentang Pelan strategi KAGAT yang telah dibincangkan bertahun-tahun, jangan pedulikan soal Balance Score Card, tidak perlu bercakap tentang blue ocean stategy, usah pening memikirkan bagaimana untuk bersaing dalam red ocean strategy, tidak perlu memikirkan tentang pelan transformasi KAGAT, usah pening kepala memikirkan soal berapa ramai yang masih buta al quran dipasukan, jangan peduli tentang stastik penghayatan agama dikalangan warga ATM, jangan risaukan sekiranya berlaklu peningkatan kadar jenayah syariah di pasukan, biarkan surau / masjid berjalan ala kadar sahaja.

Bagi pegawai-pegawai di pasukan, cukuplah kita melayan bicara CO kita. Jaga CO atau OC kita sebaik mungkin. Cari jalan untuk bertapak di hati CO atau OC kita. Kerana suatu hari nanti mereka inilah yang akan menjadi panglima. Bagi golongan yang buta huruf Al Quran, golongan yang menghadapi masalah keluarga, golongan yang perlukan nasihat atau bimbingan ustaz maka biarkan lah mereka.itu semua tidak penting. Lagipun mereka tidak MAMPU MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI KERJAYA KITA. Apa yang penting, kita fikirkan soal bagaimana untuk naik pangkat. Kita tonjolkan skill kita dihadapan pegawai atasan, kita fokuskan bagaimana untuk naik pangkat … kerana… kita adalah PEMANGKIN KEROHANIAN ATM.

TAPI INGAT,
JIKA ITULAH SENARIONYA, MAKA, MAMPUKAH SKOT MENJAWAB DIHADAPAN TUHAN KELAK? JIKA DITANYA OLEH RASULULLAH DIAKHIRAT KELAK TENTANG AMANAH DAN WASIAT YANG BAGINDA TINGGALKAN MAKA MAMPUKAH KITA MEMBERIKAN JAWAPANNYA? FIKIRKANLAH SKOT.


Semua orang inginkan pangkat, semua orang inginkan jawatan yang baik tetapi mampukah kita menggalas amanah itu. Pangkat atau jawatan adalah amanah! Mampukah kita memikulnya.
Untuk jawatan TPP, post itu adalah bagi individu yang mempunyai pemikiran strategic bukan untuk “POSMEN”. TPP perlu membantu pengarah memikirkan tentang pelan strategic dalam menguruskan perjalanan kor.

Cuba kita membuat analisa,

Cuba Tanya calon TPP, Apa yang mereka akan lakukan jika mereka dilantik sebagai TPP? Saya pasti ada yang ternganga dan baru hendak fikirkan jawapannya. Kalau beginilah senarionya maka bagaimana jika mereka benar-benar dilantik sebagai TPP?

Bagi calon-calon daripada Markas Tentera Darat, MTL dan MTU adakah mereka telah membuat plan strategic untuk digunakan bagi memimpin KAGAT. Adakah sepanjang mereka berada di markas-markas itu, mereka telah melaksanakan pengurusan strategic. Paling remeh cuba Tanya adakah mereka mempunyai stastik terperinci tentang buta Al quran? Adakah mereka telah mengarahkan unit naungan mereka membuat stastik tentang anggota buta Al quran. Jika sedang buat, berapa lama target untuk mereka mendapat jawapannya? Kalau sudah dapat apakah tindakan susulan yang mereka lakukan? Adakah mereka memantau setiap step perkembangan/maklumbalas arahan mereka itu? Adakah mereka mengkaji keberkesanan tindakan susulan yang telah mereka lakukan itu? Adapun, Jika masih belum buat,cuba tanya bila nak buat? Nak tunggu arahan pengarah? So setiap hari apa kerja yangdi lakukan? Agaknya mampukah orang ini menggalas amanah sebagai TPP KAGAT?

Perkara ketiga, adakah calon itu disukai oleh segenap lapisan kor. Dari prebet hingga kepada pengarah. Jika tidak, bagaimana mereka ingin memimpin kor yang amat kita sayangi ini?

Adakah pemilihan mereka dibuat berdasarkan analisa SWOT. Apakah criteria yang diguna pakai untuk melantik mereka itu?

PERKARA SETERUSNYA AKAN DIBINCANGKAN KEMUDIAN… MENGANTUK DAH NIH. ESOK NAK PERGI KERJA AWAL….

TAHNIAH



Skot79 mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Brigedier Jeneral Hj Mustafa bin Abd Manap yang telah sempurna pemakaian pangkat Brg jeneral pada hari Jumaat 13 Mei 2011. Skot79 berdoa semoga Bgd Jen Hj Mustafa dapat meneruskan kegemilangan KAGAT di persada dunia.

KUDA TUA YANG CEDERA DAN PARAH

KUDA TUA YANG CEDERA DAN PARAH
Assalamualaikum Skot79.

Saya terima SMS daripada sahabat kita Kapt Azlisham. SMS ringkas tapi penuh makna. Bunyi SMSnya
“ PEGAWAI KAGAT RPS….. ANTARA HARAPAN DAN IGAUAN….. ANTARA MARUAH DAN SISIHAN…..”

Ceritanya:
Dua hari lepas saya menelefon saudara Azlisham kerana dengar khabar panglima akan pakaikan pangkat Mej pada 13 Mei 2011. Saya terasa agak hairan kerana saudara Azlisham baru melapor dalam 2 @ 3 minggu lepas. Biasanya sokongan akan dibuat setelah 28 hari beliau melapor. Bila saya bertanyakan hal itu, jawapan yang diterima amat mengejutkan saya. Bukan setakat pangkat bahkan perjawatan KAGAT pun tak wujud di unit RPS itu.

Persoalannya, mengapa PSM mengeluarkan arahan melapor kepada beliau dengan arahan PERTUKARAN ATAS DASAR KENAIKAN PANGKAT DARI KAPT KE MEJ.

Apakah PSM buat kerja sambil tidur? Adakah ini dikira satu kesalahan kecil yang boleh dimaafkan? Saya ibaratkan kerja ini seperti tindakan seekor kuda tua yang cedera parah dan hamper mati. Hanya tungu hembusan nafasnya yang terakhir sahaja. Biasanya hembusan nafas terakhir ini disertai dengan satu tendangan bagi mengiringi keluarnya roh dari jasad. Tendangan yang boleh mengena sesiapa sahaja dan boleh menyebabkan orang lain tercedera.Yang tercedarnya adalah saudara kita, keluarga Skot79.

Kalau saya telah diarahkan untuk ditemuduga pada 27 januari 2011 jam 0843 (TEMUDUGA YANG DI ATUR OLEH PSM) disebabkan sekeping surat daripada orang yang perihatin dengan kebajikan keluarga saya, maka saya BERPENDAPAT PSM juga WAJIB di temuduga dan di AMBIL TINDAKAN di atas tindakannya yang ternyata cuai dan menyusahkan orang lain. Bukan itu sahaja, kesilapan ini juga telah menyebabkan timbulnya persepsi negatif terhadap pengurusan dan pentadbiran KAGAT.

Walaubagaimanapun, saya percaya kepimpinan baru KAGAT yang akan diketuai oleh Bgd Jen Hj Mustafa mempunyai formula tersendiri untuk mengatasi perkara ini. Saya percaya beliau mampu membawa KAGAT kearah yang lebih cemerlang. Bukan KAGAT tidak cemerlang , namun kecemerlangan yang ditelah diraih oleh KAGAT perlu dipertingkatkan. Lantaran itu juga, skot79 mengharapkan barisan kepimpinan KAGAT yang baru diterajui oleh mereka-mereka yang ingin berkerja untuk kecemerlangan KAGAT. Yang ingin berkerja berdasarkan perancangan dan pengurusan strategik dalam bentuk amali bukannya cakap kosong. Bagi Skot79, kita akan tetap mendokong perjuangan KAGAT dan akan menjaga KAGAT supaya KAGAT terus gemilang dipersada dunia.

PENGUMUMAN







Skot79 yang dihormati

Kita akan melancarkan logo baru/ rasmi Skot79. Mohon cadangan dan pandangan dari ahli skot semua. Kita juga akan membuat T-shirt khas Skot79 berserta topi serta Sticker kereta Skot79. Mohon ahli memberi pandangan, cadanagan dan komen untuk keutuhan Skot79 ( Peneraju Kepimpinan KAGAT Masa Hadapan)

Disini disertakan contoh lambang/stiker Skot79 yang telah direka cipta oleh Presiden bapa C kita Mej Osman Al Pelanduki Wa Al Pusasdadi Fil Mustaqbal. Mohon komen

BLUE OCEAN KAGAT : NILAI INOVASI




Bila bercakap soal Blue Ocean KAGAT maka kita tidak boleh terlepas daripada memperkatakan soal inovasi. Mungkin ramai yang tidak jelas tentang maksud inovasi. Secara ringkasnya, inovasi bolehlah di takrifkan sebagai satu kaedah mencari jalan bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik samada melalui pengubahsuaian atau penambah baikkan.Perkara ini akan tercetus hasil daripada cetusan-cetusan idea yang kreatif dan inovatif kearah meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.


Kali ini Skot79 akan membicarakan tentang Nilai Inovasi dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan KAGAT. Nilai inovasi merupakan hasil daripada tindakan positif organisasi yang mempengaruhi struktur kos. Iaitu dengan menurunkan kos operasi dan meningkatkan nilai permintaan dengan serentak. Bagaimana Ye… Ini yang pening nak cakap ni. Walau bagaimanapun, Skot79 akan menjelaskan secara mudah agar dapat difahami oleh Keluarga Skot79 semua. Pening-tak pening kena faham kerana Gelombang Skot79 akan melanda dengan teratur tetapi bakal mencetuskan Tsunami kearah mentransformasikan KAGAT untuk menghadapi cabaran semasa.

Untuk kita memahami tentang Nilai Inovasi, skot79 ingin membawa perhatian kita kepada dua isu. Pertama produk yang telah dihasilkan oleh KAGAT dan diharapkan agar produk itu mampu menghasilkan produk baru untuk KAGAT. Kumpulan Nasyid Al Fursan. Maksud Al Fursan adalah Kuda Perang. Nama yang cukup cantik dan mempunyai kaitan dengan organisasi utamanya iaitu KAGAT-ATM. Penampilan ahlinya bolehlah diterima meskipun ada ruang yang luas untuk disuntik dengan nilai tambah. Kumpulan ini sering membuat persembahan dan telah Berjaya menghasilkan produk ulungnya iaitu Album nasyid kumpulan al Fursan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, produk yang dihasilkan itu tidak men “interpreter” atau meng “ construe”kan ia sebagai kumpulan Nasyid Tentera. Ini kerana nilai bagi ketumbukan tentera adalah semangat dan disiplin . Kerangkanya adalah Iman lantaran itu bila produk yang dihasilkan tidak mencerminkan semangat maka ia tidak mencerminkan sebagai kumpulan nasyid yang dilahirkan oleh tentera.

Kembali kepada persoalan nilai inovasi, seorang sarjana barat yang dikenali sebagai Drucker dalam karyanya Classic Drucker memberi takrifan nilai inovasi sebagai fungsi khusus yang ada pada usahawan. Ia bertindak sebagai alat kepada usahawan untuk mencipta sumber baru bagi menghasilkan kekayaan atau memberi nilai tambah kepada potensi sumber sedia ada dengan tujuan mencipta kekayaan. Dalam konteks kumpulan nasyid Al Fursan, Kekayaan bolehlah ditakrifkan sebagai tarikan orang ramai untuk mendengar dan meminati kumpulan mereka ini. Akan tetapi apabila produk yang dihasilkan dan sasarannya adalah kepada tentera namun nilai tarikannya gagal untuk memikat hati majoriti tentera maka BAGI SAYA , kumpulan ini gagal mewujudkan NILAI INOVASI. Mengapa saya berkata begitu/ ini kerana produk yang dihasilkan oleh Al Fursan tidak ada apa-apa keistimewaan berbanding kumpulan nasid yang lain. Bahkan kumpulan ini gagal menambat hati majoriti anggota tentera kita yang berumur bawah 30 tahun.

Nasihat daripada Skot79,

sebagai kumpulan nasyid , Al Fursan perlu mewujudkan BLUE OCEAN STRATEGY mereka dengan keluar daripada gelombang RED OCEAN dan mencipta pasaran yang belum diterokai/diwujudkan oleh kumpulan nasyid lain.

Untuk pergi lebih jauh, Al Fursan perlulah menetapkan syarat Inovasi dan kreativiti sebagai nilai kemahiran yang perlu ada dalam diri ahli kumpulan mereka. Kemahiran kreatif yang ada pada diri ahli-ahli mereka adalah faktor utama yang membezakan mereka dengan kumpulan nasyid yang lain. Produk yang dihasilkan mestilah berbeza dari kumpulan nasyid yang sedang mewarnai persada nasyid tanah air bahkan kumpulan nasyid yang cuba menakluki dunia pada masa kini. Saya percaya jika perkara ini dapat direalisasikan maka al Fursan mungkin mampu lahir sebagai kumpulan Nasyid bertaraf dunia.

ISU KEDUANYA AKAN DIBINCANGKAN DALAM POSTING AKAN DATANG INSYA ALLAH……

Blue Ocean Strategy KAGAT Siri2

Amat malang bagi seorang pemimpin yang berucap tentang strategi Lautan biru tetapi pada masa sama, memimpin organisasinya berenang di lautan merah. Lebih malang lagi kiranya pemim pin itu hanya berdiri diantara dua lautan dalam keadaan buntu serta terkapar-kapar mencari arah sedangkan mereka yang bergelumang dilautan merah telah keluar berenang dilautan biru. Lebih malang lagi jika pemimpin itu bersusah payah berenang di atas daratan dengan sangkaan dia telah membawa organisasinya berenang dilautan biru dengan jayanya.

Untuk keluar dari lautan merah itu sendiripun begitu susah, apatah lagi untuk membawa perenang yang tidak pandai berenang bertarung dilautan biru. Persoalan utamanya adalah terletak kepada bentuk pemikiran seseorang. Mereka yang jumud, ragu-ragu dalam bertindak, kekeringan idea, miskin jalan bertindak serta tiada halatuju yang jelas merupakan orang yang tidak mungkin mampu bertarung dilautan biru. Meskipun dalam ucapan maupun percakapan , soal strategi laut biru sering diperkatakan, namun keadaan dirinya yang terjajah dan terperangkap dalam kerangka perasaan negative tidak memungkinkan beliau untuk memerdekakan diri dan bertarung di lautan biru. Organisasi yang dipimpin oleh pemimpin seperti ini akan terus tepu ataupun berada dalam proses kehancuran.

Berbalik kepada KAGAT, potensi untuk Kor terus berkembang adalah amat luas. Persoalan utama terletak kepada kemana halatuju yang ingin dibawa oleh pihak kepimpinan. Saya percaya pihak pimpinan tertinggi KAGAT telah mempunyai pelan strategic yang jitu untuk membawa KAGAT berenang dilautan biru. Sebelum itu amat penting untuk membawa (membina) pola pemikiran ‘pembuat keputusan ‘ didalam kor ini kearah pemikiran strategic. Persoalan peribadi wajib diketepikan dan persepsi terhadap individu mesti dianalisa dengan pandangan strategic. Mereka yang dilihat begitu lantang tidak boleh ditakrifkan sebagai penentang atau penggugat manakala mereka yang dilihat akur serta bersikap “yes men’ tidak boleh ditafsirkan sebagai tonggak kepada kecemerlangan organisasi. Ini kerana, mereka yang lantang (serta melaksanakan tanggungjawab dengan baik) adalah golongan yang berfikiran kritikal manakala mereka yang “dilihat akur” (dengan membiarkan orang bawahannya melakukan tugas tanpa memberi input berdasarkan analisa kritikal ) adalah golongan tepu yang tidak membawa apa-apa faedah kepada organisasi. Bahkan kehadiran mereka boleh dilabelkan sebagai “monolith” yang menyekat kemajuan organisasi.

BAGAIMANA BERFIKIR SECARA STRATEGIK?

Insya Allah persoalan ini akan dibicarakan dalam posting akan datang…..
Setialah bersama www.skot79.blogspot.com Skot 79…. PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT DI MASA HADAPAN

Thank You Allah

The True Leadership Treasure

I went on search to be a leader,

Searching high and low above the meter,
I spoke with authority that I remember,

All would follow,

all but one member,
“Why should I trust you?’ the one did ask,

“What have you done to achieve the task?”
I thought long and hard of what I did wrong,

Then I rolled up my sleeves and worked right along,
Shoulder to shoulder we got things done,

We worked side by side, all were one,
A mate of mine stumbled, I stooped to assist,

My hand he did grab, a smile did persist,
One was lost, didn’t know what to do,

I showed him how, the ropes, something new
I praised them one and all for their work,

All were unique, but I encouraged each quirk,
When the task was done,

one did shout“You’re a great leader!”

they all turned about,
"Without you there to support our plight,

Lost would we be with no end in sight",
I learned that day that I lead best,

When I get off my butt and help the rest,
To lead by example is the true treasure,

The secret of leadership, in one simple measure.


Victor Antonio G., December 2004


Skot 79 mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH

Kepada siapa???

Siapa saja....

nanti anda akan mengetahuinya


There was a time in my youth,

When Islam was only a custom.

They said "say La IIaha Illala Allah,..And pray, you'll go to Heaven."
Ah, how simple, no struggle in this,Just a word, and simple act.

Thereafter I'm absorbed in this world again,

With my 'assured' place in Paradise intact.
But this was not to be my fateFor ALLAH chose to guide my heart.

I learnt of a man who struggled so hardWhen his mission was from the start.
The story of someone who had morals,Spoke gently, kindness he knew.

Never fearing to say what's right,His conviction in ISLAM was true.
The touch of his hand was as soft as silkTo comfort a crying child.

To mend his clothes, or do the chores,Never complaining, he always smiled.
His smell was always of musk,And cleanliness he kept at his best.

Stark contrast with the heroes of today,Who stink of beer and sweat.
He held the hands of his companions.

Unashamed to play with many children.

So modest, so humble, a perfect example,That strangers could not recognise him.
His eyes slept little for nights were precious,His prayers he treasured much greater.

To pray Tahajjud in the depths of night,Seeking forgiveness, and nearness to his Creator.
He broke his tooth for me at Uhud,And bled for me at Ta'if.

He cried for me, tears of concern,Just so I could have this belief.
His enemies admired his teachings,Uniting every religion, every clan.

Till ISLAM came to every corner of the world,O, but indeed he was only a man.
To own a house, or build his wealthWas not his main priority.

To establish ISLAM was more essential,To bring us under a Higher Authority.
Don't you want him to plea for your case,When before ALLAH-The Judge-you stand?Don't you wish to be around his fountain,A burning desire to drink from his hand?
So I love him more than all creation,My Leader, my Humble Prophet.Muhammad (Pbuh) was a mercy to all mankind,And to me, he is the leader.


Blue Ocean Strategy KAGAT : Revolusi Pemikiran

Bila membicarakan soal Blue Ocean Strategy maka kalimat PERUBAHAN tidak mungkin dipisahkan daripadanya. Blue Ocean Strategy ini telah diperkenalkan oleh W. Chan Kim dan Renee Maunborg. Konsep yang diketengahkan oleh Blue Ocean Strategy ini adalah merupakan satu bentuk pendekatan sistematik untuk mencipta ruang pasaran yang tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan pesaing tidak relevan. Lawan bagi Blue Ocean adalah Red ocean. Perbezaannya adalah, Red Ocean merujuk kepada satu pasaran yang di dalamnya penuh dengan persaingan dari individu atau industri yang menghasilkan perkhidmatan dan produk yang sama. Kedua-dua strategi ini mempunyai konsep yang berbeza dari segi cara bertindak dan berfikir.

Berbalik kepada KAGAT maka persoalan yang perlu diketengahkan melalui Strategi laut Biru atau blue Ocean strategy ini adalah untuk membawa perubahan dari segi berfikir dan bertindak agar KAGAT mampu keluar dari kepompong pemikiran dan tindakan lama kearah pemikiran dan tindakan baru bagi mengharungi gelombang semasa. Selama ini KAGAT hanya bergelombang dan berenang dalam ombak Lautan Merah. Strategi Lautan Merah digambarkan sebagai industri yang telah didefinisikan dan diterima ramai serta aturan-aturan permainan di dalamnya sudah diketahui umum, yang mana individu dan industri akan bersaing di dalam ruang pasaran yang sedia ada. Manakala Strategi Lautan Biru digambarkan sebagai ruang pasaran yang belum dijelajahi. Strategi ini menjadikan pesaing tidak relevan.

Dalam konteks pengurusan KAGAT , Strategi Laut Biru akan menjadikan organisasi ini berani berinovasi dan berkreativiti serta mencipta permintaan baru walaupun tidak ada jaminan beroleh kejayaan. Tidak mustahil jika suatu masa KAGAT mampu menerajui kepimpinan tentera sebagai PAT. Berbeza dengan strategi lautan merah yang diamalkan kini, organisasi bertindak mengeksploitasikan permintaan yang sedia ada. Sering kali strategi ini menghadapi masalah mengenai persaingan dari pesaing-pesaing untuk merebut potensi yang ada. Dalam saat memenangi saingan ini, sumber dan masa telah terbuang tanpa disedari. Persaingan yang dimaksudkan dalam konteks KAGAT sebagai subjek adalah merujuk kepada pengurusan organisasi dan perlaksanaan ‘Dakwah’ sebagai Business Core.

Alihan Paradigma KAGAT

16 april lalu, genaplah usia KAGAT 26 tahun. Usia yang menggambarkan kematangan sesebuah organisasi. Kalau diukur kepada manusia, usia 26 tahun dikira sebagai usia yang melayakkannya untuk seseorang membina keluarga sendiri. Usia yang dikira sebagai usia matang bagi seseorang untuk menjadi ketua.

Sambutan HUT ke 26 pada kali ini berlangsung dalam suasana yang amat sederhana. Meskipun begitu, ianya tetap dilaksanakan dalam suasana meriah. Skot79 mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh warga KAGAT bersempena dengan HUT yang ke26 ini. Tahniah juga diucapkan kepada Pemangku Pengarah yang telah memberikan ucapan yang penuh pengertian dan harapan. Tak lupa juga ucapan tahniah kepada seluruh tenaga kerja yang telah menjayakan majlis sambutan itu terutama Lt Kol Ku Ibrahim dan warga ILMI. Lt Kol Ku pun nampak segak hari tu. Syabas diucapkan.

Bila sebut tentang ILMI seharusnya tumpuan kita diberikan kepada Skot kita, Profesor Kapt Roslan. Nampaknya pada hari itu, beliau kelihatan letih semacam dah. Mungkin tak tidur malam untuk memastikan persiapan HUT berjalan dengan lancer. Namun apa yang dikagumi, professor Kapt Roslan sentiasa senyum je walaupun letih. Tak pernah merungut dengan bebanan kerja yang terpaksa di tanggung. Sepanjang tempoh bersama dengan dia, Profesor Kapt Roslan menunjukkan komitmen kerja yang tinggi. Tak pernah fikirkan soal pangkat atau apa-apa anugerah. Itu yang membuat Skot79 “segan/kagum” dengan Profesor Kapt Roslan ni. Apapun, Skot79 mendoakan agar Allah membuka pintu rahmatnya dan membuka hijab kepada “orang berkenaan” untuk melihat jasa skot kita ini. Kalaulah ada kekosongan semoga paku yang tertanam di bahu Profesor Kapt Roslan dapat di cabut dan ditukarkan dengan “Crown”. Amin.

Bila membicarakan soal jasa dan pengorbanan, skot79 ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat dari WO2 ke WO1 serta penerima anugerah sijil Kepujian Pengarah KAGAT. Tentang penerima sijil anugerah Pengarah KAGAT tu, Ada juga suara yang bertanya tentang bagaimana mereka dipilih? Atau dengan bahasa lain, apakah criteria yang diguna pakai untuk memilih mereka yang layak diberi anugerah itu? Jawapan yang saya mampu berikan: Mereka dipilih atas jasa yang diberikan oleh mereka. Yang penting tentu ada satu jawatankuasa yang bertindak mencalonkan, menyaring dan memilih mereka berdasarkan criteria tertentu. Jawatankuasa ini tentulah meletakkan unsure ketuhanan melebihi segalanya kerana setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan oleh mereka, akan disoal oleh Allah di akhirat nanti.

Ada lagi yang bertanya, mengapa anggota PASDAM ramai yang dipilih, aku tengok si XXXX tu, setiap tahun dapat anugerah , segala keistimewaan dalam KAGAT dia dapat. Haji, PBB, sambung belajar, Brunai, bla, bala, bla, bla…… Saya jawab “Tu kawe (Saya) tak tahu. Kawe (Saya) pun tak perasan (bahawa dia dapat anugerah setiap tahun) la gu. Demo kena ingat, “Core Business”KAGAT ni dakwah. (So) pade la demo tu dapat (layaklah kalau ramai anggota PASDAM di beri anugerah itu). “

“Habis tu orang lain tak buat kerja ko?” Saya jawab “No komenlah sahabat, kawe jaga sel inspektorat (dan RnD) je… He…he.. (dengan nada bergurau saya tambah) tapi demo kena ingat , kalau tak ada PASDAM KAGAT kena bubar.”

Dalam perjalanan, saya terfikir, ada juga kebenaran kata-kata sahabat itu. “Habis orang lain tak buat kerja ko?”……. YA! jika segala “ghanimah” hanya diberikan kepada individu tertentu dan terpilih sahaja sedangkan “pejuang” yang berjuang membawa misi bagi mencapai VISI KAGAT itu berbagai peringkat maka perkara itu amatlah tidak patut.

Apa kata pegawai kita yang pergi menyertai misi menyelamatkan tebusan di Teluk Aden. Adakah jasa mereka tidak diiktiraf oleh KAGAT. Bukankah mereka juga pegawai KAGAT. Bagaimana pula mereka yang menyertai misi bersama Kapal Tunas Samudera, mereka yang terpaksa meninggalkan anak isteri
Kerana terlibat dengan operasi diperbatasan. Bukan sehari dua tetapi berbulan-bulan. Bagaimana dengan mereka yang terpaksa berpisah dengan anak isteri disebabkan sistem data base PSM yang terlalu naïve. Bagaimana kedudukan anggota kita yang terpaksa belayar berbulan-bulan disamudera. Bagaimana kedadaan pegawai dan anggota kita yang berkerja bermati-matian menghidupkan dakwah dipasukan. Apakah jasa mereka tidak diiktiraf kerana mereka tidak pandai “mengipas”? Apakah mereka yang membangunkan sistem CBQ, e NCR, PIFA, Kajian KPPSA, ISO, e Masjid dan sebagainya tidak setaraf dengan anggota PASDAM?

MORAL OF THE STORY

Itulah secebis daripada kisah yang ingin dibincangkan oleh Skot79. Pokok persoalannya adalah KRITERIA. Apakah criteria yang diguna pakai untuk memilih dan mencalonkan seseorang samada untuk kenaikan pangkat, penerima anugerah, sambung belajar, pergi haji, penempatan posting dan sebagainya. Adakah criteria yang diguna pakai ini direkodkan, ditulis (Didokumenkan) atau hanya mengikut kehendak hati semata-mata. Jika didokumenkan, apakah ianya telah dibincangkan, dimesyuarat dan dibentangkan terlebih dahulu? Jika semua ini ada, adakah mereka yang dipilih itu, disaring daripada seluruh warga KAGAT. Atau, adakah mereka yang dipilih itu merupakan insane terpilih yang bersifat very perfect , Intention, full wish, pious people, high quality, Genius, High commitment, Loyalist, Full obedient, dan segalanya yang menyebabkan mereka tidak perlu melalui prosedur yang telah ditetapkan. Atau, adakah kita memilih mereka secara cincai sahaja dengan alas an “Pilih aje lah… bukan ada apa pun…”

Jika itulah yang berlaku maka kita perlu membuat post mortem balik. Apapun keputusan yang ingin kita buat maka kita perlu melihat dari berbagai sudut. Untuk memuaskan hati semua orang adalah sesuatu perkara yang mustahil boleh berlaku. Walaubagaimanapun kita boleh membuatkan orang akur dengan keputusan yang dibuat sekiranya kita melakukan sesuatu tindakan berdasarkan prosedur dan melihat kepada criteria yang telah ditetapkan. Sebagai contoh mereka yang disaman kerana memandu melebihi had laju. Jika tiba-tiba surat saman sampai sedangkan dia tidak tahu pun bahawa dia telah melakukan kesalahan itu, timbul pertanyaan dihatinya “ adakah betul dia telah memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, maka disini, tentulah dia akan marah dan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Sebaliknya jika dia di tahan di tempat kejadian, dinyatakan kesalahan yang telah dilakukan, ditunjukkan bukti dan diminta menanda tangani surat saman maka dia akan akur, menerima dan redha dengan perkara itu walaupun hatinya mungkin tersa marah. Marahnya itu adalah kepada dirinya sendiri bukan kepada polis yang telah menyamannya itu.

Berbalik kepada apa yang kita bincangkan, persoalan akan timbul apabila kretaria dan prosedur pemilihan dipersoalkan. Apatah lagi apabila individu tertentu dipilih sedangkan ramai lagi mereka yang dikira layak tidak dipilih.

Sebagai “Ustaz” kita sering membicarakan soal keadilan, soal amanah dan soal tanggungjawab. Namun apabila dalam kehidupan seharian, apakah subjek yang kita bicarakan itu kita amalkan? Atau paling tidak kita cuba mengamalkannya dan menjadikannya sebagai budaya kehidupan kita atau adakah kita menjadi golongan yang disifatkan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Untuk para sahabat Skot79,

Jika kerja dilaksanakan berdasarkan sistem dan peraturan yang telah ditetapkan nescaya organisasi yang dipimpin ini akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Inilah organisasi yang dicintai oleh Allah sebagaimana diterangkan di dalam ayat berikutnya dari surah Al shaf :
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tujuan Skot79 membicarakan persoalan ini adalah untuk memberi PERINGATAN. Ini agar “ghanimah” daripada titik peluh pejuang-pejuang dibahagikan sama rata kepada mereka yang layak menerimanya.

HUT 26

Skot79 mengucapkan Selamat Ulang Tahun KAGAT KE 26. semoga terus gemilang

BLUE OCEAN : KAGAT PERLU REFORMASI KEPIMPINAN SECARA TOTAL

Point yang akan dibincangkan : 1. Kejayaan KAGAT selama 25 tahun : Antara yang nampak dan tersembunyi 2. .Betulkah KAGAT sudah hilang halatuju 3. Blue Ocean Vs Red Ocean : dimana KAGAT 4. Balance Scorecard : Pengurusan strategik KAGAT berdasarkan kerangka Islamik 5. Generasi pelapis kepimpinan KAGAT Insya Allah semua point ini akan dibincangkan oleh Skot79 jika ada pandangan dan pendapat harap dapat salurkan kepada admin Skot79 demi kesinambungan KAGAT. ( Tq to Tok Kenali... Tajuk perbincangan ni adalah berkisar kepada Pelapis kepimpinan KAGAT. Adakah kita perlu menunggu sehingga beberapa tahun lagi iaitu, sehingga individu tertentu pencen atau perlu perubahan kepimpinan segera atau desakan agar kepimpinan sedia ada perlu berubah dan bergerak seiring dengan arus perdana dan kembali kepada corp bussines yang sebenar atau kina hanya berdiam diri.... tanpa melakukan apa-apa, tanpa memikirkan kemana arah kor kita...)

Mesyuarat Pengurusan KAGAT 1/2011





Panglima Perang : Usamah ra

Ibnu Asakir telah memberitakan dari Az-Zuhri dari Urwah dari Usamah bin Zaid ra. bahwa Rasulullah SAW memerintahkannya untuk menyerang suku kaum Ubna pada waktu pagi dan membakar perkampungannya. Maka Rasulullah SAW berkata kepada Usamah: “Berangkatlah dengan nama Allah!”. Kemudian Rasulullah SAW keluar membawa bendera perangnya dan diserahkannya ke tangan Buraidah bin Al-Hashib Al-Aslami ra. untuk dibawa ke rumah Usamah ra. Beliau juga memerintahkan Usamah untuk membuat markasnya di Jaraf di luar Madinah sementara kaum Mukmin membuat persiapan untuk keluar berjihad. Maka Usamah ra. mendirikan khemahnya di suatu tempat berdekatan dengan Siqayat Sulaiman sekarang ini. Maka mulailah orang berdatangan dan berkumpul di tempat itu. Siapa yang sudah selesai kerjanya segera datang ke perkhemahan itu, dan siapa yang masih ada urusan diselesaikan urusannya terlebih dahulu.

Tiada seorang pun dari kaum Muhajirin yang unggul, melainkan dia ikut dalam pasukan jihad ini, termasuk Umar bin Al-Khatthab, Abu Ubaidah, Sa’ad bin Abu Waqqash, Abul A’war Said bin Zaid bin Amru bin Nufail radiallahuanhum dan banyak lagi para pemuka Muhajirin yang ikut serta. Dari kaum Anshar pun di antaranya Qatadah bin An-Nu’man dan Salamah bin Aslam bin Huraisy ra.huma dan lain-lain. Ada di antara kaum Muhajirin yang kurang setuju dengan pimpinan Usamah ra. itu, kerana usianya masih terlalu muda (18 tahun). Di antara orang yang banyak mengkritiknya ialah Aiyasy bin Abu Rabi’ah ra. dia berkata: “Bagaimana Rasulullah mengangkat anak muda yang belum berpengalaman ini, padahal banyak lagi pemuka-pemuka kaum Muhajirin yang pernah memimpin perang”.

Kerana itulah banyak desas-desus yang memperkecilkan kepemimpinan Usamah ra. Umar bin Al-Khatthab ra. menolak pendapat tersebut serta menjawab keraguan orang ramai. Kemudian dia menemui Rasulullah SAW serta memberitahu tentang apa yang dikatakan orang ramai tentang Usamah. Beliau SAW sangat marah, lalu memakai serbannya dan keluar ke masjid. Bila orang ramai sudah berkumpul di situ, beliau naik mimbar, memuji-muji Allah dan mensyukurinya, lalu berkata: “Amma ba’du! Wahai sekalian manusia! Ada pembicaraan yang sampai kepadaku mengenai pengangkatan Usamah? Demi Allah, jika kamu telah menuduhku terhadap pengangkatanku terhadap Usamah, maka sebenarnya kamu juga dahulu telah menuduhku terhadap pengangkatanku terhadap ayahnya, yakni Zaid.

Demi Allah, si Zaid itu memang layak menjadi panglima perang dan puteranya si Usamah juga layak menjadi panglima perang setelahnya. Kalau ayahnya si Zaid itu sungguh sangat aku kasihi, maka puteranya juga si Usamah sangat aku kasihi. Dan kedua orang ini adalah orang yang baik, maka hendaklah kamu memandang baik terhadap keduanya, kerana mereka juga adalah di antara sebaik-baik manusia di antara kamu!”.

Sesudah itu, beliau turun dari atas mimbar dan masuk ke dalam rumahnya, pada hari Sabtu, 10 Rabi’ul-awal. Kemudian berdatanganlah kaum Muhajirin yang hendak berangkat bersama-sama pasukan Usamah itu kepada Rasulullah SAW untuk mengucapkan selamat tinggal, di antaranya Umar bin Al-khatthab ra. dan Rasulullah SAW terus mengatakan kepada mereka: “Biarkan segera Usamah berangkat! Seketika itu pula Ummi Aiman ra. (iaitu ibu Usamah) mendatangi Rasulullah SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah! Bukankah lebih baik, jika engkau biarkan Usamah menunggu sebentar di perkhemahannya, sehingga engkau merasa sihat, kerana, jika Usamah ra. berangkat juga dalam keadaan seperti ini, tentulah dia akan merasa bimbang dalam perjalanannya!”. Tetapi Rasulullah SAW tetap mengatakan: “Biarkan segera Usamah berangkat!”.

Orang ramai sudah berkumpul di perkhemahan pasukan Usamah itu, dan mereka menginap di situ pada malam minggu itu. Usamah datang lagi kepada Rasulullah SAW pada hari Ahad dan Beliau SAW terlalu berat sakitnya, sehingga mereka memberikannya ubat. Usamah menemui Beliau sedang kedua matanya mengalirkan air mata. Ketika itu Al-Abbas berada di situ, dan di sekeliling Beliau ada beberapa orang kaum wanita dari kaum keluarganya. Usamah menundukkan kepalanya dan mencium Rasulullah SAW sedang Beliau tidak berkata apa-apa, selain mengangkat kedua belah tangannya ke arah langit serta mengusapkannya kepada Usamah. Berkata Usamah: “Aku tahu bahwa Rasulullah SAW mendoakan keberhasilanku. Aku kemudian kembali ke markas pasukanku”. “Pada esok harinya, iaitu hari Isnin, aku menggerakkan pasukanku sehingga kesemuanya telah siap untuk berangkat.

Aku mendapat berita bahawa Rasulullah SAW telah segar sedikit, maka aku pun datang sekali lagi kepadanya untuk mengucapkan selamat tinggal, kata Usamah”. Beliau berkata kepadaku: “Usamah! Berangkatlah segera dengan diliputi keberkatan dari Allah!”. Aku lihat isteri-isterinya cerah wajah mereka kerana gembira melihat beliau sedikit segar pada hari itu. Kemudian datang pula Abu Bakar ra. dengan wajah yang gembira, seraya berkata:”Wahai Rasulullah! Engkau terlihat lebih segar hari ini, Alhamdulillah. Hari ini hari pelangsungan pernikahan puteri Kharijah, izinkanlah aku pergi”. Maka Rasulullah SAW mengizinkannya pergi ke Sunh (sebuah perkampungan di luar kota Madinah), Usamah ra. pun kembali kepada pasukannya yang sedang menunggu perintahnya untuk bergerak, dan dia telah memerintahkan siapa yang masih belum berkumpul di markasnya supaya segera datang kerana sudah tiba waktunya untuk bergerak.

Belum jauh pasukan itu meninggalkan Jaraf, tempat markas perkhemahannya, datanglah utusan dari Ummi Aiman memberitahukan bahawa Rasulullah SAW telah kembali ke rahmatullah. Usamah segera memberhentikan pergerakan pasukan itu, dan segera menuju ke kota Madinah bersama-sama dengan Umar ra. dan Abu Ubaidah ra. ke rumah Rasulullah SAW dan mereka mendapati beliau telah meninggal dunia. Beliau wafat ketika matahari tenggelam pada hari Isnin malam 12 Rabi’ul-awal. Kaum Muslimin yang bermarkas di Jaraf tidak jadi berangkat ke medan perang, lalu kembali ke Madinah. Buraidah bin Al-Hashib yang membawa bendera Usamah, lalu menancapkannya di pintu rumah Rasulullah SAW. Sesudah Abu Bakar ra. diangkat menjadi Khalifah Rasulullah SAW dia telah menyuruh Buraidah ra. mengambil bendera perang itu dan menyerahkan kepada Usamah, dan supaya tidak dilipat sehingga Usamah memimpin pasukannya berangkat ke medan perang Syam. Berkata pula Buraidah: “Aku pun membawa bendera itu ke rumah Usamah , dan pasukan itu pun bergerak menuju ke Syam”. Setelah selesai tugas kami di Syam, kami kembali ke Madinah dan bendera itu terus saya tancapkan di rumah Usamah sehingga Usamah meninggal dunia.

Apabila berita wafatnya Rasulullah SAW sampai kepada kaum Arab, sebahagian mereka telah murtad keluar dari agama Islam. Abu Bakar ra. memanggil Usamah lalu menyuruhnya supaya menyiapkan diri untuk berangkat memerangi bangsa Romawi sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW sebelum wafatnya dahulu. pasukan Islam mulai berkumpul lagi di Jaraf di perkhemahan mereka dulu. Buraidah ra. yang diamanahkan untuk memegang bendera perang telah berada di markasnya di sana. Tetapi para pemuka kaum Muhajirin yang terutama, seperti Umar, Usman, Abu Ubaidah, Sa’ad bin Abu Waqqash, Said bin Zaid dan lainnya mereka telah datang kepada Khalifah Abu Bakar ra. seraya berkata: “wahai Khalifah Rasulullah! Sesungguhnya kaum Arab sudah mula memberontak, dan adalah tidak wajar engkau akan membiarkan pasukan Islam ini meninggalkan kami pada masa ini.

Bagaimana kalau engkau pecahkan pasukan ini menjadi dua. Yang satu untuk engkau kirimkan kepada kaum Arab yang murtad itu untuk mengembalikan mereka kepada Islam, dan yang lain engkau pertahankan di Madinah untuk menjaganya, siapa tahu kalau-kalau ada yang datang untuk menyerang kita dari mereka itu. Kalau tidak, maka yang tinggal di sini hanya anak-anak kecil dan wanita saja, bagaimana mereka dapat mempertahankannya? Seandainya engkau menangguhkan memerangi kaum Romawi itu, sehingga keadaan kita dalam negeri aman, dan kaum Arab yang murtad itu kembali ke pangkuan kita, ataupun kita kalahkan mereka terlebih dahulu, kemudian kita mengirim pasukan kita untuk memerangi bangsa Romawi itu, bukankah itu lebih baik?! Kita pun tidak merasa bimbang dari bangsa Romawi itu untuk datang menyerang kita pada masa ini!. Abu Bakar ra. hanya mendengar bermacam-macam pandangan dari para pemuka Muhajirin itu.

Setelah selesai mereka berkata, maka Abu Bakar ra. bertanya lagi: Adakah yang mahu memberikan pendapatnya lagi, atau kamu semua telah memberikan pendapat kamu?! jawab mereka: “Kami sudah berikan apa yang harus kami sampaikan!”. “Baiklah, kalau begitu. Saya telah dengar semua apa yang hendak kamu katakan itu”, ujar Abu Bakar. Demi jiwaku yang berada di tangannya! Kalau aku tahu bahwa aku akan dimakan binatang buas sekalipun, niscaya aku tetap akan mengutus pasukan ini ke tujuannya, dan aku yakin bahawa dia akan kembali dengan selamat. Betapa tidak, sedang Rasulullah SAW yang telah diberikan wahyu dari langit telah berkata: “Berangkatkan segera pasukan Usamah”.

Tetapi ada suatu hal yang akan aku beritahukan kepada Usamah sebagai panglima pasukan itu. Aku minta darinya supaya memmbiarkan Umar tetap tinggal di Madinah untuk membantuku di sini, kerana aku sangat perlu kepada bantuannya. Demi Allah, aku tidak tahu apakah Usamah setuju atau tidak. Demi Allah, jika dia enggan membenarkan sekalipun, aku tidak akan memaksanya! Kini tahulah para pemuka Muhajirin itu, bahawa khalifah mereka yang baru itu telah berazam sepenuhnya untuk mengirim pasukan Islam, sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW sebelumnya.

Abu Bakar ra. lalu pergi ke rumah Usamah ra., dan memintanya agar membiarkan Umar ra. tinggal di Madinah untuk membantunya. Usamah ra. setuju. Untuk meyakinkan dirinya, maka Abu Bakar ra. berkata lagi: “Benar engkau mengizinkannya dengan hati yang rela?” Jawab Usamah: “ya!”. Khalifah Abu Bakar ra. lalu mengeluarkan perintah supaya tidak ada seorang pun mengelakkan dirinya dari menyertai pasukan Usamah itu sesuai dengan perintah Rasulullah SAW sebelum wafatnya. Dia berkata lagi: “Siapa saja yang melewatkan dirinya untuk keluar, niscaya aku akan menyuruhnya mengejar pasukan itu dengan berjalan kaki”. Kemudian Abu Bakar ra. memanggil orang-orang yang pernah mengecil-ngecilkan pengangkatan Usamah sebagai panglima perang, dan memarahi mereka serta menyuruh mereka ikut keluar bersama-sama pasukan itu, sehingga tiada seorang pun yang berani memisahkan dirinya.

Apabila pasukan itu sudah mulai bergerak, Abu Bakar ra. datang untuk mengucapkan selamat berangkat kepada mereka. Usamah mendahului para sahabatnya dari Jaraf, dan mereka kurang lebih 3,000 orang, di antaranya ada 1,000 orang yang menunggang kuda. Abu Bakar ra. berjalan kaki di sisi Usamah ra. untuk mengucapkan selamat jalan kepadanya: “Aku serahkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan kesudahan amalmu! Sesungguhnya Rasulullah SAW sudah berpesan kepadamu, maka laksanakanlah segala pesannya itu, dan aku tidak ingin menambah apa-apa pun, tidak akan menyuruhmu apa pun atau melarangmu dari apa pun. Aku hanya menjalankan apa yang diperintahkan oleh Rasuluflah SAW saja”.

Usamah ra. dan pasukannya maju dengan cepat. Dia telah melalui beberapa negeri yang tetap mematuhi Madinah dan tidak keluar dari Islam, seperi Juhainah dan lainnya dari suku kaum Qudha’ah. Apabila dia tiba di Wadilqura, Usamah mengutus seorang mata-mata dari suku Hani Adzrah, dikenal dengan nama Huraits. Dia maju meninggalkan pasukan itu, hingga tiba di LThna dan dia coba mendapatkan berita di sana, kemudian dia kembali secepatnya dan baru bertemu dengan pasukan Usamah sesudah berjalan selama dua malam dari Ubna itu. Huraits lalu memberitahu Usamah, bahawa rakyat di situ masih belum berbuat apa-apa. Mereka belum berkumpul untuk menentang pasukan yang mereka, dan mengusulkan supaya pasukan Usamah segera menggempur sebelum mereka dapat mengumpulkan pasukan.

(Ibnu Asakir: At-Tarikh 1:120, Kanzul Ummal 5:312. Fathul Bari 8:107)