Terlebih dahulu kawe nak minta maaf kerana dah lama tidak update blog Skot79. Bukannya apa Cuma semangat agak kurang lebih lebih lagi, sedikit masa kedudukan Kor kita agak panas dengan berbagai isu. Alhamdulillah, sekarang ni nampaknya segalanya kembali normal. Walaupun ada beberapa perkara yang dilihat seakan tidak normal namun segalanya di bawah kawalan.
Kerusi panas TPP telah diisi, serah terima tugas pengarah telah berlangsung, Mantan pengarah lalu (Dato’ Din) sudah mendapat tempat yang agak selesa. Segala-galanya ini ada hikmahnya. Siapa sangka KAGAT mempunyai 2 orang Brigedier Jeneral. Tidak mustahil sekiranya antara dua orang ini akan di anugerahkan dengan satu lagi bintang. Walau bagaimanapun, makin banyak bintang maka makin beratlah tanggung jawab. Bila tanggung jawab makin berat maka hisab di akhirat nanti menjadi makin banyak. Lantaran itu marilah kita sama-sama mengingati bahawa tugas yang diberikan kepada kita ini adalah amanah. Bila disebut sebagai Amanah maka sudah pastilah ianya akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. Adakah kita melaksanakan amanah itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah.
Sekarang ini, cuaca di KAGAT sudah kembali tenang. Angin yang bertiup membawa irama sepoi-sepoi bahasa. Namun perlu diingatkan agar janganlah kita terbuai dengan tiupan angin yang mengasyikkan ini. Nanti kita akan terlena. Jika kita terlena, dibimbangi Tsunami akan melanda tanpa kita mampu membuat persiapan. Sehubungan itu, bagi nakhoda kapal, lihatlah kembali mereka yang berada disekeliling anda. Pastikan pekerja anda adalah orang yang benar-benar bekerja untuk kapal anda.
Saya tidak bermaksud untuk menafikan tenaga yang disumbangkan oleh pekerja di kapal anda itu namun apa yang saya perhatikan ada pekerja yang mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri sebagai hero tatkala kerja telah selesai. Ada pekerja yang pakar dalam bidang Tai Chi tiba-tiba apabila di hadapan Nakhoda dia bertukar menjadi Kung Fu. Ada yang cuba melumur minyak di tengah jalan. Ada yang jadi juru arah. Ada yang jadi buruh sedangkan dia bersama laksamana. Ada yang mengaku bendahara sedangkan dia penolong Shah Bandar. Ya ….. macam-macam boleh berlaku.
Jika nakhoda tidak pintar dalam membaca rentak tari orang disekeliling, tidak mustahil suatu masa nanti, nakhoda akan ditenggelamkan oleh mereka yang berada hamper dengan nakhoda. Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan Melaka, Kejatuhan Khilafah Othmaniah, Umayyah, Kerajaan Maja Pahit dan kerajaan-kerajaan besar lain termasuklah sistem beraja di Rusia berpunca daripada mereka yang berada hamper dengan pemerintah. Namun, mereka itu ada kepentingan peribadi….. Akhir kata, marilah sama-sama kita dokong perjuangan Kor kita ini sebagai pemangkin Kerohanian ATM…. Berjuang Berakhlak.
THE WAVE OF SKOT79
SKOT79
PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN
PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN
Search This Blog
About Me
Minda Mejar Zainal
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
Jaringan Islam
Blog Archive
Labels
- A (1)
PENGHULU SKOT79
- TP3 : Kapt Hj Mohd Khairi bin Awang
- TP2 : Kapt Mohd Sakri Yusop
- TP1 : Kapt Hafidi Hussin
Cuba Tengok
Pages
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment