BLUE OCEAN KAGAT : NILAI INOVASI




Bila bercakap soal Blue Ocean KAGAT maka kita tidak boleh terlepas daripada memperkatakan soal inovasi. Mungkin ramai yang tidak jelas tentang maksud inovasi. Secara ringkasnya, inovasi bolehlah di takrifkan sebagai satu kaedah mencari jalan bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik samada melalui pengubahsuaian atau penambah baikkan.Perkara ini akan tercetus hasil daripada cetusan-cetusan idea yang kreatif dan inovatif kearah meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.


Kali ini Skot79 akan membicarakan tentang Nilai Inovasi dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan KAGAT. Nilai inovasi merupakan hasil daripada tindakan positif organisasi yang mempengaruhi struktur kos. Iaitu dengan menurunkan kos operasi dan meningkatkan nilai permintaan dengan serentak. Bagaimana Ye… Ini yang pening nak cakap ni. Walau bagaimanapun, Skot79 akan menjelaskan secara mudah agar dapat difahami oleh Keluarga Skot79 semua. Pening-tak pening kena faham kerana Gelombang Skot79 akan melanda dengan teratur tetapi bakal mencetuskan Tsunami kearah mentransformasikan KAGAT untuk menghadapi cabaran semasa.

Untuk kita memahami tentang Nilai Inovasi, skot79 ingin membawa perhatian kita kepada dua isu. Pertama produk yang telah dihasilkan oleh KAGAT dan diharapkan agar produk itu mampu menghasilkan produk baru untuk KAGAT. Kumpulan Nasyid Al Fursan. Maksud Al Fursan adalah Kuda Perang. Nama yang cukup cantik dan mempunyai kaitan dengan organisasi utamanya iaitu KAGAT-ATM. Penampilan ahlinya bolehlah diterima meskipun ada ruang yang luas untuk disuntik dengan nilai tambah. Kumpulan ini sering membuat persembahan dan telah Berjaya menghasilkan produk ulungnya iaitu Album nasyid kumpulan al Fursan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, produk yang dihasilkan itu tidak men “interpreter” atau meng “ construe”kan ia sebagai kumpulan Nasyid Tentera. Ini kerana nilai bagi ketumbukan tentera adalah semangat dan disiplin . Kerangkanya adalah Iman lantaran itu bila produk yang dihasilkan tidak mencerminkan semangat maka ia tidak mencerminkan sebagai kumpulan nasyid yang dilahirkan oleh tentera.

Kembali kepada persoalan nilai inovasi, seorang sarjana barat yang dikenali sebagai Drucker dalam karyanya Classic Drucker memberi takrifan nilai inovasi sebagai fungsi khusus yang ada pada usahawan. Ia bertindak sebagai alat kepada usahawan untuk mencipta sumber baru bagi menghasilkan kekayaan atau memberi nilai tambah kepada potensi sumber sedia ada dengan tujuan mencipta kekayaan. Dalam konteks kumpulan nasyid Al Fursan, Kekayaan bolehlah ditakrifkan sebagai tarikan orang ramai untuk mendengar dan meminati kumpulan mereka ini. Akan tetapi apabila produk yang dihasilkan dan sasarannya adalah kepada tentera namun nilai tarikannya gagal untuk memikat hati majoriti tentera maka BAGI SAYA , kumpulan ini gagal mewujudkan NILAI INOVASI. Mengapa saya berkata begitu/ ini kerana produk yang dihasilkan oleh Al Fursan tidak ada apa-apa keistimewaan berbanding kumpulan nasid yang lain. Bahkan kumpulan ini gagal menambat hati majoriti anggota tentera kita yang berumur bawah 30 tahun.

Nasihat daripada Skot79,

sebagai kumpulan nasyid , Al Fursan perlu mewujudkan BLUE OCEAN STRATEGY mereka dengan keluar daripada gelombang RED OCEAN dan mencipta pasaran yang belum diterokai/diwujudkan oleh kumpulan nasyid lain.

Untuk pergi lebih jauh, Al Fursan perlulah menetapkan syarat Inovasi dan kreativiti sebagai nilai kemahiran yang perlu ada dalam diri ahli kumpulan mereka. Kemahiran kreatif yang ada pada diri ahli-ahli mereka adalah faktor utama yang membezakan mereka dengan kumpulan nasyid yang lain. Produk yang dihasilkan mestilah berbeza dari kumpulan nasyid yang sedang mewarnai persada nasyid tanah air bahkan kumpulan nasyid yang cuba menakluki dunia pada masa kini. Saya percaya jika perkara ini dapat direalisasikan maka al Fursan mungkin mampu lahir sebagai kumpulan Nasyid bertaraf dunia.

ISU KEDUANYA AKAN DIBINCANGKAN DALAM POSTING AKAN DATANG INSYA ALLAH……

0 comments: