KUDA TUA YANG CEDERA DAN PARAH

KUDA TUA YANG CEDERA DAN PARAH
Assalamualaikum Skot79.

Saya terima SMS daripada sahabat kita Kapt Azlisham. SMS ringkas tapi penuh makna. Bunyi SMSnya
“ PEGAWAI KAGAT RPS….. ANTARA HARAPAN DAN IGAUAN….. ANTARA MARUAH DAN SISIHAN…..”

Ceritanya:
Dua hari lepas saya menelefon saudara Azlisham kerana dengar khabar panglima akan pakaikan pangkat Mej pada 13 Mei 2011. Saya terasa agak hairan kerana saudara Azlisham baru melapor dalam 2 @ 3 minggu lepas. Biasanya sokongan akan dibuat setelah 28 hari beliau melapor. Bila saya bertanyakan hal itu, jawapan yang diterima amat mengejutkan saya. Bukan setakat pangkat bahkan perjawatan KAGAT pun tak wujud di unit RPS itu.

Persoalannya, mengapa PSM mengeluarkan arahan melapor kepada beliau dengan arahan PERTUKARAN ATAS DASAR KENAIKAN PANGKAT DARI KAPT KE MEJ.

Apakah PSM buat kerja sambil tidur? Adakah ini dikira satu kesalahan kecil yang boleh dimaafkan? Saya ibaratkan kerja ini seperti tindakan seekor kuda tua yang cedera parah dan hamper mati. Hanya tungu hembusan nafasnya yang terakhir sahaja. Biasanya hembusan nafas terakhir ini disertai dengan satu tendangan bagi mengiringi keluarnya roh dari jasad. Tendangan yang boleh mengena sesiapa sahaja dan boleh menyebabkan orang lain tercedera.Yang tercedarnya adalah saudara kita, keluarga Skot79.

Kalau saya telah diarahkan untuk ditemuduga pada 27 januari 2011 jam 0843 (TEMUDUGA YANG DI ATUR OLEH PSM) disebabkan sekeping surat daripada orang yang perihatin dengan kebajikan keluarga saya, maka saya BERPENDAPAT PSM juga WAJIB di temuduga dan di AMBIL TINDAKAN di atas tindakannya yang ternyata cuai dan menyusahkan orang lain. Bukan itu sahaja, kesilapan ini juga telah menyebabkan timbulnya persepsi negatif terhadap pengurusan dan pentadbiran KAGAT.

Walaubagaimanapun, saya percaya kepimpinan baru KAGAT yang akan diketuai oleh Bgd Jen Hj Mustafa mempunyai formula tersendiri untuk mengatasi perkara ini. Saya percaya beliau mampu membawa KAGAT kearah yang lebih cemerlang. Bukan KAGAT tidak cemerlang , namun kecemerlangan yang ditelah diraih oleh KAGAT perlu dipertingkatkan. Lantaran itu juga, skot79 mengharapkan barisan kepimpinan KAGAT yang baru diterajui oleh mereka-mereka yang ingin berkerja untuk kecemerlangan KAGAT. Yang ingin berkerja berdasarkan perancangan dan pengurusan strategik dalam bentuk amali bukannya cakap kosong. Bagi Skot79, kita akan tetap mendokong perjuangan KAGAT dan akan menjaga KAGAT supaya KAGAT terus gemilang dipersada dunia.

1 comments:

Sham said...

Salam Ukhuwwah.
Hamba ingin memaklumkan bahawa setelah melapor diri ke RPS sehinggalah pada 18 Mei 2011,maka telah dibuat Temuduga Masuk secara rasminya hamba sebagai Pegawai Agama RPS.Bermula 18 Mei 2011,Hamba bernaung sebagai Warga RPS Kem Paya Jaras Sg Buloh.Kelewatan temuduga ini,ialah untuk pihak pengurusan dan pentadbiran RPS menyelesaikan isu yang ada kaitan dengan perjawatan Hamba di RPS.Al-Hamdulillah,Hamba yaqin dan percaya bahawa isu tersebut akan selesai.Peg Memerintah,Pen Pegawai Memerintah dan Peg Yang mengurus perjawatan di sini telah mencapai kata sepakat untuk terus mempertahankan Hamba dan menerima secara terbuka serta meminta Hamba meneruskan tugas di RPS. Mereka mengharapkan semoga Hamba berperanan memberi khidmat agama dalam RPS.Tentang perjawatan mereka akan selesaikan.Terima kasih semua.Terima kasih PSM HQ KAGAT.Terima kasih RPS. Wasslam.
KAPT AZLISHAM BIN ABDUL AZIZ