KAGAT OH KAGAT Siri 2

Nama KAGAT begitu Gah dipersada tanah air. Apa tidaknya, sudah 2 orang pengarah KAGAT telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan memegang port polio Menteri Agama. Pastinya perlantikan 2 orang bekas Pengarah KAGAT ini mampu menyuntik semangat dikalangan warga KAGAT untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Tidak kurang juga mungkin ada yang memasang angan angan untuk menjejaki langkah 2 orang Mantan pengarah KAGAT itu. Apa yang penting, bagi sesiapa yang memasang angan-angan tu, maka, pastikan enjin anda mampu menggalas tugas yang amat mencabar itu. Kalau setakat enjin 650CC, maka lebih baik kuburkan sahaja cita-cita anda itu. Kalaupun enjin anda setakat 750CC atau 850CC, anda masih tak mampu memasang angan-angan tersebut. Untuk menguji enjin anda maka marilah kita tengok beberapa isu kecil yang patut diberi perhatian :

Fleksi Mejar

Ramai kapten-kapten mengharapkan agar kertas kerja untuk memfleksikan kapten/mejar Berjaya dan diluluskan. Mungkin ada yang sudah memasang angan-angan duduk sebaris dengan OC-OC di pasukan. Apa tidaknya, semasa melapor diri dulu, para OC yang berada di pasukan baru berpangkat Lt Muda tapi kini sudah berpangkat Mejar.dulu mereka memanggil kita tuan, kini kita pula panggil mereka tuan. Tuan ustaz pula, dulunya kapten, kini masih lagi kapten dan mungkin 5 tahun lagi masih kapten dan lebih malang….. pencenpun kapten. Cuba bayang kan, kalaulah Lt Muda yang kita kenal itu telah memegang pangkat Jeneral dan pada masa itu saudara masih lagi kapten.

Kalau saudara kata “ Tidak mengapa, kita berkerja kerana Allah…Ikhlas….” , Saya Salute kepada saudara! Dan, dari sudut lain saya katakana saudara adalah bapak munafik yang menyembunyikan kekecewaan diri disebalik isu agama. Kalau saudara berpangkat Jeneral sekalipun saudara wajib bekerja kerana Allah… Bercakap soal berkerja kerana Allah , orang yang tidak buat kerjapun akan kata mereka berkerja kerana Allah, orang yang kejar pangkat, kaki ampu, maharaja wayang cina dan sebagainya akan berkata mereka berkerja kerana Allah….

Bagi kapten-kapten, sama ada Full Kapten atau Kapten baru, saya cadangkan agar anda semua menubuhkan Pakatan Suara Kapten. Pilihlah wakil kalangan saudara, individu yang berani bersuara, ikhlas, tidak mempunyai agenda peribadi dan sanggup berjuang untuk memperjuangkan masa depan saudara .Perjuangkan nasib saudara. Jangan mengharapkan keajaiban akan berlaku secara tiba-tiba. Ingatlah, jangan mengharapkan nasib saudara akan di bela oleh seseorang. Kebanyakan manusia hanya memikirkan soal kepentingan peribadi semata-mata. Perjuangan itu mestilah berlandaskan undang-undang. Bukan maksud saya agar saudara membuat demonstrasi atau memboikot sebaliknya hantarkan wakil saudara untuk berbincang tentang masa depan kapten-kapten dengan “individu” tertentu. Lihat dengan mata kepala saudara sendiri, apakah tindakan yang akan dan telah dilakukan. Follow setiap tahap progress. Jangan terlepas walai semilimeter sekalipun. Bukan tak percaya tetapi itulah yang dinamakan oleh Islam sebagai Itqan.

Bagi saya sendiri, saya telah lama tidak mengharapkan KAGAT untuk menjaga kebajikan saya. Soal posting, soal latihan kerjaya atau menyambung pengajian, soal pangkat, soal pingat, PBB, petugas haji dan segala bentuk kebajikan serta segala-galanya. Ada orang bertanya kepada saya, adakah saya ada membuat permohonan untuk menyambung belajar. Saya katakan “TIDAK!” dan saya sekali-kali tidak akan lagi membuat permohonan untuk menyambung belajar. Bagi saya “mereka” yang akan dihantar untuk menyambung pelajaran sudah ada di dalam tabung, mereka yang akan dihantar ke misi PBB, Petugas haji, bertugas di Brunei atau mereka yang akan pakai pangkat samaada… Mejar, Lt Kolonel, Kolonel dan sebagainya. Bagi saya, saya beranggapan semua calon-calon itu sudah ada. Siapa mereka… saya tidak tahu dan saya tidak berminat untuk mengambil tahu. Apa yang penting bagi diri saya, laksanakan tugas secara professional. Jangan jadi passanger, jangan jadi pacat, jangan tikam orang dari belakang. Jangan banyak berlakon. Nyatakan pendirian dengan jelas. Jangan berselindung.Jangan jadi pelakon wayang cina. Berpegang pada prinsip Smart Work lebih penting didahulukan daripada Hard Work bukan hanya Hard Work semata-mata sehingga mengobankan hak diri dan keluarga. Ini kerana diri, keluarga, organisasi dan tuhan ada hak masing-masing sebagaimana yang diingatkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Dulu saya pernah memohon untuk menyambung pelajaran sama ada ijazah sarjana atau diploma lanjutan atau apa saja bidang pengajian. Setiap tahun saya memohon, dari tahun 2003 hinggalah 2009. Tanyalah Bgd Jen Dato Abdul Samad Komando, Kolonel (B) Abbas Komando, Kol Chapiti RAJD, Lt Kol Zainal RAJD,Lt Kol Redha RAJD dan Kol Yaakob Samiran Pengarah Sekretariat. Mereka semua telah membuat sokongan untuk saya menyambung pengajian dan memberi galakan namun sebaliknya, mereka yang tidak memohon dipilih untuk menyambung pengajian sedangkan saya mendapat habun bertahun-tahun dihantar bertugas berjauhan dengan keluarga. Saya telah memberitahu PSM bahawa keluarga saya tidak boleh berpindah kerana isteri saya terikat dengan Universiti Multimedia. Tidak banyak tempat yang dia boleh pindah…hanya Melaka dan Cyberjaya. Saya juga merayu kepada PSM agar dapat ditempatkan dekat dengan university (bukanlah sepagar dengan Universiti) kerana saya telah membuat permohonan belajar secara persendirian/separuh masa.

Alhamdulillah…. Mereka faham bahawa isteri saya hanya boleh bertugas di dua negeri sahaja iaitu Melaka dan Selangor maka Rayuan saya diterima dan saya telah di rancang untuk di tempatkan di 20 RAMD, Miri Sarawak. Al hamdulillah. PSM telah mendengar rayuan saya. PSM sungguh perihatin. Tidak ada sejarah dalam ATM yang mana PSM kor begitu perihatin sebagaimana KAGAT lakukan. Kebajikan saya dijaga. Mereka tahu bahawa saya mempunyai anak berupa manusia dan saya berkahwin dengan seorang manusia. Keputusan PSM itu bermakna, setiap minggu saya kena berulang alik dengan kapal terbang dari Miri Ke Melaka. Al Hamdulillah. Begitu perihatin KAGAT/PSM kepada saya. Pada asalnya 20 RAMD dicalonkan nama orang lain namun disebabkan individu ini teramat penting maka PSM telah mengambil keputusan untuk membatalkan posting beliau. Mungkin PSM melihat sekiranya beliau dipostingkan ke 20RAMD maka KAGAT terpaksa dibubarkan. Maka saya dicalonkan ketempat itu. Mungkin alas an PSM, isteri saya tidak perlukan nafkah batin, nafkah fizikal, kasih sayang atau mungkin PSM menyangka isteri dan anak-anak saya itu semuanya robot. Dalam KAGAT, ada beberapa individu penting yang menjadi tulang belakang KAGAT. Sekiranya mereka tidak ada maka KAGAT terpaksa dibubarkan. Lihatlah beberapa individu yang tidak boleh di keluarkan sama ada dari Jabatan Arah atau Lembah Kelang…. He…. He…. (Aku baru masuk je…. He…he…)

Dulu saya dengar ada sekumpulan manusia yang dihantar keBrunei pada setiap tahun. Mengikut cerita yang saya dengar di sana amat penat, Terlalu penat. Tenaga kita diperah seperah-perahnya. Tidak ada masa rehat… Woi… Dengar cerita tu, amat takut. Di takdirkan Allah, tahun ini saya dapat pergi ke Brunei. Itupun nama tak disenaraikan Cuma last minit nama dimasukkan. Bila saya pergi ke sana, saya lebih banyak mencari hakikat sebenar. Tak kiralah orang nak kata pacat ke, passanger kea tau apa ke, namun saya ada mission. Saya mahu melihat apakah hakikat sebenar di Brunei tu, apakah keistimewaan yang boleh saya ambil untuk diaplikasikan di Malaysia. Saya cuba membuat analisa dan saya perhatikan bahawa di sana tidaklah seperti yang digambarkan. Bahkan saya melihat di sana program agama dilaksanakan begitu sistematik. Qiamullail tiap-tiap malam tu tak pelik bahkan itulah yang sepatutnya dilakukan oleh tentera Islam. Apa yang dikatakan penat tu sama ada orang yang berkata itu tidak berkerja secara sistematik atau tidak professional atau memang kat Malaysia kerja sembelit maka kena berkerja sikit pun dah mengeluh penat….

Tengoklah, bila ada tawaran untuk berkerja di sana, maka akan timbullah individu yang mengaku mereka pakar dalam segalanya. Mereka pakar membuat silibus kerana mereka ada kursus TDO atau sebagainya sedangkan silibus yang mereka telah hasilkan nampaknya Out Of Date dan ketinggalan zaman. Dah tak relevan dengan keperluan semasa. Ada yang mengatakan mereka pakar motivasi. Bila di perhatikan mereka hanyalah pemain perasaan untuk membuat orang menangis bukan berjaya membangkitkan semangat atau membawa anjakan paradigma. Ada yang akan mengaku mereka pakar pengurusan dan pendek kata segala-galanyalah yang memungkinkan mereka di calonkan untuk mendapat Ghanimah di sana nanti.pada masa ini tidak dengar pula perkataan penat…. Pokok persoalannya adalah terletak kepada keputusan pengarah dan pihak pengurusan tertinggi. Adakah factor kenaliti atau factor kebolehan individu. Kalau kebolehan individu maka apakah indicator yang akan diguna pakai oleh pengarah dan pengurusan tertinggi. Adakah melalui pemerhatian secara kasar atau melalui pemerhatian secara terperinci. Ini kerana penilaian yang dibuat selama ini didapati hanya berpandukan penilaian pada persembahan kulit sahaja. Bukan isi atau intipati isi yang sebenar.
Okeylah Skot…. Sampai disini sahajalah dahulu. Semoga ketemu lagi. HIDUP SKOT 79. BAKAL PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN.

1 comments:

parklong said...

saya sependapat dgn tuan, apa yg berlaku pada tuan hampir mirip pd apa yg telah berlaku kpd saya, apa kan daya, kita hanya timun, mereka adalah durian, kita timpa mereka, kit luka dan kalau kereka timpa kita, kita tetap luka