KAGAT OH KAGAT 3

Bila kita meluahkan perasaan tentang KAGAT, bukanlah bermaksud KAGAT tidak baik. Banyak perkara yang telah dilakukan oleh KAGAT dalam usaha membina benteng diri ketahanan spiritual anggota ATM. Apa yang kita luahkan ini hanyalah sekelumit perasaan bertujuan untuk meningkatkan lagi keupayaan KAGAT dalam mencapai VISInya.

Sebagai contoh, lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Lt Kol Jaafar. Bagaimana beliau berfikir dan merancang untuk KAGAT. Begitu hebat sekali. Malangnya, beliau tiada satu alat iaitu apa yang dinamakan KUASA untuk melaksanakan idea dan perancangannya itu. Idea dan peranccangan beliau memerlukan kuasa kuda melebihi 3000CC. Kalau kuasa kuda yang ada setakat 850CC maka pastinyalah segala idea dan perancangan Lt Kol Jaafar itu dianggap sebagai tidak berpijak di alam nyata.

Bercakap soal Lt Kol Jaafar, kami di Sel Inspektorat sebenarnya amat kagum dengan cara dia bekerja. Semangat untuk membawa perubahan dalam KAGAT begitu berkobar-kobar. Dia bekerja dengan penuh keikhlasan dan seolah-olah tidak mengenal penat. Nak tengok dia mengampu untuk menaikkan diri, jauh sekali. Kadang-kadang kami amat kesian kerana kami dapati beliau seumpama lilin yang membakar diri, untuk memberi cahaya kepada orang lain. Lebih kesian lagi apabila selepas segalanya menjadi terang, beliau seolah-olah sudah tidak ada nilai lagi. Disimpan dan menunggu masa untuk digunakan kembali. Itu pandangan kami yang berada dibawah Sel beliau.

Ada orang berkata, beliau tidak ada “command”. Bagi saya, dakwaan itu adalah karut semata-mata. Saya sendiri pernah melihat bagaimana beliau memanggil mengadap seorang pegawai berpangkat Mejar kerana tidak menghadiri perbarisan mingguan pada hari Isnin. Mana buktinya beliau tidak ada “command”. Siapakah PS 1 yang dikatakan ada “command” dan sanggup menegur kesalahan pegawai bawahan? RSM sendiripun tak mampu berbuat begitu. Bukankah begitu RSM KAGAT? Kalau kata-kata saya ini tidak betul maka, maaflah RSM ye, tetapi laporan yang saya minta berkaitan insiden pada 24 Okt 2011 lalu masih belum saya terima…. Takut kat anak buah ke???

Lt kol Jaafar ada nilai di pasaran luar. Beliau mempunyai master dalam bidang insurance Islam. Kalau dekat luar tu, pastinya banyak syarikat insurance yang berebut-rebut untuk mendapatkan khidmat dan kepakaran beliau. Tambahan pula, beliau mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan dan mahir serta dianggap pakar dalam sistem pengurusan seperti Balancescore Card, Star Ratting, OBB, ISO dan berbagai bidang lagi. Kepakaran beliau bukan diiktiraf oleh KAGAT semata-mata bahkan ianya telah diiktiraf oleh ATM, agensi kerajaan dan agensi swasta luar termasuk mendapat pengiktirafan luar Negara. Kalau beliau ingin mengejar income, dekat luar, beliau mampu meraihnya. Dan kalaulah beliau berada di university, saya rasa dengan cara beliau bekerja ini, kita mengkin telah mengenali beliau sebagai Profesor Dr Mohd Jaafar bin Awang. Dan mungkin wajah beliau akan menghiasi kaca TV serta tulisan beliau menghiasi dada-dada akhbar. Namun sayang, permata yang berharga ini seolah-oalah tidak di nilai didalam KAGAT dan ATM. Walaubagaimanapun, syabas kami ucapkan untuk Lt kol Mohd Jaafar di atas sumbangan beliau kepada ATM dan KAGAT.

Okeylah sahabat Skot79, next time kita berbicara tentang ILMI dan Panglima ILMI yang telah membawa kemajuan untuk ILMI… Lt Kol Ku Ibrahim….. yang lain tu, tunggu turn la…. Okey Wassalam.

0 comments: