Farudduhu Ilallahi

Isu pengarah KAGAT masih menjadi bahan bualan dikalangan warga Kagat khususnya bahkan warga ATM amnya. bagi skot79, persoalan ini rasanya malas untuk dibicarakan namun dek kerana tujahan pertanyaan daripada skot-skot yang berada jauh dari DZ maka skot79 mengambil keputusan untuk membicarakan dengan sebaik mungkin serta berpandukan fikiran yang rasional.

Isu siapa pengarah sudah tidak timbul lagi. Ini berikutan keputusan yang telah dikeluarkan oleh MAT yang melantik Brigedier Jeneral Hj Mustafa sebagai pengarah KAGAT yang ke lima. Keputusan MAT adalah muktamad. Kita tahu siapa yang mempengerusikan majlis itu dan kita juga sedia maklum akan ahli-ahli yang terlibat dalam membuat keputusan. mereka itu bukannya individu-individu kecil. Mereka adalah individu yang mempunyai kuasa membuat keputusan dalam ATM. Mereka itu jugalah yang dulunya telah membuat keputusan melantik Bgd Jen Dato Kamaruddin sebagai Pengarah KAGAT yang ke empat. Bila mereka melantik Bgd Jen Hj Mustafa sebagai pengarah KAGAT yang kelima maka sudah tentu ada sebab musabab yang tertentu. Kita jangan fikir keputusan yang dibuat oleh MAT itu secara main-main. Setiap keputusan yang dibuat oleh MAt dibahaskan dan dikaji oleh ahli-ahli yang terlibat.

Sekarang berbalik kepada soal diri kita. Sebagai pegawai KAGAT yang mendapat pendidikan di peringkat universiti maka sewajibnya kita berfikiran cara universiti. Lain lah kalau sijil yang diperolehi itu berdasarkan kaedah kipas pensyarah maka output dari pemikiranpun akan berdasarkan cara untuk mengipas. Lebih dahsyat lagi kalau sijil tu melalui jalan yang salah maka pola pemikiranpun akan salah jugalah. namun begitu saya pasti semua Skot79 memperolehi sijil berdasarkan usaha yang murni berpaksikan iman yang jitu. Sehubungan itu, kaedah berfikir kitapun sewajibnya diselaraskan dengan kajian dan iman yang jitu.

Cuba kita renung. Suatu waktu dahulu kita telah dimaklumkan secara tersirat atau tersurat bahawa Kol Mustafa akan menggantikan Mej Jen Dato Hj Jamil Khir sebagai pengarah Kagat yang keempat. namun begitu keputusan MAT telah melantik Kol Kamarudin sebagai pengarah KAGAT yang keempat. Maka diatas dasar iman, kita telah memberi wala' sepenuhnya untuk patuh dan taat kepada Kol Kamaruddin serta barisan kepimpinan Kagat yang telah dilantik. Kini MAT telah melantik Kol Mustafa sebagai pengarah KAGAT yang kelima. Persoalannya, mengapa kali ini timbul protes atau pertikaian seolah-olah berlaku rampasan kuasa yang mengakibatkan seolah-olahnya telah berlaku perpecahan dikalangan warga KAGAT. Mengapa kita tidak meletakkan wala sebagaimana kita telah meletakkan wala kepada Dato Din tempohari.

kita sekarang bukannya berkerja untuk individu tertentu. Kita berkerja untuk kor kita. kita berkerja untuk perkhidmatan kita, untuk ATM, untuk organisasi, untuk negara dan yang paling penting untuk pencipta dan pentadbir alam ini. Bagi Sklot 79, andaikata MAT melantik Mej Rashidi atau Mej Nadzri sebagai pengarah sekalipun maka seluruh Skot79 akan memberi wala' kepada individu yang dilantik itu. itulah uniknya Skot79. Berjuang untuk organisasi dan agama. Bukan berjuang untuk kepentingan peribadi.

Akhir kata, skot79 mengharapkan kepada individu tertentu yang terlibat baik secara langsung atau tidak agar lebih memikirkan soal organisasi melebihi kepentingan peribadi. Mahasabahlah diri. Kalau perlu menandatangani serah terima terima tugas maka lakukanlah demi KERANA Allah. Serahkanlah kepada Anggota-anggota KAGAT untuk membuat penilaian sendiri manakah satu pemimpin yang selayaknya menerajui KAGAT.

PERUBAHAN NAKHODA

Blue Ocean Strategy KAGAT : Pertukaran Nakhoda

Hingga hari ini, persoalan pertukaran pengarah masih heboh diperkatakan baik dikalangan warga KAGAT atau warga tentera amnya. Berbagai versi samada spekulasi, cerita, “hear say” atau fakta berlegar sebagai topic perbicaraan. Ada yang memperkatakan berpandukan analisa dari sumber-sumber yang dipercayai, ada yang menganalisa berpandukan kajian strategic tersendiri , ada yang menganalisa berpandukan spekulasi atau ‘hear say’ dan ada juga yang menganalisa berpandukan emosi yang bercelaru.Ada yang beranggapan berlakunya rampasan kuasa. Ada yang berkata berlakunya komplot tertentu untuk menjatuhkan pengarah lama dan ada juga yang mengatakan berlakunya gelombang diperingkat bawahan yang memberi kesan kepada pihak atasan.

Bagi skot79, perkara ini perlu diperhatikan dan dianalisa dengan rasional dan terperinci :

1. Pengarah lama dipinjamkan ke JAKIM dan bukannya ditukarkan atau dibuang. Kalau di buang, pihak JAKIM pun tak akan terima. Sekali lagi di tegaskan bahawa beliau telah dipinjamkan. Mengapa beliau dipinjamkan?

a. Mungkin pihak JAKIM atau pihak tertentu mahukan kepakaran yang ada pada beliau.
b. Perkara ini mungkin juga bagi proses transformasi technology atau kepakaran. Mungkin pihak atasan mahukan agar berlakunya pertukaran kepakaran daripada JAKIM ke KAGAT atau sebaliknya.
c. Apa-apa tujuan yang dilihat oleh pihak atasan dan tak nampak oleh kita.

2. Jawatan pengarah lama tetap pengarah, Cuma bukan pengarah KAGAT. Bahkan mengikut sumber tertentu, jawatan yang ditawarkan di JAKIM itu telah diupgradekan sebagai JUSA C. Ini bermakna ada berlaku pertambahan baik dari segi income atau pangkat. Kalau dalam tentera JUSA C sama dengan Mejar Jeneral. Pengarah KAGAT sehingga kini masih lagi Brigedier Jeneral.

3. Dato’ Din masih lagi memegang BAT C 10 bermakna beliau still sebagai tentera.

4. Organisasi yang bernama KAGAT adalah amat unik. Bukan semua orang mampu memimpinnya. KAGAT memerlukan kepimpinan yang mempunyai sifat tersendiri. Ini kerana organisasi ini adalah sebahagian daripada tentera dan dalam masa yang sama ianya adalah ahli agama yang bertindak sebagai mufti, imam, kadi, khatib, kaunselor, CO, OC, Komandan, ketua platun, ustaz, ustazah, tok bomoh, pak kiyai,………………. Jadi bukan semua orang boleh memimpin KAGAT. Mungkin seseorang itu hebat dari satu segi dan kurang dari satu segi. Kekurangan itu bukan bermaksud gagal tetapi membawa erti bahawa makhluk itu sememangnya bersifat tidak sempurna, maka kehebatan yang ada perlu dimanafaatkan sepenuhnya manakala kekurangan itu perlu disempurnakan.

5. Keputusan untuk melantik Brig. Jeneral Hj Mustafa diputuskan oleh MAT yang dipengerusikan oleh menteri pertahanan. Bukan calang-calang orang yang boleh masuk majlis itu. Segala keputusan dibincangkan dan dikaji terlebih dahulu.

6. Paling tidak, KAGAT sekarang telah ada 2 Brigedier Jeneral. Ini bermakna berlaku kekosongan untuk Kol , Lt Kol dan Mej. Insya Allah untuk Mej tu kita mendoakan agar ianya akan di isi oleh Skot79.

7. Persoalan PENGARAH KAGAT sebenarnya tidak perlu lagi dipersoalkan atau dibincangkan kerana ianya telah diputuskan. Persoalan yang perlu diberi perhatian adalah kepada calon TPP. Ini kerana TPP merupakan sayap kanan bagi pengarah. Pincangnya TPP bermakna pincanglah sayap pengarah dan pincanglah KAGAT. Seterusnya, perkara yang perlu difikirkan adalah kemana hala tuju KAGAT . Apakah bentuk plan strategic pengususan yang akan diguna pakai oleh pengarah yang baru.


Jika hendak dibincangkan satu persatu mungkin banyak perkara perlu di analisa. Apapun, Skot79 beranggapan berlakunya perubahan nakhoda di dalam KAGAT adalah bertujuan untuk lebih memperkasakan lagi KAGAT. Setahun dua ini, KAGAT begitu hebat dikritik atau dipersoalkan, samada pada bidang tugas atau keberkesanannya sebagai Pemangkin Kerohanian ATM. Dalam pada itu KAGAT sebenarnya berkerja keras untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada ATM khasnya dan kepada Negara amnya. Jika dilihat kepada Strategik Management System bagi KAGAT yang dirangka oleh Lt Kol Jaafar, KAGAT sebenarnya begitu hebat dan mampu menjadi Kuasa Pengaruh kearah pembinaan spiritual ATM. Kita juga amat bertuah kerana di anugerahi asset yang amat bermakna iaitu ILMI. Sebuah pusat pembinaan Spiritual tentera yang terunggul dan dipimpin oleh Lt Kol Ku Ibrahim dan barisan kepimpinan yang excellence. Kita juga mempunyai “Human Capital” yang mampu menggerakkan jentera KAGAT dengan kuasa yang maksimum. Tinggal lagi “Human Capital” ini perlu di “Develop” . Salah satu pusatnya adalah di ILMI. Maka disitu perhatian perlu diberikan untuk meng “improve Training & development” , disitu jugalah tempatnya untuk kita mem “Foster Effective Leadership” mengikut acuan KAGAT yang tersendiri. Jadi untuk menjayakannya maka KAGAT memerlukan kepada nakhoda yang mempunyai “power” yang mencukupi untuk menggerakkannya. Insya Allah. Kagat akan terus gemilang di persada dunia…

KERUSI PANAS TPP

TPP
Jawatan TPP kembali hangat. Ini berikutan kekosongan jawatan itu setelah TPP yang lalu (Bgd Jen Hj Mustafa) dilantaik menjawat jawatan Pengarah KAGAT ke 4. Berbagai spekulasi timbul akibat kekosongan jawatan itu. Proses “collect” point pun bermula. Ada yang AMAT beruntung kerana berada di tempat yang AMAT strategic dan ada yang AMAT rugi kerana berada ditempat yang paling tidak strategic. Ada yang berusaha bermati-matian dengan skill yang tidak dapat dibaca oleh orang lain, ada yang menaruh harapan dengan angan-angan tinggi, ada yang hanya berserah kepada ALLAH semata-mata akibat kedaifan diri menghadapi “ Permainan” ini. Ada yang buat tak kisah, tak peduli apa yang berlaku.

Bagi Skot79, Kami menambil pendekatan dengan tidak memilih kepada BATANG TUBUH. Kami Tidak melihat kepada rupa paras atau nama mereka, Kami tidak melihat sejauh mana PR mereka dengan pihak atasan, kami tidak melihat sejauh mana mereka terkenal dikalangan panglima-panglima, kami tidak melihat kepada sjauh mana rapatnya mereka kepada panlima tertentu, Kami tidak melihat kepada sebanyak mana pujian pihak atasan kepada mereka sebaliknya kami melihat kepada gerak kerja mereka. Kami melihat kepada apa yang telah mereka lakukan untuk mengangkat martabat Kor dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah. Ini kerana, sejarah telah mencatatkan, individu yang dikira agak terkenal dikalangan pihak atasan dan diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan KAGAT akhirnya didapati tidak mampu menggalas amanah yang telah diberikan.

Skot 79 juga mengharapkan, biarlah kali ini perlantikan Timbalan Pengarah Pengurusan KAGAT dengan mengambil kira pandangan majority pegawai dan anggota bawahan KAGAT. Ini kerana pegawai dan anggota bawahan KAGAT lebih mengenali siapa yang mampu memimpin mereka. Ini bersesuaian dengan sistem demokrasi yang diamalkan dinegara kita.

Skot79 juga melihat sekiranya pemilihan dilakukan berdasarkan rapatnya mereka kepada pihak atasan maka ELOKLAH BAGI SKOT79 SEMUA UNTUK MELUPAKAN KERJA UTAMA SEBALIKNYA MENUMPUKAN PERHATIAN UNTUK MERAIH TEMPAT DIKALANGAN PIHAK ATASAN DAN MERANCANG UNTUK MENINGKATKAN KERJAYA PERIBADI .

Lupakanlan tentang Pelan strategi KAGAT yang telah dibincangkan bertahun-tahun, jangan pedulikan soal Balance Score Card, tidak perlu bercakap tentang blue ocean stategy, usah pening memikirkan bagaimana untuk bersaing dalam red ocean strategy, tidak perlu memikirkan tentang pelan transformasi KAGAT, usah pening kepala memikirkan soal berapa ramai yang masih buta al quran dipasukan, jangan peduli tentang stastik penghayatan agama dikalangan warga ATM, jangan risaukan sekiranya berlaklu peningkatan kadar jenayah syariah di pasukan, biarkan surau / masjid berjalan ala kadar sahaja.

Bagi pegawai-pegawai di pasukan, cukuplah kita melayan bicara CO kita. Jaga CO atau OC kita sebaik mungkin. Cari jalan untuk bertapak di hati CO atau OC kita. Kerana suatu hari nanti mereka inilah yang akan menjadi panglima. Bagi golongan yang buta huruf Al Quran, golongan yang menghadapi masalah keluarga, golongan yang perlukan nasihat atau bimbingan ustaz maka biarkan lah mereka.itu semua tidak penting. Lagipun mereka tidak MAMPU MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI KERJAYA KITA. Apa yang penting, kita fikirkan soal bagaimana untuk naik pangkat. Kita tonjolkan skill kita dihadapan pegawai atasan, kita fokuskan bagaimana untuk naik pangkat … kerana… kita adalah PEMANGKIN KEROHANIAN ATM.

TAPI INGAT,
JIKA ITULAH SENARIONYA, MAKA, MAMPUKAH SKOT MENJAWAB DIHADAPAN TUHAN KELAK? JIKA DITANYA OLEH RASULULLAH DIAKHIRAT KELAK TENTANG AMANAH DAN WASIAT YANG BAGINDA TINGGALKAN MAKA MAMPUKAH KITA MEMBERIKAN JAWAPANNYA? FIKIRKANLAH SKOT.


Semua orang inginkan pangkat, semua orang inginkan jawatan yang baik tetapi mampukah kita menggalas amanah itu. Pangkat atau jawatan adalah amanah! Mampukah kita memikulnya.
Untuk jawatan TPP, post itu adalah bagi individu yang mempunyai pemikiran strategic bukan untuk “POSMEN”. TPP perlu membantu pengarah memikirkan tentang pelan strategic dalam menguruskan perjalanan kor.

Cuba kita membuat analisa,

Cuba Tanya calon TPP, Apa yang mereka akan lakukan jika mereka dilantik sebagai TPP? Saya pasti ada yang ternganga dan baru hendak fikirkan jawapannya. Kalau beginilah senarionya maka bagaimana jika mereka benar-benar dilantik sebagai TPP?

Bagi calon-calon daripada Markas Tentera Darat, MTL dan MTU adakah mereka telah membuat plan strategic untuk digunakan bagi memimpin KAGAT. Adakah sepanjang mereka berada di markas-markas itu, mereka telah melaksanakan pengurusan strategic. Paling remeh cuba Tanya adakah mereka mempunyai stastik terperinci tentang buta Al quran? Adakah mereka telah mengarahkan unit naungan mereka membuat stastik tentang anggota buta Al quran. Jika sedang buat, berapa lama target untuk mereka mendapat jawapannya? Kalau sudah dapat apakah tindakan susulan yang mereka lakukan? Adakah mereka memantau setiap step perkembangan/maklumbalas arahan mereka itu? Adakah mereka mengkaji keberkesanan tindakan susulan yang telah mereka lakukan itu? Adapun, Jika masih belum buat,cuba tanya bila nak buat? Nak tunggu arahan pengarah? So setiap hari apa kerja yangdi lakukan? Agaknya mampukah orang ini menggalas amanah sebagai TPP KAGAT?

Perkara ketiga, adakah calon itu disukai oleh segenap lapisan kor. Dari prebet hingga kepada pengarah. Jika tidak, bagaimana mereka ingin memimpin kor yang amat kita sayangi ini?

Adakah pemilihan mereka dibuat berdasarkan analisa SWOT. Apakah criteria yang diguna pakai untuk melantik mereka itu?

PERKARA SETERUSNYA AKAN DIBINCANGKAN KEMUDIAN… MENGANTUK DAH NIH. ESOK NAK PERGI KERJA AWAL….

TAHNIAH



Skot79 mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Brigedier Jeneral Hj Mustafa bin Abd Manap yang telah sempurna pemakaian pangkat Brg jeneral pada hari Jumaat 13 Mei 2011. Skot79 berdoa semoga Bgd Jen Hj Mustafa dapat meneruskan kegemilangan KAGAT di persada dunia.

KUDA TUA YANG CEDERA DAN PARAH

KUDA TUA YANG CEDERA DAN PARAH
Assalamualaikum Skot79.

Saya terima SMS daripada sahabat kita Kapt Azlisham. SMS ringkas tapi penuh makna. Bunyi SMSnya
“ PEGAWAI KAGAT RPS….. ANTARA HARAPAN DAN IGAUAN….. ANTARA MARUAH DAN SISIHAN…..”

Ceritanya:
Dua hari lepas saya menelefon saudara Azlisham kerana dengar khabar panglima akan pakaikan pangkat Mej pada 13 Mei 2011. Saya terasa agak hairan kerana saudara Azlisham baru melapor dalam 2 @ 3 minggu lepas. Biasanya sokongan akan dibuat setelah 28 hari beliau melapor. Bila saya bertanyakan hal itu, jawapan yang diterima amat mengejutkan saya. Bukan setakat pangkat bahkan perjawatan KAGAT pun tak wujud di unit RPS itu.

Persoalannya, mengapa PSM mengeluarkan arahan melapor kepada beliau dengan arahan PERTUKARAN ATAS DASAR KENAIKAN PANGKAT DARI KAPT KE MEJ.

Apakah PSM buat kerja sambil tidur? Adakah ini dikira satu kesalahan kecil yang boleh dimaafkan? Saya ibaratkan kerja ini seperti tindakan seekor kuda tua yang cedera parah dan hamper mati. Hanya tungu hembusan nafasnya yang terakhir sahaja. Biasanya hembusan nafas terakhir ini disertai dengan satu tendangan bagi mengiringi keluarnya roh dari jasad. Tendangan yang boleh mengena sesiapa sahaja dan boleh menyebabkan orang lain tercedera.Yang tercedarnya adalah saudara kita, keluarga Skot79.

Kalau saya telah diarahkan untuk ditemuduga pada 27 januari 2011 jam 0843 (TEMUDUGA YANG DI ATUR OLEH PSM) disebabkan sekeping surat daripada orang yang perihatin dengan kebajikan keluarga saya, maka saya BERPENDAPAT PSM juga WAJIB di temuduga dan di AMBIL TINDAKAN di atas tindakannya yang ternyata cuai dan menyusahkan orang lain. Bukan itu sahaja, kesilapan ini juga telah menyebabkan timbulnya persepsi negatif terhadap pengurusan dan pentadbiran KAGAT.

Walaubagaimanapun, saya percaya kepimpinan baru KAGAT yang akan diketuai oleh Bgd Jen Hj Mustafa mempunyai formula tersendiri untuk mengatasi perkara ini. Saya percaya beliau mampu membawa KAGAT kearah yang lebih cemerlang. Bukan KAGAT tidak cemerlang , namun kecemerlangan yang ditelah diraih oleh KAGAT perlu dipertingkatkan. Lantaran itu juga, skot79 mengharapkan barisan kepimpinan KAGAT yang baru diterajui oleh mereka-mereka yang ingin berkerja untuk kecemerlangan KAGAT. Yang ingin berkerja berdasarkan perancangan dan pengurusan strategik dalam bentuk amali bukannya cakap kosong. Bagi Skot79, kita akan tetap mendokong perjuangan KAGAT dan akan menjaga KAGAT supaya KAGAT terus gemilang dipersada dunia.

PENGUMUMAN







Skot79 yang dihormati

Kita akan melancarkan logo baru/ rasmi Skot79. Mohon cadangan dan pandangan dari ahli skot semua. Kita juga akan membuat T-shirt khas Skot79 berserta topi serta Sticker kereta Skot79. Mohon ahli memberi pandangan, cadanagan dan komen untuk keutuhan Skot79 ( Peneraju Kepimpinan KAGAT Masa Hadapan)

Disini disertakan contoh lambang/stiker Skot79 yang telah direka cipta oleh Presiden bapa C kita Mej Osman Al Pelanduki Wa Al Pusasdadi Fil Mustaqbal. Mohon komen

BLUE OCEAN KAGAT : NILAI INOVASI




Bila bercakap soal Blue Ocean KAGAT maka kita tidak boleh terlepas daripada memperkatakan soal inovasi. Mungkin ramai yang tidak jelas tentang maksud inovasi. Secara ringkasnya, inovasi bolehlah di takrifkan sebagai satu kaedah mencari jalan bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik samada melalui pengubahsuaian atau penambah baikkan.Perkara ini akan tercetus hasil daripada cetusan-cetusan idea yang kreatif dan inovatif kearah meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.


Kali ini Skot79 akan membicarakan tentang Nilai Inovasi dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan KAGAT. Nilai inovasi merupakan hasil daripada tindakan positif organisasi yang mempengaruhi struktur kos. Iaitu dengan menurunkan kos operasi dan meningkatkan nilai permintaan dengan serentak. Bagaimana Ye… Ini yang pening nak cakap ni. Walau bagaimanapun, Skot79 akan menjelaskan secara mudah agar dapat difahami oleh Keluarga Skot79 semua. Pening-tak pening kena faham kerana Gelombang Skot79 akan melanda dengan teratur tetapi bakal mencetuskan Tsunami kearah mentransformasikan KAGAT untuk menghadapi cabaran semasa.

Untuk kita memahami tentang Nilai Inovasi, skot79 ingin membawa perhatian kita kepada dua isu. Pertama produk yang telah dihasilkan oleh KAGAT dan diharapkan agar produk itu mampu menghasilkan produk baru untuk KAGAT. Kumpulan Nasyid Al Fursan. Maksud Al Fursan adalah Kuda Perang. Nama yang cukup cantik dan mempunyai kaitan dengan organisasi utamanya iaitu KAGAT-ATM. Penampilan ahlinya bolehlah diterima meskipun ada ruang yang luas untuk disuntik dengan nilai tambah. Kumpulan ini sering membuat persembahan dan telah Berjaya menghasilkan produk ulungnya iaitu Album nasyid kumpulan al Fursan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, produk yang dihasilkan itu tidak men “interpreter” atau meng “ construe”kan ia sebagai kumpulan Nasyid Tentera. Ini kerana nilai bagi ketumbukan tentera adalah semangat dan disiplin . Kerangkanya adalah Iman lantaran itu bila produk yang dihasilkan tidak mencerminkan semangat maka ia tidak mencerminkan sebagai kumpulan nasyid yang dilahirkan oleh tentera.

Kembali kepada persoalan nilai inovasi, seorang sarjana barat yang dikenali sebagai Drucker dalam karyanya Classic Drucker memberi takrifan nilai inovasi sebagai fungsi khusus yang ada pada usahawan. Ia bertindak sebagai alat kepada usahawan untuk mencipta sumber baru bagi menghasilkan kekayaan atau memberi nilai tambah kepada potensi sumber sedia ada dengan tujuan mencipta kekayaan. Dalam konteks kumpulan nasyid Al Fursan, Kekayaan bolehlah ditakrifkan sebagai tarikan orang ramai untuk mendengar dan meminati kumpulan mereka ini. Akan tetapi apabila produk yang dihasilkan dan sasarannya adalah kepada tentera namun nilai tarikannya gagal untuk memikat hati majoriti tentera maka BAGI SAYA , kumpulan ini gagal mewujudkan NILAI INOVASI. Mengapa saya berkata begitu/ ini kerana produk yang dihasilkan oleh Al Fursan tidak ada apa-apa keistimewaan berbanding kumpulan nasid yang lain. Bahkan kumpulan ini gagal menambat hati majoriti anggota tentera kita yang berumur bawah 30 tahun.

Nasihat daripada Skot79,

sebagai kumpulan nasyid , Al Fursan perlu mewujudkan BLUE OCEAN STRATEGY mereka dengan keluar daripada gelombang RED OCEAN dan mencipta pasaran yang belum diterokai/diwujudkan oleh kumpulan nasyid lain.

Untuk pergi lebih jauh, Al Fursan perlulah menetapkan syarat Inovasi dan kreativiti sebagai nilai kemahiran yang perlu ada dalam diri ahli kumpulan mereka. Kemahiran kreatif yang ada pada diri ahli-ahli mereka adalah faktor utama yang membezakan mereka dengan kumpulan nasyid yang lain. Produk yang dihasilkan mestilah berbeza dari kumpulan nasyid yang sedang mewarnai persada nasyid tanah air bahkan kumpulan nasyid yang cuba menakluki dunia pada masa kini. Saya percaya jika perkara ini dapat direalisasikan maka al Fursan mungkin mampu lahir sebagai kumpulan Nasyid bertaraf dunia.

ISU KEDUANYA AKAN DIBINCANGKAN DALAM POSTING AKAN DATANG INSYA ALLAH……