KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA (KAGAT)


K.A.G.A.T atau KAGAT merupakan satu nama besar yang berjaya bertapak di persada negara sebaris dengan nama-nama organisasi Islam lain seperti JAKIM, JAWI dan sebagainya.Peranan KAGAT bukan sesuatu yang kecil. Sepanjang 26 tahun penubuhannya, KAGAT berjaya melahirkan kuasa pengaruh sendiri yang mampu membantu membina kekuatan spritual bukan hanya dalam Angakatan Tentera Malaysia bahkan meliputi seluruh masyarakat dinegara ini. Bukan setakat itu sahaja, nama KAGAT terus subur meniti bibir-bibir Angkatan Tentera Brunei, Bosnia dan negara negara Islam lain.

Sejarah KAGAT bukannya baru. Ianya telah lama bermula iaitu selaras dengan penubuhan Rejimen Askar Melayu pada tahun 1933. Pada masa itu perjawatan terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Awam bukannya ATM. Bermula dari situlah maka perkhidmatan agama dalam ATM semakin berkembang sejajar dengan keperluan organisasi itu sendiri.

Bertitik tolak dari perkembangan yang berlaku dalam ATM maka keperluan untuk menubuhkan sebuah kor yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal keagamaan secara sistematik dan berkesan semakin dirasakan. Langkah pertama bagi merealisasikan perkara ini telah dimulakan pada tahun 1979 oleh Yang Berhormat Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud selaku Menteri Pertahanan ketika itu. Akhirnya pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, KAGAT berjaya ditubuhkan pada 24 jun 1980 melalui Majlis Angkatan Tentera dalam persidangannya yang ke-197, selaras dengan dasar penerapan nilai-nilai islam yang telah dilancarkan oleh kerajaan pada ketika itu. Perjalan sejarah penubuhan KAGAT seterusnya merakamkan bahawa ianya telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kelapan, Sultan Iskandar Ibni Armarhum Sultan Ismail selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia pada ketika itu. Dengan itu maka KAGAT secara rasminya telah ditubuhkan pada 16 april 1985 di Kuala Lumpur dan menjadi kor yang ke-16 dalam Tentera Darat Malaysia.

Penugasan KAGAT adalah berkonsepkan “militarization” meliputi ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu Darat, Laut dan Udara. Tugas utama KAGAT adalah bagi melahirkan warga ATM yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa ke arah memperkukuhkan kerohanian dan kekuatan tempur. Maka dari sini jelaslah bahawa peranan KAGAT amat besar terutama dalam membina manusia pertahanan (pinjam kata-kata Lt Kol Jaafar) yang mempunyai kekuatan Spritual Combat Power yang jitu dan berkesan......

0 comments: