Respon Terhadap Komen Mej Zul

Salam Buat Skot79 semua. Di doakan agar semua skot berada dalam limpahan rahmat Allah SWT.
Untuk posting kali ini saya ingin menjawab beberapa persoalan yang timbul hasil daripada komen Mej Zul... saya tak tahu Mej Zul yang mana satu ni... apapun perbincangan ini adalah atas dasar kekeluargaan...

Mej Zul Said :
Salam Skot79. sabarlah mereka bukan hendak menganiayai sesiapa cuma itu kehendak perkhidmatan. kalau kita di tempat mereka pun kita akan bertindak sedemikian rupa juga. Mana ada pejabat bersebelahan dengan rumah kita.Kalau nak dekat kenalah tinggal di Kuarters. Kalau berjauhan dengan isteri dan anak-anak kenalah bawa mereka bersama dengan kita. kalau isteri kerja kenalah pindahkan mereka. kalau tak boleh pindah so kena tanyalah fikiran yang waras, kita nak kesenangan pasti ada yang terpaksa bekorban kerana kita. memang itu jenis kerja yang kita pilih untuk kerjaya kita, so terpaksalah. Sesungguhnya kita kena banyak bersabar, di mana sahaja ada cabarannya dalam mencari rezeki yang halal. Pihak atasan kita cuba cari yang terbaik untuk semua pegawai dan anggota bawahan mereka, jadi renung-renung dan fikir-fikirkan lah untuk semua orang bukan untuk diri kita sahaja...



W Salam, Terimakasih di atas respond yang dikirimkan oleh Mej Zul. Setidak-tidaknya, ada juga insane yang sudi menatap Blog Skot79 ini. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan agar ianya dapat dilihat dan dinilai dengan fikiran yang waras.

Pertama, saya ingin bertanya Mej Zul, apakah ertinya KEHENDAK PERKHIDMATAN? Kalau seseorang dipostingkan berjauhan dengan keluarga untuk tempoh melebihi 7 tahun… adakah itu kehendak perkhidmatan? Bagaimana pula mereka yang “boleh dipertimbangkan” atas dasar kebajikan? Apakah itu kehendak perkhidmatan? Saya rasa Mej Zul mesti perjelaskan perbezaan maksud antara KEHENDAK PERKHIDMATAN dengan LEMAH PENTADBIRAN. Saya kemukakan persoalan ini kerana saya amat jahil menilai sejarah Rasulullah dan para sahabat. Saya tertanya-tanya, mengapa Rasulullah perlu menunggu hari redup atau waktu selesa untuk menghantar para tenteranya, sedangkan Rasulullah boleh menghantarnya diwaktu panas terik dengan alasan KEHENDAK PERKHIDMATAN. Saya juga keliru, mengapa perlu Saiddina Umar Al Khatthab ra menetapkan syarat agar para tenteranya berada diperbatasan tidak melebihi empat bulan dan perlu pulang kesisi ahli keluarga mereka. Bukankah Saidina Umar boleh menghantar mereka sehingga bertahun-tahun atas alasan KEHENDAK PERKHIDMATAN?

Kedua, Suka saya merujuk ayat Mej Zul “Mana ada pejabat bersebelahan dengan rumah kita.Kalau nak dekat kenalah tinggal di Kuarters. Kalau berjauhan dengan isteri dan anak-anak kenalah bawa mereka bersama dengan kita. kalau isteri kerja kenalah pindahkan mereka.

pada pandangan saya, hanya mereka yang bodoh serta gila sahaja yang mengharapkan agar pejabat berada bersebelahan dengan rumah mereka. Saya pasti semua Skot79 bukan manusia begitu. Saya pasti semua skot79 telah berusaha sedaya upaya untuk membawa keluarga masing-masing berpindah bersama mereka. Ini kerana semua skot79 amat memahami nilai modal insane yang perlu mereka jaga, perlu mereka didik dan perlu mereka beri hak dan tanggungjawab sebagaimana yang diingatkan oleh Rasulullah melalui hadis baginda. Namun begitu, tidak semua yang mampu bertindak sebagaimana yang disarankan oleh Mej Zul. Pindah kerja isteri, bawa isteri dan anak-anak atau tinggal di kuarters adalah hujjah yang sememangnya telah difikirkan oleh mereka terlibat. Bahkan anak mereka yang berumur 3 tahun pun mampu memikirkan tentang hujah tersebut. Walaubagaimanapun, dikalangan mereka yang terlibat, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Mereka telah berusaha sedaya upaya namun keadaan tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa mengambil keputusan tinggal berjauhan atas dasar PENGORBANAN. Walaubagaimanapun, kalau sudah melebihi 4-5 tahun , ini bukan lagi pengornanan. Ini namanya MANGSA KORBAN atau DIKORBANKAN.

Ketiga… memetik kata-kata saudara “kalau tak boleh pindah so kena tanyalah fikiran yang waras, kita nak kesenangan pasti ada yang terpaksa bekorban kerana kita.”

Siapa bekorban untuk siapa?. Apakah ada satu cara sahaja yang boleh digunakan? Apakah tidak ada satu system atau mekanisma yang mampu di aplikasikan bagi tujuan meringankan masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat. Kalau jawapannya “YA” saya nasihatkan agar saudara menilai balik kerjaya saudara. Tukang gali kubur pun mampu berfikir untuk mencari satu system baru bagi memudahkan mereka melaksanakan kerja mereka. Saya bukannya inginkan kesempurnaan kerana sifat kesempurnaan itu adalah milik Allah semata-mata namun saya inginkan agar kita berfikir dan bertindak kearah mendekati kesempurnaan. Saya yakin pastinya ada satu system atau satu mekanisma yang boleh kita guna pakai untuk membetrulkan masalah ini. Paling tidak meringankan bebanan yang dihadapi oleh mereka yang terlibat.

Keempat … kata saudara “memang itu jenis kerja yang kita pilih untuk kerjaya kita, so terpaksalah.”

Saya teringat kisah di zaman firaun bagaimana Firaun telah bertanya kepada Hamam tentang bagaimanakah caranya untuk beliau mengikat kesetiaan para pengikutnya. Lalu dikatakan oleh hamam bahawa beliau (Firaun) hanya perlu memberi makan para pengikutnya roti pada setiap hari agar mereka tidak mempersoalkan tindakan firaun seterusnya.

Disini, suka saya mengingatkan saudara bahawa kita sedang hidup di tahun 2010. Bukan zaman hang Tuah lagi. Kita juga merupakan para pegawai yang semestinya berjiwa pegawai bukannya berjiwa “hamba”. Hamba akan gunakan alas an “ Terpaksa” kerana “Itulah kerja Kita” meskipun mereka akan dikorbankan demi memenuhi cita-cita orang lain. Jika jiwa mereka jiwa pegawai, mereka akan berfikir dengan rasional dan mempertahankan hak mereka. Inilah intisari “ Coup De Coy” yang di highlightkan kepada kita suatu masa dulu.

Kelimanya…. “Pihak atasan kita cuba cari yang terbaik untuk semua pegawai dan anggota bawahan mereka, jadi renung-renung dan fikir-fikirkan lah untuk semua orang bukan untuk diri kita sahaja...”

Ada satu kisah yang ingin saya ceritakan… Suatu masa dahulu , di sebuah kampong terdapat seorang pemuda yangmana kerjanya menebang pokok menggunakan sebatang kapak yang amat tajam. Pada setiap hari, hasil yang beliau dapati hanyalah sebatang pokok sahaja . Di satu kampong yang lain pula terdapat seorang pemuda yangmana kerjayanya sama iaitu menebang pokok juga. Namun begitu, hasil yang diperolehi oleh pemuda kedua adalah sebanyak 50 batang sehari. Keadaan ini menyebabkan pemuda pertama merasa hairan lalu beliau pergi bertanya kepada pemuda kedua.
Pemuda kedua menceritakankepada pemuda pertama bahawa beliau menggunakan gergaji elektrik yang digerakkan menggunakan enjin petrol. Pemuda kedua lalu menghadiahkan sebuah mesin kepada pemuda pertama . Keesokkan harinya, pemuda pertama itu menggunakan gergaji elektrik yang telah dihadiahkan kepadanya. Namun menjelang tengah hari beliau kembali menggunakan kapak. Pada sebelah petangnya, pemuda kedua dating ketempat kerja pemuda pertama. Beliau merasa hairan apabila mendapati pemuda pertama sedang menebang pokok menggunakan kapat lalu beliau bertanya kepada pemuda pertama tentang hal beliau. Pemuda pertama memberitahu bahawa gergaji elektrik bukannya membantu malahan menyebabkan kerjanya semakin perlahan. Pemuda kedua lalu bertanya, bagaimanakah caranya beliau menggunakan gergaji elektrik itu lalu di jawab leh pemuada pertama bahawa beliau menggunkan gergaji elektrik itu sebagaimana / sama caranya dengan beliau menggunakan kapak……
Maka, fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah!

1 comments:

Sham said...

Salam Tuan-Tuan Dae'i Askari Wa Rabbani ATM...

Saya selalu jengah dan teliti pandangan dan perbincangan dalam ruangan ini.

Apa yang telah dikomen dan dilontar oleh Saudara Zainal Abidin ada hujjah yang tersendiri dan logik di aqal serta adil di lubuk sanubari timbangan keadilan. Kadang-kadang begitulah kehidupan, keluarga dan kerjaya kita ini. Jika mampu sahabat-sahabat yang ada kuasa dan pangkat di peringkat atasan...cuba-cubalah merenung dan mengkoreksi sejenak akan isu tersebut secara waras serta dibuangkan segala sentimen. Jika mampu bantu...bantulah. Jika tak mampu bantu sahabat-sahabat Skot. Maka elok dan lebih baik diam je...dan kekalkan prestasi dan "cari makan" anda di tempat yang sentiasa selesa.
Pada persepsi saya, sebenarnya kerjaya kita ini menuntut banyak pengorbanan. Dan amat elok benar jika kita sendiri menentukan agar keluarga kita juga turut memahami akan perkara ini walaupun secara berperingkat. Di setengah tempat dan lokasi, ada sahabat-sahabat yang setiap tahun secara tetap berpisah dengan keluarga 6 bulan dalam setahun untuk tugas gerakan operasi dan sebulan untuk latihan KKS dan sebulan untuk latihan pelbagai untuk memenuhi kehendak perkhidmatan tentera. Oleh itu, hanya tinggal 4 bulan untuk pengurusan keluarga dan peribadi. Sempat ke...atau Tak... Ada sahabat-sahabat yang tidak bercuti 2 hari raya bersama keluarga dan di kampong selama 4 - 5 tahun dan yang sebenarnya...terlalu banyak lagi pengorbanan yang harus dipikul secara "Redha". Tetapi kita mesti pasrah dan redha. Ini kerana, inilah jalan kerjaya yang kita pilih. Dan ILAHI sentiasa menguji hamba-hambanya yang terpilih.
Dan pesanan daripada penaja - MARILAH SAMA-SAMA KITA BELAJAR UNTUK BERSYUKUR APA YANG ADA.
Dan Marilah kita Fikir - ADAKAH PATUT ORANG YANG SAMA MENANGGUNG PENGORBANAN TERSEBUT....KENAPA TIDAK YANG LAIN BERKONGSI JUA...SAMA RATA. YANG SELESA. TETAP SELESA HINGGA SELAMANYA...YANG MENJADI MANGSA KESUSAHAN DAN PENGORBANAN..AKAN TERUS DISUSAHKAN DAN DIKORBANKAN...HINGGA BILA....HNGGA BILA....Wallah A'lam....

Lu Fikirlah Sendilah Beb...Jika Anda rasa terdetik dan bersalah dengan kenyataan di atas...bermakna something wrong with you...and better you all berubah dan lakukan sesuatu BRO.