Fikir dan Renungkanlah!

Kemalangan Ketika Pergi, Balik Kerja Membimbangkan

BANGI: Kerajaan bimbang dengan tahap kemalangan ketika pergi dan balik kerja di kalangan golongan pekerja yang semakin meningkat setiap tahun, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata, jumlah kemalangan mencatat 20,814 kes tahun lalu, 19,041 kes pada tahun sebelumnya dan 18,387 kes pada 2002.
"Jumlah kematian akibat kemalangan itu pula hampir sama setiap tahun iaitu pada kadar 1,230 kes setahun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kursus "Program Keselamatan dan Pegawai Kesihatan untuk Negara Membangun" di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerjasama erat berkaitan pengangkutan dan keselamatan jalan raya antara agensi berkaitan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.
"Beberapa faktor juga harus diambil kira, antaranya keadaan jalan raya, budaya serta amalan langkah keselamatan ketika pergi dan balik kerja, pekerja itu sendiri," katanya.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, terdapat penurunan dalam kadar kemalangan di tempat kerja setiap tahun semenjak kebelakangan ini.
Pada tahun lalu katanya, terdapat 34,349 kes berbanding 35,092 kes pada tahun 2008 dan 64,423 kes pada tahun 2002.
"Jika dibanding dengan negara membangun yang lain, kadar kemalangan di tempat kerja di Malaysia berada di satu tahap memuaskan.
"Kita yakin ia boleh diturunkan lagi dengan pengalaman yang lebih, kesediaan di kalangan majikan untuk membuat perubahan sikap dan kesediaan mereka melabur dalam bidang keselamatan dan kesihatan," katanya. - BERNAMA
KALAU MENTERI RISAU... KELUARGA MEREKA YANG DIPOSTINGKAN BERJAUHAN DENGAN KELUARGA LEBIH RISAU DISEBABKAN RISIKO YANG DIHADAPI OLEH MEREKA.....FIKIRKANLAH YE WAHAI MEREKA YANG TERLIBAT DALAM MENGATUR TEMPAT POSTING. ANDA TIDAK TERLEPAS DENGAN PERTANYAAN DARI ALLAH TENTANG TUGAS ANDA DAN MENGAPA ANDA MELETAKKAN SESEORANG ITU DI TEMPAT YANG ANDA LETAK SEKARANG...... AHLI KELUARGA

2 comments:

Sham said...

Salam Skot2 Dan Tuan2 Guru 79..

Sabarlah ya...Terimalah Seadanya... Kuatkan Semangat...Bulatkan Tekad. Small matter je tu..job kecik je..Mulakan Perjalanan Anda Dan Awal Mula Hidup Anda Dengan Kalimah Barakah "Bismillah" Insya-Allah Selamat Semuanya.
Dalam kehidupan Dan kerjaya ini penuh dengan rencah, masam manis, onak, duri dan ranjau. Main tain keje based on our Kor Bisnes, Insya-Allah Berjaya Dunia Dan Akhirat. Amin.
Al- Akh Azlisham 3 RMR Sabah

mej zulkifli said...

Salam Skot79. sabarlah mereka bukan hendak menganiayai sesiapa cuma itu kehendak perkhidmatan. kalau kita di tempat mereka pun kita akan bertindak sedemikian rupa juga. Mana ada pejabat bersebelahan dengan rumah kita.Kalau nak dekat kenalah tinggal di Kuarters. Kalau berjauhan dengan isteri dan anak-anak kenalah bawa mereka bersama dengan kita. kalau isteri kerja kenalah pindahkan mereka. kalau tak boleh pindah so kena tanyalah fikiran yang waras, kita nak kesenangan pasti ada yang terpaksa bekorban kerana kita. memang itu jenis kerja yang kita pilih untuk kerjaya kita, so terpaksalah. Sesungguhnya kita kena banyak bersabar, di mana sahaja ada cabarannya dalam mencari rezeki yang halal. Pihak atasan kita cuba cari yang terbaik untuk semua pegawai dan anggota bawahan mereka, jadi renung-renung dan fikir-fikirkan lah untuk semua orang bukan untuk diri kita sahaja...