Pelayaran Tunas Samudera (1)

11 Jul 09

KLD Tunas Samudera telah memulakan pelayaran menuju ke Sulawesi Utara, Indonesia bagi menyertai upacara dunia iaitu Sail Bunaken 2009 pada jam tepat 0930 dari jeti Tambatan Pangkalan Lumut. Jadual masa pelayaran sepatutnya pada jam 0900, tetapi terpaksa dilewatkan setengah jam untuk member laluan kepada DYMM seri Paduka Yang Dipetuan Agong yang telah berangkat tiba ke pangkalan TLDM Lumut bagi menyempunakan Upacara Pengtauliahan Pegawai Kadet TLDM di KD Pelandok. Pelayaran telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama yang telah ditumpangkan ke KLD Tunas Samudera sempena Pelayaran ini. Bacaan doa memohon keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kapal dan memohon agar dipermudahkan segala urusan pergi dan balik serta dijauhi daripada segala perkara yang tidak diingini. Kandungan doa juga tidak lupa memohon kesejahteraan, kesihatan berpanjangan dan pemeliharaan Allah Taala kepada anak-anak dan isteri-isteri yang telah ditinggalkan di sepanjang pelayaran ini.

Keadaan laut agak bergelora, cuaca agak panas, matahari tepat di atas kepala, pening sudah mula terasa, tekak telah mula meloya di saat itulah azan dikumandangkan dengan penuh semangat oleh anak kapal yang bertugas. Solat zohor secara jamak dan qosar dilaksanakan berjamaah dalam keadaan duduk. Bahang panas amat terasa ditambah lagi dengan ulikan kapal ke kiri dan kanan lantaran hentaman ombak yang tidak menentu. Semangat juang dan jati diri anak-anak kapal yang tinggi bisa mengalahkan segala mehnah dan cabaran. Gurauan ombak masih dengan egonya dibawa hingga petang. Azan tetap dikumandangkan oleh anak kapal bertugas menunjukkan waktu maghrib menjenguk kami. Solat maghrib dan isya’ dilaksanakan diikuti solat hajat bagi memohon bantuan Ilahi. Kekuatan fizikal anak-anak kapal tiada tandingan, kekuatan rohani perlu diseimbangkan, lantaran itu Pegawai Memerintah meminta pegawai agama merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan merangkumi kuliah-kuliah agama selepas solat, kelas fardhu ain dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran serta kelas bimbingan bagi anggota yang kurang mahir berkaitan bacaan al-Quran. Tazkirah ringkas telah diadakan diikuti bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Kandungan tazkirah adalah menghuraikan hadis nabi s.a.w. “ Sembahyang itu adalah tiang agama, sesiapa yang menunaikan solat beerti telah menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkan solat beerti telah meruntuhkan agamanya”. Anak-anak kapal telah diseru agar tidak meninggalkan solat bagi memastikan jati diri dan keimanan mereka kukuh dan menghalang unsur-unsur yang tidak sihat meresapi dan mempengaruhi jiwa dan kehidupan mereka.

0 comments: