THE WAVE OF SKOT79
PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN
Search This Blog
Ibadah Ramadhan oleh Lt Kol Dr Burhanuddin
“wahai orang-orang yang beriman diwajibkan kepada kamu berpuasa sepertimana diwajibkan keatas umat yang terdahulu mudah-mudahan dengannya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”
(Surah al-Baqarah ayat 183). Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak kepada semua rakan dan sahabat dengan iringan doa dan harapan, semoga Ramadhan yang kita tempuhi dan harungi berbekalkan semangat iman dan taqwa serta membawa impak dan erti yang sangat besar dalam kehidupan, khususnya dalam konteks menjalin dan mengukuhkan hubungan kita dengan Allah (hablun minAllah) dan hubungan kita sesama manusia (hablun Minannas) melalui melalui proses pentarbiahan dan pendidikan madrasah Ramadhan. Sebagai seorang Mukmin, marilah kita menghayati Ramadhan yang ianya sinonim dengan ibadah puasa. Konotasi puasa membawa maksud yang tersurat dan tersirat. Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukanya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang Muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil Ramadhan dengan segala amal penghayatannya akan memberikan pengalaman rohaniah yang unik dan istimewa. Menjadi harapan kita bersama agar Ramadan kali ini dapat menggerakkan hati nurani kita untuk melakukan pembaikan diri (self-improvement) serta meningkatkan kualiti diri menerusi penghayatan nilai-nilai unggul yang terumus dalam istilah inklusif taqwa. Selamat menjalani ibadah Ramadan.
Selamat Berpuasa
Skot79 Mengucapkan Selamat Berpuasa Khas untuk Warga Skot79 dan umat Islam Amnya.
Untuk makluman , Majlis berbuka puasa Skot79 akan diadakan pada 8 Ogos 2012 bertempat di Senawang Negeri 9. Kehadiran perlu dinyatakan kepada Setiausaha Skot 79, Mej Nizar ,
Takziah Daripada Skot79
Skot 79 Kembali Menggegar
Sudah lama Blog Skot79 tidak di update. Bukannya merajuk atau hilang semangat sebaliknya, kerana kesuntukan masa dan keadaan yang tidak berapa mengizinkan. Walau apapun, Skot 79 sentiasa bersemangat untuk menyumbangkan bakti kepada kor dan perkhidmatan semata-mata kerana Allah. Di kesempatan ini juga Skot79 ingin mengucapkan tahniah kepada warga Skot yang mendapat anugerah samada berbentuk Quantiti atau Qualiti.
Skot 79 ingin merakamkan ucapan selamat berjuang kepada Mej Zainal Azira (Tok Wali) yang sekarang sedang berada di Afghanistan menggantikan Mej Hasbullah dan Mej Hj Tabizi (Tok Hafiz) serta Mej Syamsul Arianas yang berada di Lebanon. Dua orang skot79 ini adalah lambang kekuatan Skot79. Apa tidaknya, ramai lagi senior yang belum merasai berkhidmat di luar Negara , tetapi pucuk pimpinan tetap memilih Skot79. Itulah lambangnya kehebatan Skot79 dan bukti nyata terhadap kemampuan Skot79 untuk menerajui KAGAT di masa hadapan. Syabas Skot79.
Bagi yang gugur di tengah jalan tu…. Mej Azlisham (Medical), Mej Sakri (Medical) Mej Wadid ( Medical) anda semua tetap hebat. Kerana apa? Kerana anda telah menyahut cabaran untuk berjuang dan anda telah pergi melapor diri tetapi keadaan tidak mengizinkan maka anda di hantar pulang. Itu hebatnya Skot 79. Berani menyahut cabaran walauoun nyawa jadi taruhan. Mengikut maklumat yang di terima, Mej Sakri telah merayu-rayu untuk pergi berjuang tetapi Dr tidak membenarkan manakala Mej Wadid pula, telah melakukan latihan yang menyebabkan peluhnya keluar seperti percikan embun di pagi hari semata-mata untuk melayakan diri menyertai misi tetapi tersangkut dek tekanan darah yang terlalu laju mengatasi lajunya peluh. Itulah gambaran kehebatan dua orang skot kita, sanggup menggadai nyawa biarpun elaun yang ditawarkan tidak memadai.
Tidak lupa juga ucapan Selamat pulang kepada Skot yang telah menyelesaikan misi mereka bersana PBB stakat ini yang telah selamat pulang adalah Mej Hasbullah (Pak Lah) yang telah melaksanakan misi ke Afghanistan dan Mej Zul (Misi ke Lebanon). Pak Lah setakat ini telah menyertai 2 Misi antara bangsa. Pertamanya ke Timor Leste dan kedua ke Afghanistan. Kedua-dua misi ini bukannya mudah. Nyawa menjadi taruhan namun dek kekuatan diri Skot kita tetap mampu menggalas cabaran yang diamanahkan. Syabas Skot 79.
Skot79 Kembali Menggegar
KAKI AMPU YANG MUNAFIK
Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat.
Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya.
Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan."
Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."
MORAL & IKTIBAR
- Seorang pemimpin yang benar-benar sedar tentang peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sentiasa berusaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Mereka bersedia menerima teguran membina daripada rakyat-rakyat dan orang bawahannya meskipun pahit didengar. Sebaliknya mereka benci kepada orang-orang yang suka mengampu dan memujinya tanpa hak.
- Mereka yang Allah kehendaki menjadi manusia yang baik rela mendengar pendapat dan kritikan orang lain terhadapnya.
- Bertuahlah sesebuah negara yang mempunyai umara' (raja) yang menghampiri ulama' dan binasalah sesebuah negara yang mana ulama'nya suka menghampiri umara'.
- Kata-kata yang ikhlas disukai Allah meskipun dibenci oleh semua manusia. Sebaliknya kata-kata yang tidak ikhlas dibenci Allah meskipun digemari oleh semua lapisan manusia.
- Carilah keredhaan Allah meskipun terpaksa berdepan dengan onak dan duri.
- Kebaikan sejati ialah berani berkata benar di depan pemerintah yang zalim.
- Pemerintah yang zalim suka mempunyai penasihat-penasihat yang berkata manis kepada dirinya walaupun tidak benar.
- Jauhi sifat munafik kerana ia ibarat musang berbulu ayam. Membiarkan si munafik bermaharajalela seolah-olah merosakkan keseluruhan mukabumi Allah ini dengan noda dan dosa.
- Allah membenci orang yang munafik. Oleh sebab itulah kedudukan orang munafik adalah paling hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya tetapi si-munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu adalah salah. Justeru, Allah meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah.
Tahniah
Calon Utama Skot79 Ke Afghanistan Kemalangan
About Me
Minda Mejar Zainal
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
Jaringan Islam
Blog Archive
Labels
- A (1)
PENGHULU SKOT79
- TP3 : Kapt Hj Mohd Khairi bin Awang
- TP2 : Kapt Mohd Sakri Yusop
- TP1 : Kapt Hafidi Hussin
