Gelombang Skot79

GELOMBANG SKOT79: PERSEDIAAN MENGHARUNGI KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN

Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya, apakah maksud Gelombang Skot79 ini. Bila disebut gelombang pastinya kita akan terbayang satu pergerakan atau boleh juga disebut satu momentum. nak kata momentum bunyi agak perlahan, nak namakan Tsunami pula bunyinya agak ganas.

bagi saya skot79 mesti bergerak kearah mempersiapkan diri menghadapi cabaran memimpin Kor Agama angkatan Tentera yang kita sayangi ini. Kenapa saya katakan begitu/ ini kerana Skot79 mempunyai kekuatan kearah mencapai matlamat ini. pokok pangkalnya mesti ada persiapan dari sekarang. Ini penting kerana apabila masanya tiba maka Skot79 sudah mempunyai persediaan yang secukupnya bagi menggalas AMANAH ALLAH ini.

Saya sengaja menekankan perkataan amanah Allah ini agar Skot79 sedar bahawa jawatan dan tugas yang diberikan adalah Amanah. Lantaran itu, bila disebut amanah maka perkara ini tidak boleh dijadikan bahan rebutan. jika kita tidak sedar bahawa ianya adalah amanah maka akan berlakulah perebutan dan khianat mengkhianati sesama sendiri. Ingatlah, apabila perkara ini berlaku maka Allah akan membiarkan sendiri hambanya itu menyelesaikan permasalahan mereka tanpa ada rahmat daripadaNya. Tidak peliklah jika kita melihat dalam tempoh setahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya, tidak ada kemajuan apapun yang dapat dilihat dan dinikmati oleh Kor. Bahkan apa yang lebih dahsyat, akan berlakunya pergolakan yang akan membawa kepada kemusnahan dan fitnah yang besar terhadap Kor kita ini.

Bagi sahabat Skot79, masa kini adalah masa untuk kita mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, pengalaman dan latihan untuk menggalas amanah MEMIMPIN KAGAT DI MASA HADAPAN.Masa kini adalah masa untuk kita membuat persediaan dari segala segi. Bukan hanya "merapati" atau melobi individu tertentu. pada pandangan saya, Skot yang tidak pernah berada di Unit tempur tidak layak untuk menerajui tiga jawatan terpenting KAGAT. Bahkan untuk menerajui PSM itu sendiripun, TIDAK LAYAK. Ini kerana individu yang sebegini hanya melihat dari atas tanpa menyelami apa sebenarnya yang berlaku di medan. Tidak cukup saudara turun sekali-sekala atau menyertai misi PBB untuk tempoh tertentu. Saudara kena berada di unit untuk tempoh tertentu. Lihat sendiri bagaimana anak buah berkerja diunit-unit tempur dan pusat-pusat latihan. Bila perkara ini berlaku, maka barulah saudara mempunyai gambaran jelas untuk memimpin sesebuah sel atau Kor. walaupun begitu, ianya masih perlu di tapis. Lihatlah apa yang telah saudara lakukan di pasukan itu. kalau hanya kerja rutin dan statik, maka saudara tidak layak menerajui KAGAT. Kerja rutin bermaksud melaksanakan tugas rutin pejabat, buat tahlil hujung minggu dan buat ceramah hari kebesaran Islam. Yang lebihnya dok menengung dan berkhayal.

Bagi Skot79, Ingatlah kalau statistik buta al quran di pasukan saudara sendiripun, saudara tak tahu, maka jangan berangan untuk menerajui kepimpinan Kor. Begitu juga sekiranya saudara tidak mampu membuat keputusan yang jelas, pusing duit untuk masuk poket sendiri ( Maaf saya tidak maksudkan sesiapa dan Skot79 tidak adapun yang terlibat dalam kes ini bahkan seluruh warga Kagat tidak terlibat.... cuma takut-takut perkara ini berlaku), perah keringat anak buah untuk kepentingan peribadi bukannya untuk kepentingan Kor dan macam-macam perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Untuk menerajui Kor, saudara mestilah mempunyai matlamat dan halatuju yang jelas. jangan jadi BENGONG tak tahu nak buat apa. Nanti orang lainpun turut jadi bengong. apa tidaknya, nak buat kerja sendiri takut melangkaui bos, tunggu arahan bos tak kunjung tiba, melopong kerja tak ada faedah, masa terus bergerak, umur makin tua, di luar sana panglima dan menteri sedang menilai, akhirnya Fitnah akan berlaku kepada Kor dan seluruh warga KAGAT.

Akhir sekali bagi SKOT79 yang dah menarik hand break... meskipun perlu berkerja lagi beberapa tahun tapi macam pagi esok dah nak berhenti .... saya cadangkan agar tuan-tuan buatlah permohonan berhenti. Berilah peluang kepada orang yang hendak berkerja sehingga akhir hayat. Ingtalah Rasulullah terus berdakwah walaupun nyawa Baginda sudah di penghujung tenggorokan.

Kalau tak nak ikut Rasulullah nak ikut siapa lagi.... Okeylah teman Skot79 semua. selamat berjuang.

0 comments: