Kemalangan Ketika Pergi, Balik Kerja Membimbangkan
BANGI: Kerajaan bimbang dengan tahap kemalangan ketika pergi dan balik kerja di kalangan golongan pekerja yang semakin meningkat setiap tahun, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata, jumlah kemalangan mencatat 20,814 kes tahun lalu, 19,041 kes pada tahun sebelumnya dan 18,387 kes pada 2002.
"Jumlah kematian akibat kemalangan itu pula hampir sama setiap tahun iaitu pada kadar 1,230 kes setahun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kursus "Program Keselamatan dan Pegawai Kesihatan untuk Negara Membangun" di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerjasama erat berkaitan pengangkutan dan keselamatan jalan raya antara agensi berkaitan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.
"Beberapa faktor juga harus diambil kira, antaranya keadaan jalan raya, budaya serta amalan langkah keselamatan ketika pergi dan balik kerja, pekerja itu sendiri," katanya.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata, terdapat penurunan dalam kadar kemalangan di tempat kerja setiap tahun semenjak kebelakangan ini.
Pada tahun lalu katanya, terdapat 34,349 kes berbanding 35,092 kes pada tahun 2008 dan 64,423 kes pada tahun 2002.
"Jika dibanding dengan negara membangun yang lain, kadar kemalangan di tempat kerja di Malaysia berada di satu tahap memuaskan.
"Kita yakin ia boleh diturunkan lagi dengan pengalaman yang lebih, kesediaan di kalangan majikan untuk membuat perubahan sikap dan kesediaan mereka melabur dalam bidang keselamatan dan kesihatan," katanya. - BERNAMA
KALAU MENTERI RISAU... KELUARGA MEREKA YANG DIPOSTINGKAN BERJAUHAN DENGAN KELUARGA LEBIH RISAU DISEBABKAN RISIKO YANG DIHADAPI OLEH MEREKA.....FIKIRKANLAH YE WAHAI MEREKA YANG TERLIBAT DALAM MENGATUR TEMPAT POSTING. ANDA TIDAK TERLEPAS DENGAN PERTANYAAN DARI ALLAH TENTANG TUGAS ANDA DAN MENGAPA ANDA MELETAKKAN SESEORANG ITU DI TEMPAT YANG ANDA LETAK SEKARANG...... AHLI KELUARGA