Skot79.... Selamat Malam

CABARAN UMAT ISLAM KINI

Kejatuhan Soviet Union pada tahun 1991 telah memberi kesan mendalam kepada politik semasa dunia khususnya kepada dunia Islam. Amerika, negara yang menggelarkan dirinya sebagai polis dunia mula mencari musuh baru setelah musuh tradisinya berkubur diatas ketentuan ilahi. Musuh baru ini perlu di cari dan diciptakan bagi membolehkan mereka menunjuk kuasanya, menguji senjata pemusnah dan memaksa negara-negara lain tunduk diatas keangkuhan kuasa yang dimiliki. Musuh baru ini telah dilihat paling sesuai diletakkan kepada negara dan umat Islam keseluruhannya.

Bagi Amerika, Islam dan penganutnya adalah musuh yang perlu dihapuskan dan diperangi walau dengan apa cara sekalipun. Ia tidak mengira samada musuh itu terdiri daripada seorang Islam yang taat kepada ajarannya atau ianya seorang yang hanya Islam pada nama. Asalkan ianya 'Islam', maka ia perlu dihapuskan dan diperangi.

Keadaan lebih meruncing apabila berlakunya peristiwa 11 september dan diikuti dengan beberapa siri pengeboman. Siapakah pelakunya dan siapakah dalangnya tidak diketahui. Walaubagaimanapun Amerika telah menunding jari kepada umat Islam dengan menuduh semua peristiwa itu adalah angkara umat Islam. Bermula dari situ tercetuslah satu lagi episod baru pengkolonialan Amerika terhadap dunia Islam melalui program penentangan terhadap keganasan. Sekali lagi Islam menjadi sasaran walaupun tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa segala peristiwa yang berlaku itu berpunca dari umat Islam. Kalau adapun ianya datang daripada sumber propaganda Amerika. Palingt jelas bukti yang dipaparkan menunjukkan semua yang berlaku itu adalah angkara Amerika yang ditulangi oleh Yahudi. Tidak hairanlah kalau Yahudi sanggup membunuh lebih daripada 3000 rakyat Amerika semata-mata untuk merealisasikan agenda politiknya kerana mereka telah dirakamkan oleh Allah sebagai bangsa yang sanggup membunuh utusan Allah meskipun mereka mengetahui kebenarannya.

sekali lagi bila kita menyentuh soal keganasan, bukti yang paling jelas dapat kita lihat adalah keganasan Israel memerangi penduduk asal bumi negeri itu iaitu warga palestin. Begitu juga kita melihat bukti keganasan terpahat pada tentera Amerika dan dasar negara itu yang secara terang meperkosa hak asasi negara lain dan menjadikan rakyat negara terlibat sebagai papan target senjata-senjata mereka. Meskipun terdapat bukti yang jelas tentang perlakuan mereka yang sebenarnya namun diatas kekuasaan teknologi, ekonomi dan strategi yang mereka ada segala bentuk kejahatan itu dipantulkan kepada dunia Islam. OIC satu satunya kesatuan yang dianggotai oleh seluruh negara umat Islam dilihat tidak mampu melakukan apa-apa tindakan selain dari mengutuk dari jauh.

Mengapa ini berlaku? Jawapannya bukanlah kerana Islam itu lemah. Islam sentiasa hebat dan tinggi seperti mana sabda Rasulullah SAW " Islam itu sentiasa tinggi dan tiada satupun yang lebih tinggi daripadanya". Jawapan dari persoalan itu adalah terletak kepada umat Islam itu sendiri iaitu kerana mereka tidak yakin sepenuhnya dan tidak memahami dengan baik tentang ajaran Islam. Berakibat dari krisis kepercayaan dan kejahilan itu jugalah yang membawa kepada lahirnya beberapa tindakan yang dilakukan atas nama Islam sebenarnya tidak pernah diajar oleh Islam manakala apa yang sepatutnya dilakukan tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Tindakan yang sepatutnya kita lakukan kini adalah mengembalikan kekuatan Islam dengan cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Mungkin kita masih ingat bagaimana detik permulaan dakwah Rasulullah SAW hingga terbinanya negara Madinah Al Munawwarah dan seterusnya membawa kepada pembukaan negara-negara Islam. Antara pengajaran yang boleh kita ambil dari sejarah Rasul para sahabat dan para pejuang Islam dulu ialah :

1. Menanamkan akidah Islam yang tulen didalam diri umat Islam agar keagungan Allah dapat dirasai dan seterusnya melahirkan individu mukmin sejati . Akidah yang lemah akan membuatkan jatidiri umat Islam tidak ampuh dalam menghadapi cabaran yang semakin hebat.

2. Meningkatkan daya intelektual dikalangan umat Islam agar mereka mampu melaksanakan sesuatu pekerjaan diatas dasar kefahaman dan bukannya taklid membuta tuli. Umat Islam mesti keluar daripada dibuai mimpi silam. Tidak kita nafikan tentang pencapaian yang pernah dialami oleh umat Islam yang terdahulu. Pencapaian itu hanya boleh kita jadikan sebagai sumber inspirasi untuk mengembalikannya kembali dan bukan untuk dicangang dan dimegahkan.

3. Meningkatkan penghayatan agama dan perlaksanaan ibadat di kalangan umat Islam agar mereka menjadi seoarang penganut Islam yang patuh dan khuduk terhadap kekuasaan Allah SWT.

4. Meningkatkan hubungan persaudaraan Islam di kalangan umat Islam agar dapat melahirkan apa yang di namakan " Ummatan Wahidatan". Perbezaan pendapat yang berlaku hendaklah diambil pendekatan yang terbaik agar ianya tidak membawa kepada perpecahan.

5. Melahirkan pakar-pakar yang mempunyai fikrah Islami dalam berbagai bidang sebagaimana yang dimaksudkan sebagai " Khaira Ummamah" ( Sebaik-baik Ummat).

6. Menjadikan dunia Islam sebagai pusat mengesport ilmu, teknologi dan produk-produk yang dihasilkan.

7. Mengurang pergantungan kepada negara bukan Islam dalam berbagai bidang serta mewujudkan jaringan perdagangan dikalangan negara-negara Islam.

Insya Allah, dengan kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar maka kekuatan Islam akan kembali menguasai dunia ini. Islam adalah agama kedamaian dan Islam bukanlah agama penaja keganasan. Islamlah yang sepatutnya menjadi polis dunia bukannya Amerika.

0 comments: