Skot79 mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad bola Malaysia di atas kejayaan menjulang piala Suzuki semalam.Bukan senang untuk meraih kejayaan itu. Banyak faktor yang mendorong tercapainya kejayaan gemilang tersebut.Inilah tajuk yang akan dibahaskan oleh Skot79 pada kali ini.
Menyorot kembali bagaimana skuad Malaysia meniti kejayaan demi kejayaan dalam arena sukan bola sepak (piala Suzuki), kita melihat bahawa kejayaan yang diraih itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk di capai. Setelah kita menanti selama 14 tahun, akhirnya piala Suzuki berjaya dijulang oleh skuad bolasepak kita di bawah pimpinan jurulatih berpengalaman Shathianathan.
Sekian lama kita melihat arena bolasepak kita begitu suram namun kini, segalanya sudah berubah.Pasukan bolasepak kita sudah bangkit. Kalau dulu, dengar saja pasukan bola kita akan beraksi, tidak ada 'ghairah' untuk kita mengikuti persembahan mereka. Keadaan berubah sejak akhir ini di mana kita bangga untuk melihat mereka beraksi. Kita bangga untuk bercerita tentang aksi-aksi hebat yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak kita. Bahkan, kalau dulu, makcik-makcik tak berminat untuk membicarakan soal bolasepak tapi kini segalanya berubah.
Bagi saya, perkembangan bolasepak kita hendaklah dilihat dari sudut keinginan dan usaha untuk mencapai apa yang diinginkan. Kedua-dua aspek itu hendaklah diuruskan oleh satu pasukan pentadbir yang mampu membawa kearah merialisasikan sesebuah visi.Kejayaan pasukan bola kita bukan hanya terletak kepada para pemain sebaliknya kejayaan itu terletak kepada gabungan antara pemain, jurulatih, pengurus dan pentadbir skuad bolasepak kita. BAH kan, kejayaan itu juga ada hubungkaitnya dengan sokongan yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Inilah yang dinamakan kejayaan Buat Malaysia!......
Okey Skot, ini baru Muqaddimah.... ada maksud yang tersurat yang akan di bahaskan berhubung dengan tajuk ini... Tunggu kemunculannya nanti.
THE WAVE OF SKOT79
SKOT79
PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN
PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN
Search This Blog
Tahniah Kepada Pasukan Bola Malaysia
Posted by
Major Zainal
on Thursday, December 30, 2010
/
Comments: (1)
Syarat Pemimpin
Posted by
Major Zainal
on Tuesday, December 28, 2010
/
Comments: (0)
Untuk memimpin sesebuah organisasi bukannya mudah. Dari segi pandangan mata atau teori mungkin ianya nampak mudah dan segalanya boleh dilakukan. Namun dari segi teori dan praktikal, hanya mereka yang layak sahaja yang mampu melakukannya.
Seseorang pemimpin mestilah mempunyai syarat-syarat berikut bagi memastikan organisasi yang di pimpinnya tidak HANCUR atau TENAT dikemudian hari. Syarat-syarat tersebut adalah sebagai berikut:
1. Problem "Solver"
Seorang pemimpin WAJIB mampu membuat keputusan penting dalam mencari jalan keluar dari sesuatu permasalahan. Pemimpin terutama sekali mestilah bertindak tegas dan tidak boleh bertindak kluk-klak dalam membuat keputusan dan meletakkan hala tuju organisasi. Seorang pemimpin yang bertindak melarikan diri dari tanggung jawab merupakan pemimpin yang lemah. Sepatutnya pemimpin begini tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin kerana Sebagai ‘nakhoda’, merekalah yang berkewajiban mengemudikan ‘kapal’ ke arah yang benar. Jika pemimpin itu seorang yang lemah maka ciri-ciri sebagai Miss No Solution dapat dilihat pada diri mereka. Nak tahu macam mana? Cara yang paling senang lihatlah cara mereka mengendalikan mesyuarat. Jika setiausaha pening untuk membuat keputusan di ruang "KEPUTUSAN" maka itulah namanya Mr No Solution. Orang begini hanya layak jagi sekretari je tak layak untuk jadi pemimpin tertinggi sesuatu organisasi.
2. Bersikap Positif
Pemimpin yang sebenar perlulah bersikap positif. Setiap idea dan pandangan dari peringkat bawahan perlulah dipandang dari sudut mencari kesempurnaan bagi organisasi. Pandangan itu tidak perlu di ikut atau di tolak membuta tuli sebaliknya pandangan itu hendaklah dikaji dengan sebaiknya.
3. Melihat Kehadapan
Seseorang pemimpin juga mestilah sentiasa melihat kehadapan. Mereka yang sentiasa melihat kehadapan pastinya akan melihat setiap ruang itu sebagai peluang sebaliknya pemimpin yang hanya melihat 'kebawah' akan melihat setiap ruang itu sebagai lubang.....
4. Tegas
Seorang pemimpin wajib bersikap TEGAS dalam memimpin organisasi mereka. Pemimpin yang sering berubah keputusan atau tidak tegas adalah pemimpin yang sedang menempah KEHANCURAN bagi organisasi yang dipimpin oleh mereka. Orang begini tidak layak mengetuai sesebuah organisasi kerana FITNAH besar akan berlaku kepada organisasi tersebut suatu masa nanti.
OKEY LA SKOT... Kawe nak rehat kejap... mohon pandangan dari skot semua terutama Skot dari 3 Melayu yang hebat berjuang diperbatasan tu....
Akan bersambung.....
p/s : Mej Rahim kata tak boleh panjang nanti orang jemu nak baca. Betul tu Skot.

gaji Baru ATM di Perinci
Posted by
Major Zainal
on Sunday, December 12, 2010
/
Comments: (0)
NEGARA
Gaji baru ATM diperinci
KUALA TERENGGANU - Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skim gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya sama dengan Polis Diraja Malaysia mengikut pangkat.
"Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skim perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.
"Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji," katanya.

Pemimpin Lemah
Posted by
Major Zainal
/
Comments: (0)
PEMIMPIN YANG LEMAH!!!
Petikan daripada Tulisan Imam Ibnu Taimiyyah[1] Dari Kitabnya: As-Siyasatu as-Syar‘iyyatu fi Islahi ar-Ra’ie wa ar-Ri’ayyah[2]
Apabila dia telah mengetahui hal yang demikian ini (soal perlantikan penjawat), tiada patut dia melantik (seorang penjawat) kecuali orang yang paling layak. Memang kadang-kadang tidak terdapat orang yang sempurna kelayakan untuk sesuatu jawatan itu, maka hendaklah dipilih orang yang paling sesuai bagi setiap jawatan mengikut keadaannya.
Sekiranya dia melakukan sedemikian selepas berijtihad dengan sempurna, dia telah mengisikan jawatan tersebut dengan sebenarnya, melaksanakan amanah dan mendirikan kewajiban dalam perkara ini. Layaklah dia digolongkan dari pemimpin-pemimpin yang adil dan saksama di sisi Allah, walaupun (mungkin sahaja) akan terdapat kekurangan pada sebahagian perkara yang berpunca dari sebab-sebab lainnya pula. Allah berfirman:
“Oleh itu bertaqwalah kepada Allah sedaya upaya” [at-Taghabun:16]
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” [al-Baqarah:286]
Demikian juga firman-Nya tentang jihad:
“Oleh itu berperanglah pada jalan Allah , engkau tidak diberati kecuali sekadar kewajiban dirimu sendiri, dan beri semangatlah kepada orang yang beriman (untuk berjihad)” [an-Nisa:84]
Allah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah engkau menjaga diri kamu sendiri. Tiada akan memberi mudarat kepada kamu oleh orang-orang yang sesat apabila kamu sendiri telah memperolihi hidayah” [al-Maidah:105]
Sesiapa yang telah melaksanakan kewajibannya bererti dia telah mendapat petunjuk.
Rasulullah bersabda:
Sekiranya aku memerentah kamu dengan sesuatu urusan,maka laksanakannya sedaya-mungkin”. [diriwayatkan dalam Bukhari-Muslim]
Bagaimanapun sekiranya terdapat pada urusan itu kelemahan yang mampu dielak atau (berlaku) pengkhianatan, maka dia akan menerima akibatnya. Sepatutnya dia perlu mengetahui orang yang paling layak untuk menyandang setiap jawatan..
Kekuasaan itu mempunyai dua rukun: kekuatan (keupayaan) dan amanah sebagaimana dalam Firman Allah:
Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja itu adalah seorang yang kuat serta amanah. [al-Qasas:26]
Pemerentah Masir telah berkata kepada Saiyyidina Yusuf ’alaihi salam:
Sesungguhnya engkau pada hari ini mempunyai kedudukan yang teguh serta dipercayai di sisi kami [yusuf:54]
Allah berfirman tentang sifat Saiyyidina Jibrail:
Sesungguhnya Ia (al-Quran) dituturkan oleh Utusan yang mulia(Jibrail). Yang memiliki kekuatan lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah pemilik Arasy. Seorang yang ditaati serta dipercayai (oleh para malaikat) [Takwir:19-21]
Kekuatan bagi setiap pimpinan itu mengikut kesesuaiannya. Kekuatan pada pemimpin perang adalah kekuatan keberanian hati dan kemahiran dalam teknik perang serta strategi peperangan. Kerana peperangan adalah percaturan strategi, termasuklah keupayaan menggunakan kemahiran tempur: daripada memanah, melempar, memukul, menunggang kuda, menyerang, berundur dan seumpamanya sebagai yang Allah berfirman:
Dan bersiap-siagalah untuk menghadapi mereka (musuh) dengan sehabis daya daripada segala jenis kekuatan dan daripada pasukan berkuda, untuk menakutkan dengan perkara itu musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu [al-Anfal:60]
Rasulullah bersabda:
Panahlah dan naikilah tunggangan, aku lebih suka kamu memanah daripada kamu menunggang (ketika berperang). Sesiapa yang telah belajar memanah, kemudian melupakannya, maka dia bukan daripada golongan kami
Dalam riwayat yang lain:
Maka ia (kebolehan memanah yang dilupai itu) adalah nikmat yang dikufuri [Muslim]
Kekuatan pada memerentah di kalangan manusia adalah kekuatan pengetahuan tentang keadilan seperti mana yang telah ditunjukkan oleh al-Kitab dan Sunnah, termasuk juga keupayaan menguat-kuasa undang-undang.
Amanah pula dimaksudkan kepada sifat takutkan Allah, dan tidak menjual ayat-ayat-Nya dengan harga yang murah (habuan dunia), meninggalkan takut kepada sesama manusia. Inilah tiga sifat yang dituntut Allah ke atas setiap orang yang memerentah manusia. Allah berfirman:
Dan jangan kamu takutkan sesama manusia, takutlah kepada Aku (Allah), dan jangan jangan jual ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (habuan dunia), dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir [al-Maidah:44]
Untuk ini, Rasullullah bersabda:
Para qadi itu terbahagi tiga, dua golongan dalam neraka dan satu golongan dalam syurga. Adapun seorang lelaki yang mengetahui kebenaran dan berhukum bertentangan dengannya, maka dia di dalam neraka. Dan seorang lelaki berhukum di kalangan manusia di atas kejahilan, maka dia dalam neraka. Dan seorang lelaki yang mengetahui kebenaran dan berhukum dengannya, maka dia di dalam syurga [diriwayatkan oleh Ahlu as-Sunan]
Perkataan ‘qadi’ adalah gelaran bagi setiap orang yang mengadili (sekurang-kurangnya) antara dua orang serta memutuskan hukum antara keduanya, semada dia adalah seorang khalifah, atau seorang sultan, atau timbalannya, atau wakilnya atau orang yang berjawatan qadi mengikut syara’, atau timbalannya, bahkan sehingga pada seorang yang mengadili di antara kanak-kanak untuk memilih pemenang pertandingan tulisan cantik sekalipun. Demikianlah yang disebut oleh para sahabat Rasulullah, dan ianya yang jelas.
Fasal Ke Tiga: Jarangnya Berhimpun Antara Sifat Amanah dan Kekuatan (upaya) Pada Manusia Yang Sama.
Pergabungan sikap amanah dan kekuatan pada seseorang adalah jarang ditemui, kerana itulah Saiyyidina Umar bin al-Khattaab berdoa:
Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kebiadaban orang yang fajir, dan kelesuan orang yang thiqah (yang dipercayai keikhlasannya)
Maka yang dipertangggung-jawabkan tugas setiap pimpinan itu adalah orang yang paling layak mengikut kesesuaiannya. . Apabila mahu dipilih di antara dua orang lelaki, seorangnya lebih beramanah, dan seorang lagi lebih mempunyai lebih kebolehan (kekuatan), maka hendaklah diutamakan mana yang lebih bermanafaat (berkesan) bagi tugasan tersebut dan paling kurang memberi mudarat dalam perkara tersebut.
Dalam pimpinan perang diutamakan seorang yang gagah dan berani, walaupun dia seorang fajir (akhlaq yang buruk) berbanding dengan seorang yang yang daif dan lemah walaupun dia seorang yang beramanah. Sebagaimana apabila ditanya kepada Imam Ahmad:
Yang manakah satu di antara dua lelaki yang patut diangkat menjadi ketua perang, seorangnya gagah tetapi fajir, atau seorang soleh tetapi daif, di belakang siapakah di antara keduanya yang sepatutnya mereka berperang?
Imam Ahmad menjawab:
Adapun bagi orang fajir yang gagah itu, kegagahannya akan bermanafaat kepada muslimin, kefajirannya itu (akan memudaratkan) dirinya sendiri. Sedangkan orang soleh yang daif itu pula, kesolehannya akan bermanafaat untuk dirinya sendiri, dan kedaifannya memudaratkan kepada muslimin, maka berperanglah di belakang orang fajir yang gagah itu
Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya Allah akan menolong agama ini dengan lelaki yang fajir
Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda:
Dengan suatu kaum yang tidak berakhlaq
Sekiranya pemimpin yang dilantik itu (walaupun bukan alim tetapi) tidak seorang yang fajir, maka dia lebih layak memegang pimpinan perang berbanding daripada orang yang lebih soleh dalam soal agama daripadanya, sekiranya tiada ditemui penganti (yang lebih berkelayakan).
Disebabkan pertimbangan inilah, Rasulullah telah melantik Khalid bin al-Walid untuk memimpin perang, semenjak beliau memeluk Islam, Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya Khalid adalah pedang yang Allah gunakan untuk memerangi Kaum musyrikin
Walaupun Khalid ada ketikanya telah mengambil tindakan yang tidak disukai (dibenci) oleh Rasulullah, sehingga baginda- pada suatu ketika- mengangkat kedua tangan baginda ke langit dan berkata:
Allahumma, sesungguhnya aku (berlepas-tangan) menyerah kepada-Mu apa yang dilakukan oleh Khalid.
Iaitu ketika Rasulullah mengutuskan Khalid kepada Bani Juzaymah, lalu dia membunuh mereka dan merampas harta mereka dalam keadaan yang syubhah, beliau melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan kepada beliau. Dan tindakannya itu telah diingkari oleh sebahagian sahabat yang bersama beliau ketika itu, keadaan ini sehingga memaksa Rasulullah telah membayar diyyah serta memberi jaminan ke atas keselamatan harta mereka. Walaupun halnya sedemikian, baginda berterusan melantik beliau sebagai pemimpin dalam peperangan, kerana dia lebih layak di dalam soal ini daripada orang yang lainnya, , walaupun dia telah melakukan kesalahan berdasarkan bentuk takwil yang (difahaminya).
Abu Zar al-Ghifari lebih baik daripada Khalid dari segi amanah dan kejujuran (sidq), walaupun halnya sedemikian, Rasulullah bersabda:
Wahai Abu Zar, aku melihat engkau seorang yang daif, aku menyukai untuk engkau apa-apa yang aku sukai untuk diriku sendiri, (oleh itu) janganlah engkau menjadi pemimpin (walaupun) ke atas dua orang yang lain, dan janganlah engkau menjadi penjaga harta anak yatim [Diriwayatkan oleh Muslim]
Rasulullah telah menegah Abu Zar daripada menjadi pemimpin dan penjaga [anak-yatim] kerana baginda melihat Abu Zar adalah seorang yang daif. Sedangkan Rasulullah (dalam pada itu) telah diriwayatkan bersabda:
Selama langit masih memayung dan bumi masih membentang, tiada ada orang yang lebih jujur perkataan melebihi daripada Abi Zar
Pernah Rasulullah melantik Amru bin al-‘As sebagai pemimpin dalam peperangan Ghazwah Zat as-Salasil bertujuan bagi mejinakkan hati sanak-saudaranya yang tinggal di kawasan yang diutuskan beliau itu, sedangkan terdapat sahabat-sahabat yang lebih afdal daripada beliau dalam anggota tentera yang dipimpin oleh beliau itu. Rasulullah melantik Usamah bin Zaid dalam rangka agar beliau membela kematian bapanya. Demikianlah baginda telah melantik seseorang mengikut kemaslahatan tertentu, walaupun terdapat bersama pemimpin yang dilantik itu orang yang lebih afdal daripadanya di dalam soal ilmu dan iman.
Demikian juga halnya dengan Abu Bakar radiyallahu ‘anhu, khalifah Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam, yang berterusan melantik Khalid dalam peperangan memerangi golongan yang murtad, dalam peperangan pembukaan Iraq dan Syam, Khalid telah melakukan beberapa kesilapan berdasarkan takwilnya, sebahagian sahabat menganggap tindakan-tindakan yang diambil Khalid itu berdasarkan hawa-nafsunya, begitupun Khalid tidak dilucutkan jawatannya kerana perkara tersebut. Saiyyidina Abu Bakar sekadar menegur kesilapan-kesilapan beliau. Pertimbangan terdapat maslahah yang melebihi daripada kefasadan telah mempengaruhi tindakannya mengekalkan kedudukan Khalid. Sekiranya Khalid ditukar, pengantinya mungkin tidak dapat menyamai kedudukan (kelayakan) Khalid.
Apabila akhlaq pemimpin utama cenderung kepada lemah-lembut, sepatutnya akhlaq timbalannya cenderung kepada ketegasan. Apabila pemimpin utama cenderung kepada ketegasan, sepatutnya akhlaq timbalannya cenderung kepada lemah-lembut, ini untuk mengimbangi suasana.
Kerana inilah, Saiyyidina Abu Bakar as-Sidiq bertindak melantik Khalid, sementara Saiyyidina Umar bertindak melucutkan Khalid serta melantik Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah, kerana Khalid peribadinya tegas sebagaimana peribadi Umar bin al-Khattab, sementara Abu Ubaidah berperibadi lemah-lembut sebagaimana Abu Bakar, Tindakan melantik timbalan sedemikian adalah tepat bagi setiap kedua pemimpin ini, supaya keadaan menjadi seimbang dan selayaknya bagi mereka sebagai khalifah Rasulullah, kerana baginda adalah seorang yang sangat seimbang. Baginda bersabda:
Aku adalah Nabi yang membawa rahmat, aku adalah Nabi yang bertempur di medan perang
Baginda bersabda:
Aku adalah seorang yang periang serta seorang panglima perang
Ummat baginda adalah ummah pertengahan, Allah berfirman:
Mereka bertegas ke atas golongan kuffar, beramah-mesra sesama sendiri. Engkau melihat mereka ruku’ dan sujud, mereka mencari anugerah daripada Allah dan keredaan-Nya [al-Fath:29]
Allah berfirman:
Mereka merendah diri ke atas orang mukmin dan mereka bersikap tegas ke atas orang kafir [al-Ma idah:54]
Dengan demikianlah apabila Saiyyidina Abu Bakar dan Saiyyidina Umar dilantik, mereka berdua menjadi pemimpin yang sempurna dalam pentadbiran mereka. Sikap keduanya menyerlah kedua aspek daripada kehidupan Nabi sallahu ’alaihi wa sallam, seorangnya lemah-lembut dan seorang lagi tegas dan keras, sehingga Rasulullah bersabda:
Tauladanilah kedua orang (yang memimpin) selepas aku, Abu Bakar dan Umar
Telah zahir (kemudiannya) daripada Abu Bakar (yang lemah-lembut ) sikap keberanian (ketegasan) hatinya dalam memerangi golongan murtad dan golongan (penentang) yang lainnya sehingga mengatasi (ketegasan) Umar dan seluruh sahabat yang lain, semoga Allah meredai mereka semua.
Sekiranya terdapat keperluan(penekanan) yang lebih kepada sikap amanah, hendaklah diutamakan seorang yang kepercayaan (jujur), seperti (dalam urusan) menjaga harta-benda atau seumpamanya. Adapun (dalam urusan) perbelanjaaan dan mengawasi harta tersebut, tidak dapat tidak daripada sifat keupayaan (kekuatan) dan sifat amanah. Sepatutnya dilantik penguasa ke atas harta tersebut seorang yang memiliki kekuatan(keupayaan) untuk mengurus kewangan dengan penuh keupayaan, dan (dilantik) seorang pencatit untuk menyelia harta dengan catitannya (akaun) dan dengan sifat amanahnya. Demikian jugalah dalam pimpinan perang, sepatutnya seorang ketua tentera mentadbir dengan mengadakan mesyuarat bersama ahli ilmu dan ahli agama, bertujuan mengabungkan antara kedua-dua maslahat (dari pandangan ilmu dan dan ajaran agama)., Demikianlah bagi setiap pimpinan, apabila tidak akan sempurna sesuatu urusan berdasarkan keputusan peribadi, maka himpunkan beberapa orang (yang mempunyai kemahiran), agar dapat diputuskan tindakan yang lebih tepat. Atau dilantik beberapa orang pemimpin (pimpinan secara kolektif) , apabila tidak memadai seorang pemimpin sahaja untuk mencapai kesempurnaan (pada yang dimaksud).
Bagi jawatan qadi diutamakan orang yang lebih alim, lebih wara’dan lebih upaya.Sekiranya seorang dari dua calun itu ada yang lebih alim, dan ada yang lagi lebih wara’; maka dalam mengendali kes yang jelas hukumnya serta ditakuti (keputusan qadi itu) dipengaruhi oleh hawa-nafsu- pilihlah yang lebih wara’. Sementara dalam pengendalian kes yang rumit bagi memutuskan hukumnya serta ditakuti (keputusannya) tersasar- maka pilihlah yang lebih alim.
Di dalam hadith dari Rasulullah , sesungguhnya baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menyukai pandangan (kefahaman) yang tajam ketika berlakunya kesamaran, dan Allah menyukai aqal (yang sempurna) ketika munculnya syahwat.
Kedua-dua sifat ini (lebih alim dan lebih wara’) didahulukan daripada keupayaan, ini apabila qadi tersebut mendapat sokongan yang sepenuhnya dari pimpinan perang dan orang awam.
Diutamakan (kriteria) keupayaan dalam suasana apabila (institusi) kehakiman memerlukan kepada kekuatan dan sokongan kepada qadi tersebut serta (dalam keadaan yang mana)keperluan kepada keupayaan itu melebihi daripada keperluan kepada kelebihan ilmu dan kelebihan wara’.Bagi (jawatan) qadi yang mutlak, ia memerlukan seorang yang alim, adil dan mempunyai upaya (dalam melaksanakan tugasan), Bahkan itulah sebenarnya ciri-ciri bagi setiap pimpinan bagi kaum muslimin. Apabila mana-mana sifat daripada sifat-sifat yang tersebut berkurangan, maka akibatnya akan terdapatlah ruang kepincangan kerana kekuarangan itu.
Keupayaan (dapat di realisasikan) semada dengan sifat ketegasan dan ancaman, atau dengan sifat ehsan dan galakan (motivasi), pada hakikatnya pimpinan memerlukan kedua-duanya sekali.
Sebahagian ulama telah disoal:
Sekiranya tiada terdapat orang yang layak memegang jawatan qadi kecuali , seorang ’alim yang fasiq atau seorang jahil yang beragama, maka siapakah antara keduanya yang diutamakan?
Ulama tersebut menjawab:
Dalam keadaan yang timbul keperluan untuk (memulihkan) kehidupan beragama dalam suasana yang dikuasai oleh kefasadan, utamakanlah orang yang beragama.Dalam keadaan yang timbul keperluan kepada ilmu agama dalam suasana kerumitan dalam memutuskan hukum-hakam, utamakanlah orang yang alim.
Kebanyakan ulama mengutamakan orang yang beragama kerana para Imam (mazhab) bersepakat tidak dapat tidak (yakni menjadi syarat) bagi pemegang jawatan (pemimpin) mestilah seorang yang adil, (iaitu seorang) yang layak diterima sebagai saksi (dalam kehakiman syariah)[3].
Adapun syarat (bagi menjadi pemimpin) memiliki ilmu itu telah diperselisih (tiada persepakatan) di kalangan para ulama. (Dalam syarat berilmu itu pula): adakah menjadi syarat perlu seorang pemimpin itu alim yang mujtahid, atau harus dilantik orang yang bertaqlid atau wajib dilantik seorang yang paling layak dalam konteks yang ada mengikut kesesuaian (tanpa membebankan). Terdapat tiga pendapat ulama (dalam hal ini), bagaimanapun keperinciannya bukan tempatnya di sini untuk dibincangkan.
Bagaimanapun harus juga dilantik seorang yang tidak berlayakan kerana darurat tetapi dengan syarat dia merupakan yang paling baik di kalangan ada. Apabila dalam keadaan sedemikian, dia (yang dilantik) wajib mempertingkatan kemampuan dirinya sehingga dia dapat menunaikan tangggung-jawab yang wajib ke atasnya terhadap manusia lain dalam urusan kepimpinan, penguasaan dan seumpamanya.
Sebagaimana menjadi wajib di atas orang yang kesempitan dari segi kewangan dalam melunaskan janji pembayaran hutangnya, walaupun tidak dituntut ke atasnya kecuali apa yang termampu. Begitu juga kewajiban mengadakan persediaan untuk jihad dari penyediaan kekuatan tentera dan pasukan kuda ketika persediaan tersebut tidak dilakukan kerana kelemahan (kecuaian).
Sesungguhnya perkara yang tiada dapat sempurna sesuatu kewajiban kecuali dengannya, maka hukum (mengadakan)nya adalah wajib . Ini berbeza dari syarat keupayaan dalam melaksanakan ibadat haji dan perkara seumpama itu, kerana tiada wajib ke atas kita menghasilkan penyediaan baginya, oleh sebab tuntutan (melaksanakan haji) itu tidak menjadi wajib dengan adanya keupayaan[4].
Alhamdulillah, selesailah terjemahan yang serba kurang ini bersama beberapa catita ringkas; dikuti dengan jeputan dari kitab ini pada tempat-tempat yang pada perkiraan pencatit ini terdpat keperluan.
=========================================
Imam Ibn Taimiyyah pada bahagian akhir kitab ini telah menyenaraikan tujuan beberapa golongan yang mahu merebut menjadi pemimpin.
1-Golongan pertama: Bermatlamatkan kedudukan yang tinggi (terhormat) di kalangan manusia serta kefasadan di bumi, ianya adalah maksiat kepada Allah. Mereka adalah golongan pemerentah, ketua-ketua yang fasad, umpama Firaun dan gerombolannya. Mereka adalah seburuk-buruk kejadian. Allah berfirman:
Sesungguhnya Firaun telah berlaku sombong di bumi, dia telah menjadikan penduduknya berpuak-puak, dia menindas sekumpulan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka. Sesungguhnya dia adalah dari golongan mufsidin [al-Qasas:4]
Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sahih-nya daripada Ibn Mas’ud RD yang berkata Rasulullah SAW bersabda:
“Tiada masuk ke dalam syurga sesiapa yang pada hatinya seberat zarah daripada takabbur (sombong). Dan tidak masuk neraka sesiapa yang pada hatinya seberat zarah daripada iman”. Lalu seorang lelaki bertanya: “sesungguhnya saya suka pakaian yang cantik (kemas) dan kasut yang cantik, adakah demikian itu dikira takabbur?”
Rasulullah SAW bersabda: “tidak, Allah adalah cantik, dan Dia menyukai kecantikan, takabbur itu (sifat) mengingkari kebenaran dan merendahkan manusia lain”
Mengingkari kebenaran bermaksud menolak dan menentang kebenaran. Merendah manusia bermaksud menghina mereka dan mencemuh mereka. Inilah perihal golongan yang bermatlamatkan kesombongan dan kefasadan.
Golongan kedua: Bermatlamatkan kefasadan tanpa kedudukan yang tinggi (terhormat).Mereka umpama kumpulan pencuri dan penjenayah, mereka adalah sampah masyarakat.
Golongan ketiga: Bermatlamatkan kedudukan yang tinggi tanpa kefasadan. Seumpama mereka yang mempunyai (pendidikan) agama, mereka ingin menonjol dengan ilmu mereka ke atas orang lain
Golongan keempat: Mereka adalah ahli syurga, mereka yang tidak ingin kedudukan yang tinggi di bumi, dan tidak inginkan kefasadan, pada hal mereka berkedudukan tinggi di kalangan manusia lain, sebagaimana Allah berfirman:
Janganlah kamu merasa lemah, dan jangan kamu bersedih, sesungguhnya kamu berkedudukan tinggi sekiranya kamu beriman [ali ’Imran:139]
Allah berfirman:
Jangan kamu merasa lemah dan lalu kamu mengajak kepada perdamaian, sesungguhnya kamu mempunyai kedudukan yang tinggi, Allah bersama kamu (membela kamu untuk mencapai kemenangan), dan Dia tidak sekali-kali mengurangi (pahala) amalan kamu [Muhammad:35]
Allah berfirman:
Bagi Allah-lah kehebatan (kemulian), bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang yang beriman. [al-Munafiqun:6]
Berapa ramai yang berusaha mahukan kedudukan yang tinggi, tetapi tiadalah bertambah untuknya kecuali kerendahan, berapa ramaikah pula yang berkedudukan tinggi sedangkan dia tidak bertujuan mencapai ketinggian pangkat dan (tidak sanggup) melakukan kefasadan. Demikian itulah (dapat difahamkan) iradah (kehendak) untuk memperolihi ketinggian di sisi makhluk itu adalah kezaliman, kerana manusia seluruhnya daripada jenis (genus) yang satu., iradah (nafsu) manusia mahukan agar dia mempunyai kedudukan tinggi dan orang lain seumpamanya berada di bawahnya, ini merupakan kezaliman.
Apabila difahami ianya adalah kezaliman, tentuynya manusia akan benci untuk berada dalam keadaan sedemikian dan memusuhinya, kerana seorang yang adil daripada kalangan mereka, dia tidak suka yang dia dikerasi oleh orang yang seumpamanya. Sedangkan orang yang tidak adil di kalangan mereka juga bercita-cita mahu menjadi orang yang paling berkuasa. Walaupun halnya sedemikian, sudah tentu pastinya –pada pertimbangan aqal dan ajaran agama- yang sebahagian mereka akan berkuasa ke atas sebahagian yang lain., sebagimana yang telah kami sebutkan. Sebagaimana tubuh tidak akan sempurna tanpa adanya kepala. Allah berfirman:
Dan Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi, dan Dia mengangkat sebagaian kamu beberapa darjat di atas sebahagian yang lain , untuk dia menguji kamu pada apa yang dianugerahi kepada kamu [al-An’am:65]
Allah berfirman:
Kami membahagi-bahagikan di kalangan kamu keperluan hidup di dalam kehidupan dunia, dan Kami angkatkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain beberapa darjat supaya mereka memperolihi kemudahan di antara satu sama lain [az-Zukhruf:32]
Maka demikianlah datangnya syariat (Islam dalam) mengurus kekuasaan politik (sultan) dan kekayaan pada Jalan (yang diredai) Allah.
________________________________________
[1] Imam Ibnu Taimiyyah, nama penuhnya Ahmad Bin Abdul Halim Bin Bin Abdul Salam, Abu Abbas, Taqiyyudin Ibn Taimiyyah, dijuluki al-Imam Syaikhu al-Islam. Lahir pada tahun 661H. Meninggal pada 20 Syawal 728H. Seorang ulama besar, menulis di dalam cabang ilmu yang bermacam. Seorang yang dikagumi dan disanjung oleh pengikutnya, dan diselar oleh yang menentangnya. Bagaimanapun sebagaimana yang disebut oleh Syaikh Muhammad Yusuf Ismail an-Nabhani dalam tulisannya yang mengeritik pandangan Imam besar ini masih menyebut bahawa Imam Ibn Taimiyyah telah mengeluarkan ribuan fatwa, hanya dalam beberapa fatwa yang tertentu sahaja fahaman beliu telah tergelincir , Syaikh Muhammad Yusuf an-Nabhani mendoakan agar Allah menghimpunkan beliau di dalam syurga bersama Imam Ibn Taimiyyah berserta Imam as-Subki.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada seluruh imam-imam serta ulama Islam yang telah banyak kita terhutang ilmu dan budi kepada mereka.
[2] Naskhah yang dirujuk adalah terbitan Daru al-Jil, Beirut, cetakan ke 3, 1408H- 1988M. Walaupun Imam Ibnu Taimiyyah dikritik hebat oleh ulama yang tidak menyetujui aliran fahaman beliau, dalam huraian aqidah, feqah dan tasauf, tetapi belum diketemui sebarang penolakan terhadap apa yang dicatit oleh Imam besar ini di dalam kitabnya ini.
[3] Maulana Abu Hassan Ali an-Nadwi menyebut yang sejarah ummah telah mencatitkan bahawa kerja-kerja penyebaran agama (nasyruddin) telah dilakukan dengan jayanya oleh panglima perang, pedagang dan pemerentah yang soleh, kerap pula melebihi keupayaan sebahagian ulama. Tetapi kerja-kerja menjaga kemurnian ajaran agama (hifzuddin) terutamaapabila berdepan dengan kecenderungan kepada penyelewengan dan bid’ah, maka tugasan ini tiada dapat diambil alih oleh golongan lain secara berkesan bagi menangani syubhah-syubhah yang timbul kecuali oleh golongan ulama kerana ianya memerlukan ilmu yang mendalam dan terperinci.
[4] Sangat diharapkan kepada para ulama dan cendiakawan muslim agar menyemak terjemahan yang dilakukan ini dengan teks kitab arabnya yang asal, barang sudah tentu ada maksud yang tidak kesampaian; terutama menyedarai keterbatasan upaya pencatat ini dalam bahasa Arab dan kecetekan ilmu agamanya. Kepada Allah juga disandarkan harap.
Sumber: http://muqabalah2009.blogspot.com/2009/05/ciri-ciri-pemilihan-penyandang-jawatan.html

Nisfu Syaaban : Antara Sunnah dan Bidaah
Posted by
Major Zainal
on Tuesday, July 27, 2010
/
Comments: (0)
salam Skot79
Malam ini umat Islam akan menyambut malam Nisfu Syaaban. malam yang di anggap oleh sebahagian umat Islam sebagai malam yang penuh keberkatan dan mempunyai berbagai kelebihan. Dirujuk kepada dalil, saya tidak menemukan sebarang dalil sahih tentang kelebihan malam ini. Apa yang saya temui tentang kelebihan malam, hanyalah malam lailatul Qadar sahaja. Mungkin ada dalil sahih tentang kelebihan malam ini namun di atas kelemahan dan kejahilan saya maka sehingga kini, dalil tentang kelebihan malam ini belum saya ketemui.
Bercakap tentang malam Nisfu Syaaban, maka di masjid-masjid dan surau-surau di negara kita akan di buatlah majlis bacaan Yasin antara maghrib dan Isya. bacaan surah Yasin ini dilakukan sebanyak tiga kali bagi memohon agar di murahkan rezki, di panjangkan umur dan dimatikan dalam iman. Niat dan doa itu amat baik namun persoalannya apakah kita melaksanakan amalan ini berpandukan dalil yang jelas. ya, memang terdapat beberapa hadis yang menerangkan tentang kelebihan malam ini namun kesemua hadis itu di katogorikan sebagai hadis dhaif. Ada juga ulamak yang berpendapat hadis dhaif boleh diamalkan untuk kegunaan diri sendiri. Ya.. saya setuju.
masalah yang ingin di utarakan adalah tentang peranan kita sebagai agen untuk melaksanakan ibadat bermusim. Apatah lagi kalau ibadat itu tidak ada dalil yang sahih. Pada pendapat peribadi, saya tidak pertikaikan kalau kita ingin membaca Yasin sebanyak 3, 5 atau beberapa kali sekalipun. Cuma yang ingin di perjelaskan mengapa perlu kita menunggu sempena Malam Nisfu Syaaban untuk melaksanakan amalan ini. Bukankan kita dituntut membaca Al quran pada sebilang masa. Mengapa tidak peruntukkan setidak-tidaknya sedikit masa kita pada setiap hari untuk membaca Al Quran. mudah-mudahan amalan kita akan membeeri kesan bagi kehidupan seharian kita.
Okeylah.. sang ustaz dan ustazah. banyak yang perlu di bincangkan tentang perkara ini. nanti kawe sambung lagi... nak gi toilet ni

LUAHAN HATI SKOT 79
Posted by
Major Zainal
on Monday, July 26, 2010
/
Comments: (0)
Salam Tuan-Tuan Dae'i Askari Wa Rabbani ATM...
Saya selalu jengah dan teliti pandangan dan perbincangan dalam ruangan ini.Apa yang telah dikomen dan dilontar oleh Saudara Zainal Abidin ada hujjah yang tersendiri dan logik di aqal serta adil di lubuk sanubari timbangan keadilan. Kadang-kadang begitulah kehidupan, keluarga dan kerjaya kita ini. Jika mampu sahabat-sahabat yang ada kuasa dan pangkat di peringkat atasan...cuba-cubalah merenung dan mengkoreksi sejenak akan isu tersebut secara waras serta dibuangkan segala sentimen. Jika mampu bantu...bantulah. Jika tak mampu bantu sahabat-sahabat Skot. Maka elok dan lebih baik diam je...dan kekalkan prestasi dan "cari makan" anda di tempat yang sentiasa selesa.
Pada persepsi saya, sebenarnya kerjaya kita ini menuntut banyak pengorbanan. Dan amat elok benar jika kita sendiri menentukan agar keluarga kita juga turut memahami akan perkara ini walaupun secara berperingkat. Di setengah tempat dan lokasi, ada sahabat-sahabat yang setiap tahun secara tetap berpisah dengan keluarga 6 bulan dalam setahun untuk tugas gerakan operasi dan sebulan untuk latihan KKS dan sebulan untuk latihan pelbagai untuk memenuhi kehendak perkhidmatan tentera. Oleh itu, hanya tinggal 4 bulan untuk pengurusan keluarga dan peribadi. Sempat ke...atau Tak... Ada sahabat-sahabat yang tidak bercuti 2 hari raya bersama keluarga dan di kampong selama 4 - 5 tahun dan yang sebenarnya...terlalu banyak lagi pengorbanan yang harus dipikul secara "Redha". Tetapi kita mesti pasrah dan redha. Ini kerana, inilah jalan kerjaya yang kita pilih. Dan ILAHI sentiasa menguji hamba-hambanya yang terpilih.
Dan pesanan daripada penaja -
MARILAH SAMA-SAMA KITA BELAJAR UNTUK BERSYUKUR APA YANG ADA. Dan Marilah kita Fikir - ADAKAH PATUT ORANG YANG SAMA MENANGGUNG PENGORBANAN TERSEBUT....KENAPA TIDAK YANG LAIN BERKONGSI JUA...SAMA RATA. YANG SELESA. TETAP SELESA HINGGA SELAMANYA...YANG MENJADI MANGSA KESUSAHAN DAN PENGORBANAN..AKAN TERUS DISUSAHKAN DAN DIKORBANKAN...HINGGA BILA....HNGGA BILA....Wallah A'lam....Lu Fikirlah Sendilah Beb...Jika Anda rasa terdetik dan bersalah dengan kenyataan di atas...bermakna something wrong with you...and better you all berubah dan lakukan sesuatu BRO.
komen daripada Mej Zainal:
Mungkin kita ni dari kalangan kelas kedua. Layak untuk buat kerja di pesisiran sahaja. Ada lagi golongan kelas pertama yang kerjanya menikmati Ghanimah sahaja tanpa perlu berperang. Tak tahulah ini hukum daripada mana?Ada yang hanya berpindah 2 tempat kerja sahaja selama berbelas tahun mereka berkhidmat. Bila persoalan ini diajukan jawapannya mereka ada kepakaran yang tidak ada pada orang lain.
Dalam kes ini saya teringat tentang satu rencana bagaimana saintis Amerika mengajar seekor Chimpazi bercakap dengan menggunakan bahasa Isyarat. Setelah bertahun-tahun akhirnya Chimpazi itu berjaya juga berkomunikasi dengan saintis itu menggunakan bahasa isyarat.
Moral of the story..... Bukan beruk tu sahaja yang terror. Kalau beruk lain berada di tempat Chimpazi tu bertahu-tahun pun, beliau akan boleh juga berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat. Tapi harus di ingat.... Beruk tu hanya mampu berkomunikasi dalam skop makmal tu sahaja. tanya tentang jenis pisang atau jenis taman yang ada di negara dia, dia tak tahu pun. mana nak tahu.... bertahun-tahun hanya duduk dalam makmal sahaja...... He... he.... he.....
Adakalanya Chmpazi yang kat luar lebih bahagia.... Dapat melompat atas pokok, dapat makan pisang, dapat usik anak-anak kera dan lagi dapat baling saintis dengan pisang busuk bila saintis tu masuk ke hutan untuk bagi kepada mereka pisang plastik.... HA.... HA.... HA.....
Nak tambah sikit lagi.... kalau pakar setakat sendiri dakwa tu tak di kira. Tak ada bukti. saya cuma nak lihat kemana kita nak letakkan dua orang pakar kita yang dah ada phd. Nak letak kat unit untuk ajar alif ba ta... atau kita nak memanipulasikan ilmu yang ada pada mereka untuk kebaikan dan manafaat kor serta perkhidmatan. Terserah kepada mereka YANG PAKAR untuk menentukannya.
Okey... see you later

HARAPNYA MENJADI RENUNGAN BERSAMA
Posted by
Major Zainal
/
Comments: (0)
BUKANLAH INI YANTG KITA MAHUKAN TETAPI KITA MENGHARAPKAN AGAR PINTU KEARAH BERLAKUNYA PERKARA INI DAPAT DI TUTUP. KALAU NAK BERLAKU JUGA NAK BUAT MACAM MANA . ITU SUDAH TAKDIR TETAPI KALAU KITA SENGAJA MEMBUKANYA ITU NAMANYA KITA MENEMPAH MAUT. BUKANNYA KITA BEKORBAN UNTUK SEBUAH PERJUANGAN TETAPI KITA DIKORBANKAN......
Isteri curang bijak simpan rahsia
KISAH isteri curang atau suami menangkap isteri berkhalwat dengan lelaki lain semakin kerap dilaporkan media kebelakangan ini.
Kes terbaru berlaku di Kuantan, Pahang, 5 Julai lalu. Seorang suami, dikenali sebagai Muhammad yang mengesyaki isterinya bermain kayu tiga bertindak memasang perangkap dengan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Menurut Muhammad, pada mulanya beliau tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu sibuk dengan perniagaan butiknya.
“Namun, saya sendiri yang menangkapnya ketika dia berdua-duaan dengan seorang lelaki lain di sebuah bilik sewa yang terletak di atas sebuah restoran,” cerita beliau.
Bagi Halim (bukan nama sebenar) pula, dia tidak menyangka isterinya Halimah (nama samaran) yang berperwatakan baik sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
“Sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikit pun saya meragui kesetiaannya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka,” katanya dalam ruangan forum Internet.
Halim memberitahu, ketika dia bersusah payah membangunkan perniagaan, Halimah merupakan menjadi sumber inspirasinya.
Isterinya juga melayannya dengan penuh kasih sayang dan rumah tangga mereka bertambah bahagia selepas dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun, ada juga rakan memberitahu Halim mereka pernah melihat Halimah bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak diendahkan Halim.
Pada suatu hari, kereta yang dipandu Halim rosak dan beliau terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil sebuah lagi keretanya.
Di rumah, Halim terkejut besar melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang. Dengan segala kudrat, Halim mengejar lelaki itu dan berjaya menangkapnya.

Meningkat
Tetapi apa yang menyedihkan, Halim mendapati isterinya berada dalam keadaan kusut dan memakai baju tidur tanpa coli di ruang tamu. Mereka berdua akhirnya bercerai.
Menurut seorang peguam syarie, Musa Awang, kes perceraian akibat isteri curang seperti yang dilalui Muhammad dan Halim itu meningkat 20 peratus setiap tahun.
“Perkara ini cukup serius terutama bagi pasangan suami isteri yang menetap di bandar besar. Saya berpendapat antara puncanya ialah isteri banyak menghabiskan masa di tempat kerja.
“Mereka kurang bersama suami dan jika ada masalah rumah tangga, mereka akan berkongsi dengan orang ketiga yang suka mengambil kesempatan,” katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun mengendalikan kes cerai di mahkamah syariah.
Beliau berpendapat, perkara-perkara itu boleh menyebabkan hubungan suami dan isteri renggang, bergaduh dan akhirnya memilih cerai sebagai jalan untuk keluar daripada konflik rumah tangga.
Musa tidak menyalahkan isteri seratus peratus. Suami juga, katanya, mungkin menjadi punca isteri curang, misalnya suami tidak menunaikan tanggungjawab zahir dan batin.
“Selain itu, suami sendiri mungkin curang terlebih dahulu hingga menyebabkan isteri beralih cinta kepada orang lain. Begitu juga jika suami berpoligami tanpa kebenaran, berperwatakan kasar dan suka memukul isteri,” terang beliau.
Musa memberitahu, dalam keadaan itu, perceraian dianggap penyelesaian terbaik.
Bagi Pengarah Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWM), Linda Jamaluddin, masalah bermula apabila si isteri mengadu kepada orang lain yang tidak berkaitan.
Katanya, wanita lebih terdorong untuk berjumpa teman sepejabat atau jiran-jiran untuk meluahkan perasaan.
Cinta sepejabat
“Daripada situlah timbul perasaan kasihan lebih-lebih lagi kawan lelaki hingga membibitkan cinta terlarang,” katanya.
Linda berpendapat kecurangan berlaku disebabkan masalah komunikasi dalam rumah tangga. Suami tidak memahami isteri dan begitulah sebaliknya. Faktor lain ialah suami tidak mahu berkongsi kerja dan tugas menguruskan rumah tangga.
“Kesilapan paling utama adalah apabila suami atau isteri berkongsi masalah rumah tangga dengan orang lain hingga menimbulkan masalah lain khususnya curang,” hujah beliau.
Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali memberitahu, kecurangan merupakan salah satu punca perceraian di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan angka yang tepat berhubung kes cerai yang melibatkan isteri curang.

“Kes cerai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ialah sebanyak 15 hingga 18 peratus berbanding jumlah perkahwinan yang didaftarkan setiap tahun,” katanya.
Che Mat memberitahu, faktor kewangan suami yang tidak stabil selain cabaran kehidupan di bandar besar juga boleh mengakibatkan isteri curang.
“Dahulu, rata-rata isteri menjadi suri rumah tetapi kini kebanyakan mereka bekerja. Pergaulan di pejabat juga menjadi sebab isteri bermain kayu tiga selain waktu yang singkat bersama suami sendiri.
“Lagipun tempoh perkahwinan selama satu hingga lima tahun merupakan tempoh yang kritikal dan pasangan suami isteri yang dapat menghadapinya dengan baik mungkin perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.
Pakar psikologi, Dr. Suradi Salim pula berpandangan manusia sebenarnya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
“Manusia bukan malaikat. Seperti curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukannya,” katanya. Namun, menurut Suradi lelaki lebih cenderung bersikap curang kerana sikap ego mereka.
“Wanita dikenali dengan kesetiaan tetapi lebih berbahaya kerana mereka bijak menyimpan kecurangan mereka,” terang beliau.
(Rencana ini dipetik daripada Kosmo Online)
Ulasan :
Kalau suami dah terpaksa bertugas berjauhan dengan isteri selama bertahun-tahun, agaknya apakah perasaan isteri YE? Mungkin mereka kesepian, stress, terasa seperti diri mereka janda atau balu yang kematian suami dan mungkinkah mereka juga boleh terjebak dengan perkara yang dipaparkan dalam rencana di atas. Mencari teman untuk meluahkan perasaan. Jika berlaku, siapa yang boleh dipersalahkan??????
Apakah kita tiada dasar tertentu untuk mengatasi masalah ini? Apakah kita tiada kaedah atau mekanisma yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Atau kita hanya BERI ALASAN..... PENGORBANAN!!!!!
saya masih ingat ucapan Mantan PAT kita yang lalu Tan Sri Datuk Seri Zahidi Zainuddin yang mengingatkan pegawai dan anggota agar berada bersama keluarga sentiasa. Beliau juga mengingatkan para CO agar memastikan anggota bawahan tidak dipostingkan berjauhan dengan keluarga dan sekiranya berlaku dia mengarahkan CO dan mereka yang terlibat agar dapat berusaha untuk membawa keluarga masing-masing...... Kita macam mana...????? BERKORBAN LAH BEB... BIARKAN DIRI KITA DIKORBANKAN....
About Me
Minda Mejar Zainal
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
Jaringan Islam
Blog Archive
Labels
- A (1)
PENGHULU SKOT79
- TP3 : Kapt Hj Mohd Khairi bin Awang
- TP2 : Kapt Mohd Sakri Yusop
- TP1 : Kapt Hafidi Hussin
Cuba Tengok
Pages
Powered by Blogger.