Pengarah KAGAT melawat TLDM LUMUT

majlis diolog bersama pengarah KAGAT yang baru, Brig Jen Hj kamarudin bin Mamat telah diadakan di dewan PPI masjid An Nur Lumut. Seramai 31 orang pegawai serta anggota KAGAT Lumut mengikuti program yang amat bermakna dan bersejarah ini. Tahniah kami ucapkan kepada pengarah kerana bekerja keras untuk membawa dan mengekalkan KAGAT ke mercu kegemilangan.

Al Fatihah

baru sekejap tadi dapat berita Ayah Kapten Zainal Azira telah kembali ke rahmatullah jam 1910 di rumahnya di Taman intan. malam ini akan di bawa kw Jengka dan akan di kebumikan di sana. Minggu Lepas Kakak kepada Kapten Zainal Abidin telah kembali kerahmatullah di Hospital Universiti Sains malaysia kerana serangan barah. Al Fatihah bagi kedua ahli keluarga Skot79 kita.

Selamat Menyambung Ulang Tahun ke 10

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 10 PERKHIDMATAN SKOT79.
SEMOGA SKOT79 TERUS MAJU, DIMURAHKAN REZKI, BERTAMBAH IMAN, BADAN SIHAT SERTA IKHLAS KERJA WALAUPUN PANGKAT AGAK SLOW. HIDUP SKOT79.

Assalamualaikum skot Semua

Berita baik bagi mereka yang ingin membina blog tetapi malas untuk mengupdatekan blog mereka. dapatkan....maklumat secara percuma melalui link di bawah....

Hidup blogger

http://www.rahsiaautoblog.com/index.php?ref=mrzainal

Tahniah

Skot 79 mengucapkan tahniah kepada Tok Penghulu Skot79 yang telah mendapat cahaya mata yang ke lima pada minggu lepas. Semoga terus menambahkan bilangan umat Muhammad saw. Insya Allah.

Bila Ulama Terperangkap Dalam Kerangka Jumud

Kejatuhan Khilafah Othmaniah ditangan Mustaffa kamal Antartuk merupakan salah satu malapetaka terbesar bagi umat Islam. Kejatuhan itu bukan hanya beerti kejatuhan sebuah pemerintahan bahkan ianya juga membawa erti kejatuhan pemikiran yang mengaplikasikan robeknya sebuah kesepakatan dan kemuafakatan seagama.kebanyakan Umat Islam membawa haluan dalam kelompok masing-masing.

percambahan pemikiran seolah-olah telah mati. para ulamak lebih suka membicarakan serta membahas hukum-hukum Feqah yang telah dikaji oleh ulamak silam tanpa berusaha menyesuaikan dengan keperluan feqah setempat dan sezaman. Taklid membuta tuli sudah menjadi seolah-olah rukun dalam agama. Jikapun ada pembaharuan yang cuba dibawa oleh sekelompok ulama, mereka akan diserang habis habisan serta dilabel sebagai kaum muda, penganut wahabism, sesat dan sebagainya.Pintu ijtihad seolah-olah dikunci serapat-rapatnya. Proses pemikiran hanya ditumpukan kepada menegakkan hujjah bagi membuktikan pegangan yang dianutinya adalah yang paling betul dan murni tanpa merujuk kepada adabul ikhtilaf.

sayang sekali, ramai ahli agama yang tersesat dalam lavel serta sudut yang sama sedangkan mereka merasakan bahawa mereka telah sampai ke level yang teratas.Pendapat dan hujah Mereka yang telah sampai Ditingkatan lebih atas tidak mampu difahami kerana mereka terlindung oleh dinding kejumudan dan taklid buta. hujah 'guru' mereka seolah-olah sama taraf dengan al Quran dan Al hadis yang tidak boleh dipertikaikan sedangkan hanya dua rujukan ini sahajalah yang tidak boleh dipertikaikan sebaliknya ianya hendaklah dikaji dan diteliti rahsia serta maksud yang tersirat.

paling malang bila ulama telah terkepung dalam penyakit kemerosotan intelek maka mereka yang bukan mempunyai asas agama serta tidak mempunyai otoriti (yang tidak ada asas pengajian agama meliputi pengajian Al Quran, Al hadis samada seca foremal atau informal ) mengambil tempat membahaskan persoalan agama sehinggakan kepada persoalan yang komplik. jadilah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW " ... maka mengambillah manusia itu ketua dari kalangan mereka yang tidak berilmu , ia akan ditanya dengan sesuatu persoalan maka ia akan memberi jawapan yang tidak berasaskan kepada ilmu pengetahuan maka jadilah ia seorang yang sesat lagi menyesatkan"

Mana Perginya Skot79

Cuaca kat Genting malam ini agak sejuk. Skot kita .. Kapt Zainal, Kapt Samsul Arianas dan Kapt Hanafiah terlibat dengan Tim Penulisan CBQ T2. Kapt Hanafiah terlibat dengan multaqa CBQ. Sekejap tadi baru lepas dengar ucaptama dari Kol Ku. walaupun ringkas namun banyak pengajaran yang dapat diambil. Antaranya, kerja dengan ikhlas, komitmen pada kerja dan yakinlah segala sesuatu itu ditentukan oleh tuhan.

balik ke bilik cuba buka komputer Alhamdulillah ada line dapatlah hantar post terbaru buat Skot79. Paling seronok dapat postkan ebook yang client pesan. Okey skot semua... Apa khabar kalian. Mana butiran dan gambar terkini. Kawe nak buat album Skot79 ni. Akhir kata salam ukhuwah dari penyelaras blog Skot 79. Buat Wadid dan Osman. Tahniah diatas pemakaian pangkat Mej. Sekian wassalam.