Takziah Daripada Skot79

Skot79 merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berbahagia Pengarah KAGAT diatas kembalinya ibu mertua beliau pada malam semalam. Jenazah selamat di semadikan selepas Jumaat petang tadi. Al Fatihah.

Skot 79 Kembali Menggegar

Salam persaudaraan buat Skot79


Sudah lama Blog Skot79 tidak di update. Bukannya merajuk atau hilang semangat sebaliknya, kerana kesuntukan masa dan keadaan yang tidak berapa mengizinkan. Walau apapun, Skot 79 sentiasa bersemangat untuk menyumbangkan bakti kepada kor dan perkhidmatan semata-mata kerana Allah. Di kesempatan ini juga Skot79 ingin mengucapkan tahniah kepada warga Skot yang mendapat anugerah samada berbentuk Quantiti atau Qualiti.

Skot 79 ingin merakamkan ucapan selamat berjuang kepada Mej Zainal Azira (Tok Wali) yang sekarang sedang berada di Afghanistan menggantikan Mej Hasbullah dan Mej Hj Tabizi (Tok Hafiz) serta Mej Syamsul Arianas yang berada di Lebanon. Dua orang skot79 ini adalah lambang kekuatan Skot79. Apa tidaknya, ramai lagi senior yang belum merasai berkhidmat di luar Negara , tetapi pucuk pimpinan tetap memilih Skot79. Itulah lambangnya kehebatan Skot79 dan bukti nyata terhadap kemampuan Skot79 untuk menerajui KAGAT di masa hadapan. Syabas Skot79.

Bagi yang gugur di tengah jalan tu…. Mej Azlisham (Medical), Mej Sakri (Medical) Mej Wadid ( Medical) anda semua tetap hebat. Kerana apa? Kerana anda telah menyahut cabaran untuk berjuang dan anda telah pergi melapor diri tetapi keadaan tidak mengizinkan maka anda di hantar pulang. Itu hebatnya Skot 79. Berani menyahut cabaran walauoun nyawa jadi taruhan. Mengikut maklumat yang di terima, Mej Sakri telah merayu-rayu untuk pergi berjuang tetapi Dr tidak membenarkan manakala Mej Wadid pula, telah melakukan latihan yang menyebabkan peluhnya keluar seperti percikan embun di pagi hari semata-mata untuk melayakan diri menyertai misi tetapi tersangkut dek tekanan darah yang terlalu laju mengatasi lajunya peluh. Itulah gambaran kehebatan dua orang skot kita, sanggup menggadai nyawa biarpun elaun yang ditawarkan tidak memadai.

Tidak lupa juga ucapan Selamat pulang kepada Skot yang telah menyelesaikan misi mereka bersana PBB stakat ini yang telah selamat pulang adalah Mej Hasbullah (Pak Lah) yang telah melaksanakan misi ke Afghanistan dan Mej Zul (Misi ke Lebanon). Pak Lah setakat ini telah menyertai 2 Misi antara bangsa. Pertamanya ke Timor Leste dan kedua ke Afghanistan. Kedua-dua misi ini bukannya mudah. Nyawa menjadi taruhan namun dek kekuatan diri Skot kita tetap mampu menggalas cabaran yang diamanahkan. Syabas Skot 79.

Skot79 Kembali Menggegar

KAKI AMPU YANG MUNAFIK

Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat.

Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya.

Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan."

Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."


MORAL & IKTIBAR

  • Seorang pemimpin yang benar-benar sedar tentang peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sentiasa berusaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Mereka bersedia menerima teguran membina daripada rakyat-rakyat dan orang bawahannya meskipun pahit didengar. Sebaliknya mereka benci kepada orang-orang yang suka mengampu dan memujinya tanpa hak.
  • Mereka yang Allah kehendaki menjadi manusia yang baik rela mendengar pendapat dan kritikan orang lain terhadapnya.
  • Bertuahlah sesebuah negara yang mempunyai umara' (raja) yang menghampiri ulama' dan binasalah sesebuah negara yang mana ulama'nya suka menghampiri umara'.
  • Kata-kata yang ikhlas disukai Allah meskipun dibenci oleh semua manusia. Sebaliknya kata-kata yang tidak ikhlas dibenci Allah meskipun digemari oleh semua lapisan manusia.
  • Carilah keredhaan Allah meskipun terpaksa berdepan dengan onak dan duri.
  • Kebaikan sejati ialah berani berkata benar di depan pemerintah yang zalim.
  • Pemerintah yang zalim suka mempunyai penasihat-penasihat yang berkata manis kepada dirinya walaupun tidak benar.
  • Jauhi sifat munafik kerana ia ibarat musang berbulu ayam. Membiarkan si munafik bermaharajalela seolah-olah merosakkan keseluruhan mukabumi Allah ini dengan noda dan dosa.
  • Allah membenci orang yang munafik. Oleh sebab itulah kedudukan orang munafik adalah paling hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya tetapi si-munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu adalah salah. Justeru, Allah meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah.
ingatlah wahai sahabatku....Jangan jadi pak turut sehingga menggelapkan kebenaran yang sepatutnya diperjuangkan.

Tahniah

Sekalung tahniah Skot79 ucapkan kepada Lt Kol Dr Burhanudin diatas pemakaian pangkat Lt Kol. Semoga Dr Bob akan terus menyumbangkan idea untuk kemajuan ATM.

Calon Utama Skot79 Ke Afghanistan Kemalangan

Sekalung doa semoga lekas sembuh buat warga Skot79 iaitu Mej Riduan Hussin (Duen Mat Bulat) , kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya pada pagi ini. Beliau mengalami patah tulang bahu dan sekarang sedang berusaha mendapatkan rawatan daripada pakar homeopathi.

Luncuran Boieng

Perintah ulung pengarah KAGAT ke 5, rasanya dah lebih 10 kali saya membacanya. bukan tak faham, sebaliknya cuba melihat kepada realiti sebenar untuk melaksanakan.





Jika diamati dengan sebaiknya, Perintah Ulung itu merupakan projek Mega yang berbahagia Pengarah KAGAT untuk melonjakkan KAGAT dipuncak kegemilangan. Meminjam kata pengarah " kita akan luncurkan" maka saya teringat kepada pesawat Boieng. ini kerana dalam bahasa indonesia, pelepasan pesawat biasanya digunakan istelah Peluncuran pesawat.





Menyebut soal boieng, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kilang Boieng yang dibina pada tahun 1916 itu mempunyai kaitan rapat dengan sejarah ketenteraan. nama Boieng diambil sempena nama pengasasnya iaitu Willian E Boieng. jika kita ingin membicarakan tentang apa yang menarik tentang William E Boing ini mungkin kita memerlukan satu seminar khas. Walau bagaimanapun cukuplah saya nukilkan kata-kata beliau yang boleh kita jadikan sebagai motivasi untuk kita terus berkhidmat menyumbangkan tenaga bagi agama, kor dan organisasi. kata anak kelahiran Jerman ini "Now I would say that people want to ride in airplanes more and more each day -- and I shall go so far as to say they will someday regard airplane travel to be as commonplace and incidental as train travel... We are trustees of a veritable revolution that is taking place once more in the economic, social, and political fabric with the advent of this new speed medium." rasanya kata-kata itu boleh diterjemahkan kepada kehendak orang ramai kepada perkhidmatan kor kita.





Bila membicarakan soal kapal terbang eloklah kita cuba berfikir secara kritis. Sesebuah kapal terbang digerakkan dengan dua engine. orang yang menggerakkan kapal terbang itu dinamakan pilot. pilot tidak bekerja sendirian sebaliknya dia bekerja dengan beratus-ratus orang lain yang mungkin dia tidak nampak bahkan mungkin juga berlaku situasi yang mana dia sendiri tidak pernah perasan tentang hal itu. Seorang pilot yang bijak akan melihat keadaan itu dengan teliti dan peka dengan situasi semasa yang berlaku.





Pilot mempunyai pilihan untuk menggerakkan kapal terbang itu kemana saja beliau suka. Beliau mampu membuat apa saja keputusan yang boleh membawa manafaat atau mudharat kepada sesebuah kapal terbang yang beliau terajui. Meskipun ada lembaga yang bertindak mengawal situasi daripada disalah gunakan namun, pilot boleh bertindak sendirian. Bila keadaan ini berlaku maka pada masa itu, pilot telah melakukan satu kesalahan besar kerana membahayakan masa depan penumpang yang beliau bawa. Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan :









  • Kapal Terbang Jatuh



  • Kapal Terbang Ditembak Jatuh Oleh Pihak Tentera



  • Berlaku Rampasan Kuasa , sama ada oleh Pilot lain yang mempunyai pengalaman dan peluang atau oleh Co Pilot.



  • Pilot Diarahkan Berhenti



  • Pilot Ditukarkan Ke Jawatan Lain






habis Soal pilot:




Keduanya soal engine. Kapal terbang Boieng digerakkan oleh dua engine. Jika kedua-dua engine ini berfungsi dengan baik maka insya Allah, kapal terbang itu dapat terbang dengan baik. Jika tidak maka kapal terbang itu mungkin tidak dapat terbang dengan baik. Mungkin juga tidak dapat terbangpun cuma hanya memanaskan engine di Lapangan Terbang sahaja. bagi penumpang bodoh, mungkin beliau merasakan bahawa kapal terbang itu telah berlepas diudara dengan selamatnya. bagi penumpang yang bijak, mereka akan menilai dan membuat ukuran terhadap pencapaian kapal terbang yang beliau naiki itu. Jika situasi ini berlaku maka OWNWER syarikat penerbangan itu mesti membuat keputusan sama ada :







  • Merehatkan Engine itu dan ditukarkan dengan engine baru



  • Membaiki Engine yang rosak dan terus kekalkannya



  • Upgrade engine itu. bagi kuasa kepadanya. Woooooiiiiiiiiiiiiiiii Brother! Engine Boieng bukannya 70 cc la. Kapcai bolehlah. 650CC pun hanya boleh gerakkan kancil sahaja.



  • Tubuhkan suruhan jaya menyiasat bagaimana engin 70 CC boleh berada di pesawat Boieng. Adakah keputusan lembaga syarikat, kehendak CO bahagian tertentu dalam organisasi ataupun terdapat konspirasi tertentu.






Bagi penumpang, mereka sepatutnya mesti peka dengan segala situasi yang berlaku. jangan rasa selamat sentiasa. Mesti tahu kemana arah pilot dan ko pilot nak bawa saudara. mesti tahu kemampuan engine pesawat kerana takut nanti kita TERLEPAS JATUH hanya dilandasan. Belum lagi terbang...... HE.....HE......He.




LAWAK BODOH PAGI SABTU.

Amanah Dalam Memimpin Organisasi

Allah S.W.T. dalam al-Quran dengan jelas berfirman, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)" (An-Nisa': 58). Dalam konteks ayat ini boleh juga dimaksudkan kepada individu yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah organisasi. Amanah ini hendaklah diserah kepada seseorang yang berhak dan berkelayakan. Maju mundur sesebuah organisasi bermula dengan mutu kepimpinan yang dilantik. Kegagalan dalam proses perlantikan kepada yang layak akan memberi kesan yang malap kepada organisasi. Justeru itu terdapat beberapa kaedah dari sudut sistem untuk memilik seseorang untuk menerajui sesebuah organisasi. Di antaranya ialah melalui jawatankuasa hal mencari (search committee). Jawatankuasa ini hendaklah di anggotai oleh ahli-ahli yang berakhlak dan berkelayakan. Jika tidak ia nampak cantik dari segi proses tetapi gagal memenuhi semangat dan tujuan jawatankuasa diwujudkan.
Pemimpin yang dipilih seharusnya menganggap peluang untuk memimpin sesebuah organisasi itu sebagai satu amanah untuk menerajui organisasi tersebut mencapai ke tahap yang paling cemerlang. Justeru itu pemimpin harus memiliki wawasan yang jauh, bersikap dinamik dan sentiasa berusaha memajukan organisasi. Kejujuran dan keikhlasan pemimpin dengan amanah tersebut adalah asas penting. Pemimpin yang jujur akan mengorbankan tenaganya untuk memperbaiki prestasi organisasi secara berterusan. Ia bukan sekadar menjaga status quo prestasi organisasi tetapi disebaliknya berusaha untuk berterusan membuat pembaharuan ke arah kebaikan.
Kegagalan sesebuah organisasi berprestasi dengan cemerlang, kebanyakan disebabkan oleh pemimpin yang tidak jujur, yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan organisasi. Sikap negatif yang demikian banyak menimbulkan gejala kepada prestasi organisasi. Masyarakat tidak boleh membendung pemilihan pemimpin organisasi yang bermasalah. Bahkan usaha mempertahankan pemimpin yang tidak beramanah adalah kesilapan yang besar mengikut Islam.
Disamping itu kegagalan organisasi mungkin disebabkan pemilihan pemimpin yang tidak berkelayakan dan berpengalaman. Kelayakan bersandarkan kebolehan seseorang pemimpin menjayakan matlamat yang telah digariskan untuk organisasi. Pengalaman adalah pendedahan yang pernah dilalui oleh seseorang dalam tugasan yang berkaitan.
Pemimpin harus mempunyai anggapan bahawa mutu penghasilan organisasi adalah sebagai nilai positif yang mampu sentiasa dimajukan. Pandangan tersebut memerlukan kepada usaha mewujudkan satu budaya - iaitu aliran pemikiran, perasaan dan cara bekerja dalam sesebuah organisasi tersebut semoga mempertingkatkan mutu prestasi adalah usaha yang berterusan untuk ke semua lapisan pekerja. Amalan yang maju ini perlu dijadikan budaya dalam organisasi.
Untuk mewujudkan budaya tersebut tidak memadai pemimpin mempunyai sikap positif terhadap mutu tetapi sekaligus ia memerlukan kepada kemampuan memimpin secara kreatif dan inovatif semoga tuntutan positif terhadap mutu dapat diterjemahkan menjadi satu budaya yang sihat dalam organisasi tersebut. Kesemua lapisan warga organisasi perlu digembeling untuk menyumbang ditahap tertinggi dan sekaligus mampu berurusan sesama individu secara muafakat. Kecapaian ini bukannya mudah, bahkan ia memerlukan kebolehan pemimpin dengan seni kepimpinannya yang luara biasa.
Pemimpin juga seharusnya bersikap positif terhadap kebajikan kepada ke semua lapisan pekerja. Mementing kebajikan pekerja adalah satu ciri yang akan membawa kepada prestasi kejayaan organisasi tersebut. Pekerja adalah pelaksana kerja organisasi. Jika semangat bekerja di kalangan pekerja menurun sudah pasti prestasi yang bermutu sukar dapat dihasilkan oleh pekerja. Faktor kebajikan pekerja mesti mendapat pembelaan yang baik kerana kejayaan organisasi mampu dicapai oleh kemampuan memartabatkan kebajikan pekerja dan bukan faktor kemajuan teknologi sahaja. Bahkan tidak akan terdapat kemajuan teknologi tanpa penyelesaian persoalan kebajikan pekerja.
Tepat dengan maksud tersebut perancangan yang syumul dan rapi dalam latihan warga organisasi perlu dibangunkan dengan secara berkesan. Kebajikan kepada pekerja yang utama ialah kemampuan kepimpinan organisasi secara berterusan meningkat kemampuan prestasi keseluruh warga organisasi. Setiap individu pekerja mahu meningkat dalam kedudukan kerjayanya. Kebajikan pekerjaan dengan kata lain ialah kemampuan pemimpin memajukan kerjaya setiap warga organisasi.
Islam melihat golongan pekerja sebagai saudara dan rakan kongsi kepada majikan dan barisan pemimpin. Oleh itu gabungan yang padu perlu dipereratkan dengan memberi penekanan kepada kebajikan yang hak kepada golongan pekerja oleh majikan dan pimpinan organisasi.
Dalam usaha meningkat mutu prestasi organisasi, pemimpin juga semestinya memiliki pandangan dan wawasan yang jauh. Pemimpin sepatutnya mampu mengariskan arah tuju organisasi tersebut semoga dapat berperanan secara sesuai dan berkesan dengan perubahan suasana yang makin mencabar. Kejayaan ini memerlukan kepada penguasaan kefahaman kepada keadaan semasa dan bersikap (futuristic ) kehadapan kepada apa yang jangka berlaku pada aktiviti organisasi masa hadapan.
Pemimpin organisasi dengan itu perlu memahami pergolakan politik, ekonomi, budaya hidup masyarakat dan hasrat negara untuk berperanan secara berkesan. Dalam suasana semasa yang kerap berubah, seseorang pemimpin tidak hanya mencukupi menguasai kemahiran profesional sahaja, ia seharusnya juga dapat menghayati harapan kepada apa bentuk perubahan yang akan berlaku.
Kejayaan yang perlu diterokai oleh sesebuah organisasi dalam negara khususnya organisasi perniagaan sepatutnya berbentuk kejayaan jangka panjang. Dalam era kesejagatan sekarang, kejayaan jangka panjang biasanya bergantung kepada kemampuan meluaskan penguasaan pasaran, termasuk pasaran antarabangsa. Dalam menghadapi persaingan antarabangsa mutu kepimpinan yang cemerlang mampu menerajui organisasi bersaing dengan organisasi antarabangsa. Pentas antarabangsa sepatutnya menjadi ukuran kepada kejayaan kepimpinan seseorang individu.
Di samping memiliki wawasan dan matlamat yang bertaraf sejagat, mutu kepimpinan dapat dinilai dan ditentukan kepada kemampuan pemimpin terbabit menterjemahkan wawasan organisasi kepada bentuk program dan kegiatan semoga hasil barangan dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Banyak organisasi tidak beroperasi secara berkesan kerana kegagalan dan ketidakmampuan pemimpin organisasi tersebut menterjemah wawasan organisasi dalam bentuk aktiviti dan kegiatan atau jenis pengeluaran menepati hasrat organisasi tersebut. Pemimpin yang berjaya adalah mereka yang bersikap kreatif dan inovatif serta berkeinginan berusaha semoga organisasi tersebut sentiasa berada dibarisan hadapan dan mempengaruhi suasana pasaran.
Peningkatan mutu kepimpinan organisasi bagi Islam ialah untuk meningkat prestasi organisasi. Sekaligus ia juga meningkat kebajikan pekerja dan seterusnya masyarakat. Pemimpin sesebuah organisasi dengan itu sentiasa perlu berusaha meningkat prestasi organisasi yang dipimpinnya. Kejayaan sesebuah organisasi merupakan kejayaan sesebuah masyarakat. Pada masa kini pada lazimnya tugasan dilaksana melalui organisasi. Justeru itu, Nabi S.A.W. memperingatkan umatnya tentang amanah kepada memimpin dengan sabda baginda, yang dilapor oleh Ibn Umar yang bermaksud "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap mereka yang berada di bawah kepimpinan kamu."

Rencana ini adalah hasil tulisan Nik Mustapha Bin Nik Hassan, Timbalan Ketua Pengarah IKIM yang disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 08/04/2009