Salam 79

Assalamualaikum Skot79.
lama tak dengar berita skot-skot semua. apa perkembangan terkini pun banyak yang tak diketahui. cuma untuk makluman Skot79 semua....
sahabat kita Hj Tabizi(Tirmizi) dah pakai Mejar... Kapten hasbullah Donna dah melapor ke 10 Bgd PARA. Tok Penghulu kita dah balik dari belayar. Sekarang ni cuma belayar kat rumah aje lah. Minggu lepas Lt Kol Hj Jaafar dan Mej Rashidi datang ke KD Pelandok untuk Pemeriksaan Tadbir. Alhamdulillah... banyak yang dapat dipelajari dari mereka berdua. kapten Rahim macam biasa tak berhenti bercakap... tu dok tension bini kat Labuan. Baru dia tahu seksanya berjauhan daripada keluarga. bagi mereka yang terpilih untuk berkhidmat dengan tabung Haji ke Mekah.. Penerbangan pertama akan berlepas pada 24 hb ni. Esok. Skot kita tak ada pun yang terpilih Skot junior dari kita ada yang terpilih. Kenapa Skot kita tak terpilih seorang pun.. tak tahulah. Mungkin Skot kita hebat-hebat kot atau Skot kita tak layak. Wallahu a'lam. Yang pasti ada yang diberi rezeki oleh Allah... Baru balik dari Luar negara teruis dapat pergi Haji pulak.. Itulah rezki namanya. Apa pun segalanya akan dihitung balik oleh Allah diakhirat nanti.

Sebagai penutup nya kawe mendoakan agar Skot yang belum tercalon untuk pakai Mek akan dipermudahkan dan dipercepatkan ioleh Allah. Insya Allah.. Skot kita akan terus maju dalam segala bidang
Sekian Salam Skot79

Selamat Menjalani Ibadat Puasa

Meskipun puasa tinggal hanya beberapa hari lagi, kami tidak lupa mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa dan Selamat Mengjar lailatul Qadar. Seronoknya, semalam baca satu artikel yang mengatakan lailatul qadar sebenarnya sudah tidak ada. maksudnya, pencarian lailatul Qadar pada 10 Mlam terakhir Ramadhan adalah perbuatan sia-sia.

ya, ini adalah pendapat karut dari kumpulan anti hadis walaubagaimanapun, diharapkan agar skot79 dapat meneliti dalil-dalil yang dibawakan oleh mereka bagi tujuan menambahkan pengetahuan dan persiapan berhujjah.

tak lupa juga nak maklumkan bahawa Tok penghulu kita sudah selesai dari projek pelayarannya. Sekarang dah berada di atas darat dan mungkin belayar atas katil kot.

Apapun Selamat mengjar Lailatul Qadar. Salam Ramadhan dari Skot79.

Diskusi Ilmiah Bersama TPO

Timbalan Pengarah Operasi KAGAT Kol Hj Nawawi bin Hj daud telah mengadakan Diskusi Ilmiah bersama warga TLDM Lumut pada 14 Ogos 2009 bertempat di Masjid An Nur Lumut. Sebelum itu, TPO telah mengadakan perjumpaan bersama warga KAGAT TLDM Lumut.

Tahniah Atas Kelahiran Anak

Skot79 mengucapkan tahniah buat Kapten Mohd Zaman diatas kelahiran cahaya matanya yang ke5. Semoga tereus produktif bagi menambahkan bilangan umat nabi Muhammad saw di muka bumi ini. Semoga anak yang dilahirkan itu bakal menjadi pejuang sebagaimana bapanya. Amin

Pelayaran Tunas Samudera (1)

11 Jul 09

KLD Tunas Samudera telah memulakan pelayaran menuju ke Sulawesi Utara, Indonesia bagi menyertai upacara dunia iaitu Sail Bunaken 2009 pada jam tepat 0930 dari jeti Tambatan Pangkalan Lumut. Jadual masa pelayaran sepatutnya pada jam 0900, tetapi terpaksa dilewatkan setengah jam untuk member laluan kepada DYMM seri Paduka Yang Dipetuan Agong yang telah berangkat tiba ke pangkalan TLDM Lumut bagi menyempunakan Upacara Pengtauliahan Pegawai Kadet TLDM di KD Pelandok. Pelayaran telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama yang telah ditumpangkan ke KLD Tunas Samudera sempena Pelayaran ini. Bacaan doa memohon keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kapal dan memohon agar dipermudahkan segala urusan pergi dan balik serta dijauhi daripada segala perkara yang tidak diingini. Kandungan doa juga tidak lupa memohon kesejahteraan, kesihatan berpanjangan dan pemeliharaan Allah Taala kepada anak-anak dan isteri-isteri yang telah ditinggalkan di sepanjang pelayaran ini.

Keadaan laut agak bergelora, cuaca agak panas, matahari tepat di atas kepala, pening sudah mula terasa, tekak telah mula meloya di saat itulah azan dikumandangkan dengan penuh semangat oleh anak kapal yang bertugas. Solat zohor secara jamak dan qosar dilaksanakan berjamaah dalam keadaan duduk. Bahang panas amat terasa ditambah lagi dengan ulikan kapal ke kiri dan kanan lantaran hentaman ombak yang tidak menentu. Semangat juang dan jati diri anak-anak kapal yang tinggi bisa mengalahkan segala mehnah dan cabaran. Gurauan ombak masih dengan egonya dibawa hingga petang. Azan tetap dikumandangkan oleh anak kapal bertugas menunjukkan waktu maghrib menjenguk kami. Solat maghrib dan isya’ dilaksanakan diikuti solat hajat bagi memohon bantuan Ilahi. Kekuatan fizikal anak-anak kapal tiada tandingan, kekuatan rohani perlu diseimbangkan, lantaran itu Pegawai Memerintah meminta pegawai agama merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan merangkumi kuliah-kuliah agama selepas solat, kelas fardhu ain dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran serta kelas bimbingan bagi anggota yang kurang mahir berkaitan bacaan al-Quran. Tazkirah ringkas telah diadakan diikuti bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Kandungan tazkirah adalah menghuraikan hadis nabi s.a.w. “ Sembahyang itu adalah tiang agama, sesiapa yang menunaikan solat beerti telah menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkan solat beerti telah meruntuhkan agamanya”. Anak-anak kapal telah diseru agar tidak meninggalkan solat bagi memastikan jati diri dan keimanan mereka kukuh dan menghalang unsur-unsur yang tidak sihat meresapi dan mempengaruhi jiwa dan kehidupan mereka.

Pengarah KAGAT melawat TLDM LUMUT

majlis diolog bersama pengarah KAGAT yang baru, Brig Jen Hj kamarudin bin Mamat telah diadakan di dewan PPI masjid An Nur Lumut. Seramai 31 orang pegawai serta anggota KAGAT Lumut mengikuti program yang amat bermakna dan bersejarah ini. Tahniah kami ucapkan kepada pengarah kerana bekerja keras untuk membawa dan mengekalkan KAGAT ke mercu kegemilangan.

Al Fatihah

baru sekejap tadi dapat berita Ayah Kapten Zainal Azira telah kembali ke rahmatullah jam 1910 di rumahnya di Taman intan. malam ini akan di bawa kw Jengka dan akan di kebumikan di sana. Minggu Lepas Kakak kepada Kapten Zainal Abidin telah kembali kerahmatullah di Hospital Universiti Sains malaysia kerana serangan barah. Al Fatihah bagi kedua ahli keluarga Skot79 kita.