KAGAT SELEPAS 7 TAHUN

16 April 2011 yang lalu, maka genaplah sudah usia KAGAT memasuki tahun ke 26 kewujudannya. Setahun melepasi kiraan jubli perak. 7 tahun lagi KAGAT kan berusia 33 tahun. kalau dinisbahkan kepada manusia, usia 33 tahun, kebiasaannya manusia itu sudah beranak pinak. bagi KAGAT, usia 33 tahun nanti bagaimanakah keadaannya?

Berdasarkan sunnah alam, apa yang akan berlaku 7 tahun lagi sebenarnya telah dicorakkan dengan keputusan yang diambil pada hari ini. Jika kita ingin melahirkan pemimpin yang unggul pada tahun 2018 , maka pada hari ini kita sepatutnya telah mengisi calon yang dipilih ke dalam acuannya. Jika pada hari ini kita baru mula membina acuan maka sebenarnya kita sudah agak ketinggalan.

Persoalan membina calon pemimpin unggul perlu diberi perhatian yang agak serius. Ini kebanyakkan pemimpin gagal untuk membentuk calon-calon pengganti yang bakal mewarisi keunggulan kepimpinan mereka. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kearah berlakunya fenomena tersebut. Antaranya adalah disebabkan kelemahan yang wujud didalam diri pemimpin itu sendiri. Dengan kata lain mereka sememangnya gagal untuk membentuk pewaris yang bakal mewarisi kepimpinan mereka. Keduanya adalah kerana pemimpin itu ingin menjaga keunggulan nama mereka. Atau dengan kata lain, mereka sengaja tidak mahu ingin membentuk pemimpin warisan mereka yang mempunyai sifat unggul semata-mata kerana ingin memastikan keunggulan legasi pemerintahan mereka tidak dicabar oleh pemimpin lain. Mereka sebenarnya tidak mahu dicabar oleh pemimpin pengganti....

Okeylah skot. Ngantuk. nanti sambung lagi. ....

Farudduhu Ilallahi

Isu pengarah KAGAT masih menjadi bahan bualan dikalangan warga Kagat khususnya bahkan warga ATM amnya. bagi skot79, persoalan ini rasanya malas untuk dibicarakan namun dek kerana tujahan pertanyaan daripada skot-skot yang berada jauh dari DZ maka skot79 mengambil keputusan untuk membicarakan dengan sebaik mungkin serta berpandukan fikiran yang rasional.

Isu siapa pengarah sudah tidak timbul lagi. Ini berikutan keputusan yang telah dikeluarkan oleh MAT yang melantik Brigedier Jeneral Hj Mustafa sebagai pengarah KAGAT yang ke lima. Keputusan MAT adalah muktamad. Kita tahu siapa yang mempengerusikan majlis itu dan kita juga sedia maklum akan ahli-ahli yang terlibat dalam membuat keputusan. mereka itu bukannya individu-individu kecil. Mereka adalah individu yang mempunyai kuasa membuat keputusan dalam ATM. Mereka itu jugalah yang dulunya telah membuat keputusan melantik Bgd Jen Dato Kamaruddin sebagai Pengarah KAGAT yang ke empat. Bila mereka melantik Bgd Jen Hj Mustafa sebagai pengarah KAGAT yang kelima maka sudah tentu ada sebab musabab yang tertentu. Kita jangan fikir keputusan yang dibuat oleh MAT itu secara main-main. Setiap keputusan yang dibuat oleh MAt dibahaskan dan dikaji oleh ahli-ahli yang terlibat.

Sekarang berbalik kepada soal diri kita. Sebagai pegawai KAGAT yang mendapat pendidikan di peringkat universiti maka sewajibnya kita berfikiran cara universiti. Lain lah kalau sijil yang diperolehi itu berdasarkan kaedah kipas pensyarah maka output dari pemikiranpun akan berdasarkan cara untuk mengipas. Lebih dahsyat lagi kalau sijil tu melalui jalan yang salah maka pola pemikiranpun akan salah jugalah. namun begitu saya pasti semua Skot79 memperolehi sijil berdasarkan usaha yang murni berpaksikan iman yang jitu. Sehubungan itu, kaedah berfikir kitapun sewajibnya diselaraskan dengan kajian dan iman yang jitu.

Cuba kita renung. Suatu waktu dahulu kita telah dimaklumkan secara tersirat atau tersurat bahawa Kol Mustafa akan menggantikan Mej Jen Dato Hj Jamil Khir sebagai pengarah Kagat yang keempat. namun begitu keputusan MAT telah melantik Kol Kamarudin sebagai pengarah KAGAT yang keempat. Maka diatas dasar iman, kita telah memberi wala' sepenuhnya untuk patuh dan taat kepada Kol Kamaruddin serta barisan kepimpinan Kagat yang telah dilantik. Kini MAT telah melantik Kol Mustafa sebagai pengarah KAGAT yang kelima. Persoalannya, mengapa kali ini timbul protes atau pertikaian seolah-olah berlaku rampasan kuasa yang mengakibatkan seolah-olahnya telah berlaku perpecahan dikalangan warga KAGAT. Mengapa kita tidak meletakkan wala sebagaimana kita telah meletakkan wala kepada Dato Din tempohari.

kita sekarang bukannya berkerja untuk individu tertentu. Kita berkerja untuk kor kita. kita berkerja untuk perkhidmatan kita, untuk ATM, untuk organisasi, untuk negara dan yang paling penting untuk pencipta dan pentadbir alam ini. Bagi Sklot 79, andaikata MAT melantik Mej Rashidi atau Mej Nadzri sebagai pengarah sekalipun maka seluruh Skot79 akan memberi wala' kepada individu yang dilantik itu. itulah uniknya Skot79. Berjuang untuk organisasi dan agama. Bukan berjuang untuk kepentingan peribadi.

Akhir kata, skot79 mengharapkan kepada individu tertentu yang terlibat baik secara langsung atau tidak agar lebih memikirkan soal organisasi melebihi kepentingan peribadi. Mahasabahlah diri. Kalau perlu menandatangani serah terima terima tugas maka lakukanlah demi KERANA Allah. Serahkanlah kepada Anggota-anggota KAGAT untuk membuat penilaian sendiri manakah satu pemimpin yang selayaknya menerajui KAGAT.