Welcome To Kelab Gay Dan Lesbian Melayu

Mungkin sesiapa yang pernah mengikuti blog ini atau baru ingin mengikutinya buat kali pertama akan terkejut dengan tajuk ini. namun begitu tajuk ini sengaja penulis gunakan bagi tujuan membincangkan sambungan dari tajuk terdahulu.

Bila disebut permasalahan Gay dan Lesbian maka apakah yang kita akan klasifikasikan golongan ini, iaitu apakah mereka tergolong dalam golongan mereka yang mengalami kecelaruan minda atau mereka yang mengalami kecelaruan jiwa. Jika kita katakan bahawa mereka itu adalah golongan yang mengalami kecelaruan minda maka kita akan dapati ramai dari kalangan gay dan lesbian itu adalah mereka yang terpelajar bahkan mereka amat mengetahui bahawa perbuatan merteka itu salah.

Jika kita katakan bahawa mereka yang mengalami masalah itu terdiri daripada golongan yang mengalami masalah jiwa maka apakah wajar kerana golongan itu mendakwa naluri yang lahir dalam diri mereka adalah datang dengan sendirinya iaitu semulajadi. sebagaimana suka, duka, sedih, gembira, sayang dan benci maka tarikan atau minat kepada sesama jenis itu datang dalam satu pakej perasaan tadi....

Persoalannya... BETUL ke?

Tujuan aku hantar posting ini bukan untuk membicarakan soal gay dan lesbian. tetapi aku ingin membicarakan soal PEMIKIRAN. Ini kerana pemikiran yang tidak betul akan menyebabkan berlakunya kecelaruan terhadap emosi dan Spritual (Iman).

Mari kita bincangkan soal pemikiran. soalannya apakah kita faham maksud pemikiran itu? Ada orang menakrifkan pemikiran sebagai satu proses yang bmenggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang di alami. Takrif ini terhasil gabungan daripada takrif pemikiran yang di buat oleh Edward De Bono, Dewey dan Al Ghazali.

jadi bagaimanakah untuk kita kaitkan persoalan pemikiran demngan KEMANAKAH ARAH KAGAT KINI? Nak tahu... Tunggu posting akan datang....

Sambungan...

Posting kedua dalam tajuk ini adalah untuk membincangkan soal pemikiran yang ada dalam organisasi kita. Ini bukanlah kajian ilmiah sebaliknya ia hanya dilihat dari pandangan penulis semata-mata. sebelum kita bicarakan soal bentuk pemikiran dalam organisasi kita eloklah kita bincangkan soal serangan terhadap pemikiran terlebih dahulu.Sebenarnya posting ni sama dengan yang aku hantar dalam blog revolusi minda...

Musuh Islam khususnya bangsa Yahudi sememangnya amat mengetahui bahawa mereka mungkin akan gagal. menguasai umat Islam melalui peperangan. Sejak zaman rasulullah saw,umat Islam sememangnya bertambah kuat apabila mereka diasak dengan tekanan dan peperangan. sejarah juga mencatatkan bahawa keruntuhan kerajaan Islam adalah berpunca daripada limpahan nikmat duniawi dan rapuhnya pegangan umat Islam khususnya para penguasa terhadap ajaran Islam.

Berdasarkan kajian secara terperinci maka musuh Islam mengalih perhatian daripada serangan melalui jalan peperangan kepada serangan melalui pemikiran. jika dikaji, ayat pertama diturunkan oleh Allah SWT adalah sebuah ayat untuk membina pemikiran. "Iqra", Bacalah..... ianya tidak mungkin berlaku kepada merka yang rosak akal pemikiran. Iqra' adalah ayat kepada mereka yang berfikir. jalan mana untuk kita halakan pemikiran? " jalannya adalah Iqra Bismirabbikal lazi Khalak..... bacalah dengan nama tuhanMu yang menjadikan makhluk.makanya setiap pemikiran manusia mesti berasaskan ajaran wahyu. Mesti berpandukan ajaran rabbaniah. tidak boleh semata-mata berpandukan kekuatan akal melalui kajian dan penelitian tanpa dirujuk kepada wahyu.

lantaran itu, serangan melalui pemikiran dilakukan dengan dua cara. pertamanya adalah dengan mengalih perhatian manusia kepada aspek yang melaghakan. Ini kerana setiap perkara yang melaghakan paksinya adalah nafsu dan lawannya adalah akal.Keduanya adalah dengan mengalihkan pemikiran manusia daripada pemikiran berteraskan wahyu kepada pemikiran berteraskan nafsu. makanya segala hujjah adalah didasarkan untuk mencari kemenagan bukannya mencari kebenaran.

serangan ini kesannya adalah amat dahsyat kerana ianya melangkaui sempadan negara,umur,jantina, bangsa dan agama. serangannya meliputi golongan sekular dan agama. Serangannya meliputi ahli ilmu dan juhala. yang lebih dahsyat, serangannya meliputi ulama dan awam. kesannya begitu parah namun keparahan yang dialami hanya dapat disaksikan oleh mereka yang berlindung dengan dua senjata yang ditinggalkan oleh baginda rasulullah saw iaitu Al quran dan Al Sunnah.

Akan bersambung......

Apa Fokus Sebenar KAGAT

Sejak akhir-akhir ini sudah kedengaran desas desus suara-suara mempertikaikan peranan KAGAT khususnya dalam membina kerohanian warga tentera. Ada yang mempertikaikan kononnya KAGAT kini jauh berbeza dengan KAGAT dahulu. Ada suara-suara yang mengatakan KAGAT kini sudah hilang tujuan asal penubuhan.

Apapun yang diperkatakan tentang KAGAT , ianya merupakan satu cabaran untuk kita fikirkan dengan rasional. Ini kerana core bussines utama kita adalah berdakwah membawa manusia kearah jalan kebaikan yang diredhai tuhan. Bila ada orang yang mempertikaikan kita maka bagi kita semua, seharusnya melakukan post mortem dengan serapi-rapinya agar segala kelemahan yang berlaku dapat ditangani dengan sebaik mungkin.

dalam posting ringkas ini Skot79 ingin mengajak para pembaca melihat kedalam diri sendiri. Apa yang telah kita lakukan untuk misi dakwah kita? Tidak dinafikan bahawa ramai diukalangan warga KAGAT berkerja dengan tekun tanpa mengharapkan pujian atau balasan apa-apa. Atau dengan kata lain mereka melakukan dengan penuh keikhlasan kerana Allah.Dalam pada itu Ada juga yang melakukan kerja secara wayang cina. Maksudnya kalau ada keuntungan untuk diri sendiri maka kerja itu dilakukan dengan sebaik mungkin. kalau tidak nampak apa-apa faedah untuk diri sendiri maka tidak adalah kerja yang akan dilakukan. Sebaliknya golongan seperti ini akan mempertikaikan kerja orang lain dan cuba mengangkat diri sendiri agar dilihat hebat. Inilah wajah wayang cina yang saya maksudkan.

Golongan seterusnya adalah golongan mayat hidup. Adanya merteka dalam organisasi tak ada apa-apa faedah. Entah apa yang dilakukan untuk organisasi. Balik kerja, isteri nampak penat bukan main. Mungkin isteri menyangka banyaknya kerja yang dilakukan dipejabat tetapi kalau minta di tulis di atas kertas A4 apa yang telah dilakukan pada hari itu mungkin tak sampai satu baris ayatpun yang mapu dicatatkan.bagi saya golongan macam ini baiklah berhenti awal. Sekurang kurangnya adalah juga peluang untuk orang bawahan meningkat dalam kenaikan pangkat. Bukankah itu boleh mendorong motivasi orang bawahan yang ingin bekerja dengan ikhlas hati. Golongan seterusnya adalah mereka yang tergolong dalam golongan hiper aktif. Bukan hanya tugas rutin sahaja yang dilakukan bahkan mereka akan melakukan berbagai bagai aktiviti bagi memenuhi misi dakwah mereka.

Okeylah Skot.... Kita berhenti disini dulu. Nanti kita akan bincangkan tentang tahap pemikiran pula. Agak lawak jika didapati masih ada lagi orang yang berfikiran sepuluh tahun kebelakang dalam organisasi kita ini. Apa maksudnya nanti saya akan terangkan. Walaubagaimanapun saya mat bersyukur kerana masih ada lagi individu yang berfikiran 20 tahun kehadapan. Namun sayangnya penggerak kearah merealisasikan pemikirannya itu berada di tahap sepuluh tahun kebelakang. Jadi jika di jumlah beza pemikiran antara individu ini dan golongan itu adalah 30 tahun. Bayamngkan 30 tahun dahulu .....

Di Mana KAGAT Kini?

KAGAT yang telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 April 1985 merupakan Kor ke 16 dalam Tentera Malaysia. Ruang tugas KAGAT bukan hanya tertumpu kepada Perkhidmatan darat semata-mata tetapi ianya meliputi perkhidmatan Laut dan Udara.

Sebagaimana Chaplin Kor dalam tentera di dunia, KAGAT berperanan memberi perkhidmatan keagamaan kepada seluruh warga muslim angkatan tentera Malaysia. Ini berdasarkan kepada penetapan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Sepanjang perjalanan sejarah,KAGAT telah berjaya meraih kejayaan dalam usaha dakwahnya. Antara kejayaan besar yang telah dicapai oleh kagat adalah pengharaman minuman keras dalam kem-kem di seluruh negara. Atas keperihatainan pihak kepimpinan tertinggi negara dan tentera, satu dasar yang dikenali sebagai DASAR PEMBINAAN MENTAL DAN KEROHANIAN ISLAM atau lebih dikenali sebagai PMAT 9/91 berjaya digubal untuk memberi panduan dan kuasa kepada KAGAT melaksanakan aktiviti keagamaan secara sistematik.

Atas kejayaan yang dicapai oleh KAGAT juga, maka pihak kerajaan Malaysia telah memberi kepercayaan untuk melantik Pengarah KAGAT ke jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri memegang portpolio menteri hal ehwal keagamaan. Sehingga kini, sejarah telah melakarkan seramai dua orang pengarah KAGAT telah dilantik sebagai menteri agama. Ini membuktikan kepercayaan pihak pemimpin tertinggi negara terhadap kemampuan KAGAT dan peranannya dalam membantu merialisasikan dasar kerajaan.

Kepercayaan kerajaan merupakan sesuatu yang amat besar. Sehingga kini, amanah yang telah diberikan oleh kerajaan kepada dua orang bekas pengarah KAGAT ternyata kena pada tempatnya. apa yang merisaukan, apakah kejayaan yang telah dikecapi oleh KAGAT itu mampu dijaga dan diteruskan untuk masa hadapan. Jawapannya... YA! SEKIRANYA PENGARAH ADALAH ORANG YANG SELAYAKNYA MENDUDUKI TEMPAT ITU.

Peranan pengarah KAGAT adalah amat penting bagi menerajui bahtera KAGAT menuju kedestinasi agar ianya dapat sampai dengan selamat. Namun sekiranya nakhoda yang menerajui KAGAT berada dalam dunia yang tidak diketahui mana tempatnya, maka dikhuatiri bahtera yang bernama KAGAT ini akan tenggelam ditengah laut. bagi mereka yang merasai bahtera yang yang dinaikinya hampir karam mungkin mereka bertindak dengan berenang bersendirian menuju kepantai atau menumpang Bahtera lain. bagaimana pula dengan mereka yang bertungkus lumus menjaga bahtera agar tidak tenggelam sedangkan nakhoda bertindak menebuk lubang disekeliling kapal???

Ingatlah pesanan rasulullah kepada Abu Zar Al Ghafiri... ANTAL DAHIF WA HAZIHIL AMANAH.

DAN INGATLAH PESANAN RASULULLAH SAW : IZA WUSIDAL AMRU ILA GHAIRI AHLIHI FAN TAZIRUL SA A'AH.

MAKA bagi Skot79 semua.. renung-renungkanlah kerana kitalah BAKAL PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN. Bila masa hadapan tu? Mungkin sekarang......

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran




6 pegawai Skot79 telah mengikuti Kursus pengajaran dan Pembelajaran yang telah dianjurkan oleh ILMI pada 31 Jan hingga 2 Februari yang lalu. Kursus ini telah di kendalikan sepenuhnya oleh pakar pendidikan daripada Universiti Islam Antarabangsa malaysia. mereka yang telah mengikuti kursus ini terdiri daripada Mej Muhammed Abdil Wadid Al 1 Bgdi, Mej Zainal Abidin, Mej Osman Al Pelanduki, Mej Hisyamuddin Al Ilmi, Kapt Hj Roslan Al Profesori Al Ilmi dan Kapt Hafidi Al TLDEmmi.