Tazkirah Buat Skot79

Lapan Perkara Utama Penghalang Iman & Jihad

(سورة التوبة)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ آبَاءكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاء إَنِ اسْتَحَبُّواْ الْكُفْرَ عَلَى الإِيمَانِ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (٢٣)قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (٢٤)
Terjemahan:
(23) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(24) Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(At-Taubah) 23-24)
Sebab Turun Ayat:
Al-Kaliby berkata: Ketika Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) menyuruh para sahabat agar berhijrah ke Madinah, maka mereka pun menyampaikan berita tersebut kepada bapa-bapa, anak-anak dan isteri-isteri mereka. Sebahagian mereka menerima seruan tersebut dengan segera dan perasaan gembira, dan ada pula yang merasa keberatan meninggalkan keluarga tersayang, dan akhirnya mereka enggan berhijrah. Lalu Allah SWT menegor sikap mereka dengan menurunkan ayat ini.
Tafsir Ayat:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas kekafiran atas keimanan
Maksudnya: Hai orang-orang telah benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya, janganlah kamu menjadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu sebagai pemimpin kamu sehingga kamu sanggup menolong mereka memusuhi dan memerangi orang-orang beriman, dan sanggup mengintip rahasia orang-orang beriman, strategik dan taktik perang mereka untuk disampaikan kepada bapa-bapa dan saudara-maramu yang kafir itu.
Dalam ayat di atas Allah SWT khususkan menyebut bapa-bapa dan saudara-saudara karena tidak ada kerabat yang lebih dekat daripada mereka. Namun demikian Allah SWT melarang menjadikan mereka pemimpin (orang-orang yang wajib dipatuhi) sekiranya mereka lebih mengutamakan kekafiran daripada iman. Ini sebagaimana larangan Allah dalam ayat yang lain:
“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu);
(Al-Maidah :51)
Ayat ini pula menjelaskan bahwa kerabat yang sebenarnya adalah kerabat atas dasar agama, bukanlah kerabat atas dasar nasab (keturunan).
Namun demikian Ihsan dan Hibah (memberi sesuatu) kepada ibubapa dan saudara-mara yang masih kafir dikecualikan daripada “kepimpinan” di atas. Ini berdasarkan riwayat Asmaa, katanya:
“Ya Rasulallah, ibuku datang menemuiku karena sangat rindu kepadaku, sedangkan beliau seorang musyrikah (penyembah berhala), apakah saya layani dan hubungi dia. Rasul (sallallahu alaihi wasalam) menjawab: Hubungilah ibumu itu”.
[HR Bukhari]
dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim
Maksudnya: Barangsiapa yang menjadikan mereka sebagai pemimpinnya sedangkan mereka dalam keadaan demikian (kafir), maka orang tersebut termasuk orang-orang yang menzalimi dirinya sendiri dan menzalimi golongannya karena tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Mereka meletakkan wilayah (kepimpinan) pada tempat yang sepatutnya (berlepas diri dari mereka), meletakkan mawaddah (kasih sayang) pada tempat yang sepatutnya ‘adaawah (permusuhan).
Dalam ayat berikut Allah SWT menjelaskan lapan perkara yang sangat besar pengaruhnya dalam kehidupan manusia sehingga banyak di antara mereka yang karena terlalu terpengaruh dengannya telah sanggup menggadai iman mereka kepada Allah dan Rasul serta Jihad pada jalan Allah.
Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) jihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”
Maksudnya: Sekiranya kamu lebih mencintai lapan perkara itu iaitu lebih mengutamakan ibubapa, anak-anak, adik-beradik, isteri-isteri, kaum kerabat, harta kekayaan, perniagaandan tempat tinggal yang kamu sukai, daripada mencintai atau mentaati Allah dan RasulNya serta Jihad di jalanNya yang boleh membawa kamu kepada kebahagiaan yang abadi di akhirat, maka tunggu sajalah hukuman daripada Allah, apakah dalam bentuk azab yang segera di dunia ini ataupun azab yang ditangguhkan di akhirat nanti.
Mungkin lapan perkara di atas dapat kita ringkaskan dalam empat bentuk pengaruh:
1. Pengaruh Kekeluargaan (Ibubapa, Anak, Saudara, Isteri)
2. Pengaruh Harta Kekayaan yang diusahakan
3. Pengaruh Perniagaan yang dikhawatiri akan rugi
4. Pengaruh Tempat Tinggal yang selesa.
1. Pengaruh Kekeluargaan
Sudah menjadi fitrah atau sifat semulajadi setiap manusia mencintai keluarganya. Anak mencintai ibubapanya, ibu bapa cinta kepada anak-anaknya, suami isteri saling mencintai. Begitu juga adik-beradik dan kaum kerabat.
2. Pengaruh Harta Kekayaan yang diusahakan
Setiap manusia mesti sayang kepada hartanya, terutama jika harta miliknya itu hasil jerih payah yang diusahakannya selama ini. Jadi adalah wajar kalau ia sangat menyayanginya.
3. Pengaruh Perniagaan yang dikhawatiri akan rugi
Kebiasaannya harta kekayazn yang terkumpul adalah hasil daripada perniagaan karena ia merupakan salah satu sumber utama untuk mendapat kekayaan. Justeru itu kecenderungan manusia kepada dunia perniagaan dan selalu bimbang kalau-kalau perniagaannya ditimpa kerugian adalah suatu sifat yang wajar.
4. Pengaruh Tempat Tinggal yang selesa.
Memiliki tempat tinggal yang baik lagi selesa adalah menjadi idaman setiap insan. Nabi (sallallahu alaihi wasalam) pernah bersabda bahwa di antara kebahagiaan anak cucu Adam ialah isteri yang salihah dan tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad – Lihat Artikel “Ihsan Dan Kebahagiaan (Al-Hadis)”.
Walaupun Islam mengakui bahwa mencintai lapan perkara di atas sudah menjadi fitrah dan sifat semulajadi setiap insan namun demikian Allah SWT menghendaki agar manusia hendaklah melebihkan cinta mereka kepadaNya dan RasulNya serta Jihad di jalanNya. Maksudnya: Mereka mestilah sanggup berjuang demi memenuhi kehendak Allah dan RasulNya walaupun kadang-kadang mereka terpaksa mengorbankan lapan perkara di atas.
maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik
Maksudnya: allah SWT memberi amaran keras kepada orang yang lebih mencintai lapan perkara di atas daripada mencintaiNya dan mencintai RasulNya serta Jihad pada jalanNya bahwa azab Allah akan ditimpakan ke atas mereka. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batasan balasanNya iaitu jika mereka mengabaikan hukum-hakamNya.
Cara Memperkuat Iman Dan Jihad:
Di antara langkah yang perlu diambil supaya kecintaan kita terhadap lapan perkara di atas jangan sampai mengatasi kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya dan Jihad di jalanNya ialah kita mestilah memperbanyak zikir, fikir, tadabbur (menghayati) ayat-ayat Al-Quran dan iltizaam berpegang teguh dengan hukum-hakam agama. Insya Allah, jika langkah-langkah ini dilalui niscaya kita akan mendapat pertolongan Allah SWT.

Ust Dr Abdullah Yasin

al-nida.com.my



Siapa wahhabi

akhir-akhir ini Persoalan Wahhabi menjadi satu persoalan yang mengundang polemik dikalangan masyarakat kita. Lebih memburukkan keadaan bila persoalan ini sengaja dibangkitkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri baik untuk mencari nama atau membalas dendam di atas permusuhan peribadi.

Siapa wahhabi dan bagaimana nama ini boleh muncul dikalangan umat Islam WAJIB di fahami dan diketahui oleh seluruh umat Islam. Skot79 mengajak seluruh warga SKOT79 agar melihat persoalan ini dari sudut Ilmiah agar kita tidak tersasar dengan menuduh sesuatu golongan itu dengan tuduhan yang tidak benar. apatah lagi bila ianya melibatkan persoalan akidah umat Islam.

Dari mana Istilah wahhabi muncul?

Sila klik link ini untuk maklumat lebih lanjut

http://www.scribd.com/doc/9400250/Siapa-Pencetus-Pertama-Istilah-Wahhabi

Tahniah

Skot79 mengucapkan setinggi-tinggio tahniah buat sahabat kita Mejar Nizar zaharin yang telah sempurna pemakaian pangkatnya pada 6 November yang lepas. Semoga skot kita yang seorang ni terus maju dalam lapangan yang diceburi... tak lupa juga ucapan Tahniah buat Mej hj Tirmizi Al Hafiz wal Hafuz yang juga telah dipakaikan pangkat Mej pada 27 Ogos 2009 bersamaan 6 ramadhan yang lalu. So ni ucapan dari beberapa orang Skot yang terpilih:

bukan setakat ucap je...kenduri bilanyer......tak sabar la..nak merasa duit mejar jabatan arah..hehehe..kapten Tua rahim teh KD Pelanduk...( Mursyidul Am Suami Curang)

gu, tahniah. moga terus berjaya. jenguk kawan2 sama. Rindu masakan Hj Tirmizi. tok penghulu. ( Penasihat Khas Presiden)

Alfu Mabruk...smoga dgn pemakaian pgkat skot akan mmbri smangat dn rnsangan pd skot2 yang lain..Mej Nizar nice name..bravo zulu.. From Mej Osman (Presiden suami Curang)

Salam 79

Assalamualaikum Skot79.
lama tak dengar berita skot-skot semua. apa perkembangan terkini pun banyak yang tak diketahui. cuma untuk makluman Skot79 semua....
sahabat kita Hj Tabizi(Tirmizi) dah pakai Mejar... Kapten hasbullah Donna dah melapor ke 10 Bgd PARA. Tok Penghulu kita dah balik dari belayar. Sekarang ni cuma belayar kat rumah aje lah. Minggu lepas Lt Kol Hj Jaafar dan Mej Rashidi datang ke KD Pelandok untuk Pemeriksaan Tadbir. Alhamdulillah... banyak yang dapat dipelajari dari mereka berdua. kapten Rahim macam biasa tak berhenti bercakap... tu dok tension bini kat Labuan. Baru dia tahu seksanya berjauhan daripada keluarga. bagi mereka yang terpilih untuk berkhidmat dengan tabung Haji ke Mekah.. Penerbangan pertama akan berlepas pada 24 hb ni. Esok. Skot kita tak ada pun yang terpilih Skot junior dari kita ada yang terpilih. Kenapa Skot kita tak terpilih seorang pun.. tak tahulah. Mungkin Skot kita hebat-hebat kot atau Skot kita tak layak. Wallahu a'lam. Yang pasti ada yang diberi rezeki oleh Allah... Baru balik dari Luar negara teruis dapat pergi Haji pulak.. Itulah rezki namanya. Apa pun segalanya akan dihitung balik oleh Allah diakhirat nanti.

Sebagai penutup nya kawe mendoakan agar Skot yang belum tercalon untuk pakai Mek akan dipermudahkan dan dipercepatkan ioleh Allah. Insya Allah.. Skot kita akan terus maju dalam segala bidang
Sekian Salam Skot79

Selamat Menjalani Ibadat Puasa

Meskipun puasa tinggal hanya beberapa hari lagi, kami tidak lupa mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa dan Selamat Mengjar lailatul Qadar. Seronoknya, semalam baca satu artikel yang mengatakan lailatul qadar sebenarnya sudah tidak ada. maksudnya, pencarian lailatul Qadar pada 10 Mlam terakhir Ramadhan adalah perbuatan sia-sia.

ya, ini adalah pendapat karut dari kumpulan anti hadis walaubagaimanapun, diharapkan agar skot79 dapat meneliti dalil-dalil yang dibawakan oleh mereka bagi tujuan menambahkan pengetahuan dan persiapan berhujjah.

tak lupa juga nak maklumkan bahawa Tok penghulu kita sudah selesai dari projek pelayarannya. Sekarang dah berada di atas darat dan mungkin belayar atas katil kot.

Apapun Selamat mengjar Lailatul Qadar. Salam Ramadhan dari Skot79.

Diskusi Ilmiah Bersama TPO

Timbalan Pengarah Operasi KAGAT Kol Hj Nawawi bin Hj daud telah mengadakan Diskusi Ilmiah bersama warga TLDM Lumut pada 14 Ogos 2009 bertempat di Masjid An Nur Lumut. Sebelum itu, TPO telah mengadakan perjumpaan bersama warga KAGAT TLDM Lumut.

Tahniah Atas Kelahiran Anak

Skot79 mengucapkan tahniah buat Kapten Mohd Zaman diatas kelahiran cahaya matanya yang ke5. Semoga tereus produktif bagi menambahkan bilangan umat nabi Muhammad saw di muka bumi ini. Semoga anak yang dilahirkan itu bakal menjadi pejuang sebagaimana bapanya. Amin

Pelayaran Tunas Samudera (1)


11 Jul 09

KLD Tunas Samudera telah memulakan pelayaran menuju ke Sulawesi Utara, Indonesia bagi menyertai upacara dunia iaitu Sail Bunaken 2009 pada jam tepat 0930 dari jeti Tambatan Pangkalan Lumut. Jadual masa pelayaran sepatutnya pada jam 0900, tetapi terpaksa dilewatkan setengah jam untuk member laluan kepada DYMM seri Paduka Yang Dipetuan Agong yang telah berangkat tiba ke pangkalan TLDM Lumut bagi menyempunakan Upacara Pengtauliahan Pegawai Kadet TLDM di KD Pelandok. Pelayaran telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama yang telah ditumpangkan ke KLD Tunas Samudera sempena Pelayaran ini. Bacaan doa memohon keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kapal dan memohon agar dipermudahkan segala urusan pergi dan balik serta dijauhi daripada segala perkara yang tidak diingini. Kandungan doa juga tidak lupa memohon kesejahteraan, kesihatan berpanjangan dan pemeliharaan Allah Taala kepada anak-anak dan isteri-isteri yang telah ditinggalkan di sepanjang pelayaran ini.

Keadaan laut agak bergelora, cuaca agak panas, matahari tepat di atas kepala, pening sudah mula terasa, tekak telah mula meloya di saat itulah azan dikumandangkan dengan penuh semangat oleh anak kapal yang bertugas. Solat zohor secara jamak dan qosar dilaksanakan berjamaah dalam keadaan duduk. Bahang panas amat terasa ditambah lagi dengan ulikan kapal ke kiri dan kanan lantaran hentaman ombak yang tidak menentu. Semangat juang dan jati diri anak-anak kapal yang tinggi bisa mengalahkan segala mehnah dan cabaran. Gurauan ombak masih dengan egonya dibawa hingga petang. Azan tetap dikumandangkan oleh anak kapal bertugas menunjukkan waktu maghrib menjenguk kami. Solat maghrib dan isya’ dilaksanakan diikuti solat hajat bagi memohon bantuan Ilahi. Kekuatan fizikal anak-anak kapal tiada tandingan, kekuatan rohani perlu diseimbangkan, lantaran itu Pegawai Memerintah meminta pegawai agama merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan merangkumi kuliah-kuliah agama selepas solat, kelas fardhu ain dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran serta kelas bimbingan bagi anggota yang kurang mahir berkaitan bacaan al-Quran. Tazkirah ringkas telah diadakan diikuti bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Kandungan tazkirah adalah menghuraikan hadis nabi s.a.w. “ Sembahyang itu adalah tiang agama, sesiapa yang menunaikan solat beerti telah menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkan solat beerti telah meruntuhkan agamanya”. Anak-anak kapal telah diseru agar tidak meninggalkan solat bagi memastikan jati diri dan keimanan mereka kukuh dan menghalang unsur-unsur yang tidak sihat meresapi dan mempengaruhi jiwa dan kehidupan mereka.

11 Jul 09

KLD Tunas Samudera telah memulakan pelayaran menuju ke Sulawesi Utara, Indonesia bagi menyertai upacara dunia iaitu Sail Bunaken 2009 pada jam tepat 0930 dari jeti Tambatan Pangkalan Lumut. Jadual masa pelayaran sepatutnya pada jam 0900, tetapi terpaksa dilewatkan setengah jam untuk member laluan kepada DYMM seri Paduka Yang Dipetuan Agong yang telah berangkat tiba ke pangkalan TLDM Lumut bagi menyempunakan Upacara Pengtauliahan Pegawai Kadet TLDM di KD Pelandok. Pelayaran telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama yang telah ditumpangkan ke KLD Tunas Samudera sempena Pelayaran ini. Bacaan doa memohon keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kapal dan memohon agar dipermudahkan segala urusan pergi dan balik serta dijauhi daripada segala perkara yang tidak diingini. Kandungan doa juga tidak lupa memohon kesejahteraan, kesihatan berpanjangan dan pemeliharaan Allah Taala kepada anak-anak dan isteri-isteri yang telah ditinggalkan di sepanjang pelayaran ini.

Keadaan laut agak bergelora, cuaca agak panas, matahari tepat di atas kepala, pening sudah mula terasa, tekak telah mula meloya di saat itulah azan dikumandangkan dengan penuh semangat oleh anak kapal yang bertugas. Solat zohor secara jamak dan qosar dilaksanakan berjamaah dalam keadaan duduk. Bahang panas amat terasa ditambah lagi dengan ulikan kapal ke kiri dan kanan lantaran hentaman ombak yang tidak menentu. Semangat juang dan jati diri anak-anak kapal yang tinggi bisa mengalahkan segala mehnah dan cabaran. Gurauan ombak masih dengan egonya dibawa hingga petang. Azan tetap dikumandangkan oleh anak kapal bertugas menunjukkan waktu maghrib menjenguk kami. Solat maghrib dan isya’ dilaksanakan diikuti solat hajat bagi memohon bantuan Ilahi. Kekuatan fizikal anak-anak kapal tiada tandingan, kekuatan rohani perlu diseimbangkan, lantaran itu Pegawai Memerintah meminta pegawai agama merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan merangkumi kuliah-kuliah agama selepas solat, kelas fardhu ain dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran serta kelas bimbingan bagi anggota yang kurang mahir berkaitan bacaan al-Quran. Tazkirah ringkas telah diadakan diikuti bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Kandungan tazkirah adalah menghuraikan hadis nabi s.a.w. “ Sembahyang itu adalah tiang agama, sesiapa yang menunaikan solat beerti telah menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkan solat beerti telah meruntuhkan agamanya”. Anak-anak kapal telah diseru agar tidak meninggalkan solat bagi memastikan jati diri dan keimanan mereka kukuh dan menghalang unsur-unsur yang tidak sihat meresapi dan mempengaruhi jiwa dan kehidupan mereka.

Pengarah KAGAT melawat TLDM LUMUT

majlis diolog bersama pengarah KAGAT yang baru, Brig Jen Hj kamarudin bin Mamat telah diadakan di dewan PPI masjid An Nur Lumut. Seramai 31 orang pegawai serta anggota KAGAT Lumut mengikuti program yang amat bermakna dan bersejarah ini. Tahniah kami ucapkan kepada pengarah kerana bekerja keras untuk membawa dan mengekalkan KAGAT ke mercu kegemilangan.

Al Fatihah

baru sekejap tadi dapat berita Ayah Kapten Zainal Azira telah kembali ke rahmatullah jam 1910 di rumahnya di Taman intan. malam ini akan di bawa kw Jengka dan akan di kebumikan di sana. Minggu Lepas Kakak kepada Kapten Zainal Abidin telah kembali kerahmatullah di Hospital Universiti Sains malaysia kerana serangan barah. Al Fatihah bagi kedua ahli keluarga Skot79 kita.

Selamat Menyambung Ulang Tahun ke 10

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 10 PERKHIDMATAN SKOT79.
SEMOGA SKOT79 TERUS MAJU, DIMURAHKAN REZKI, BERTAMBAH IMAN, BADAN SIHAT SERTA IKHLAS KERJA WALAUPUN PANGKAT AGAK SLOW. HIDUP SKOT79.

Assalamualaikum skot Semua

Berita baik bagi mereka yang ingin membina blog tetapi malas untuk mengupdatekan blog mereka. dapatkan....maklumat secara percuma melalui link di bawah....

Hidup blogger

http://www.rahsiaautoblog.com/index.php?ref=mrzainal

Tahniah

Skot 79 mengucapkan tahniah kepada Tok Penghulu Skot79 yang telah mendapat cahaya mata yang ke lima pada minggu lepas. Semoga terus menambahkan bilangan umat Muhammad saw. Insya Allah.

Bila Ulama Terperangkap Dalam Kerangka Jumud

Kejatuhan Khilafah Othmaniah ditangan Mustaffa kamal Antartuk merupakan salah satu malapetaka terbesar bagi umat Islam. Kejatuhan itu bukan hanya beerti kejatuhan sebuah pemerintahan bahkan ianya juga membawa erti kejatuhan pemikiran yang mengaplikasikan robeknya sebuah kesepakatan dan kemuafakatan seagama.kebanyakan Umat Islam membawa haluan dalam kelompok masing-masing.

percambahan pemikiran seolah-olah telah mati. para ulamak lebih suka membicarakan serta membahas hukum-hukum Feqah yang telah dikaji oleh ulamak silam tanpa berusaha menyesuaikan dengan keperluan feqah setempat dan sezaman. Taklid membuta tuli sudah menjadi seolah-olah rukun dalam agama. Jikapun ada pembaharuan yang cuba dibawa oleh sekelompok ulama, mereka akan diserang habis habisan serta dilabel sebagai kaum muda, penganut wahabism, sesat dan sebagainya.Pintu ijtihad seolah-olah dikunci serapat-rapatnya. Proses pemikiran hanya ditumpukan kepada menegakkan hujjah bagi membuktikan pegangan yang dianutinya adalah yang paling betul dan murni tanpa merujuk kepada adabul ikhtilaf.

sayang sekali, ramai ahli agama yang tersesat dalam lavel serta sudut yang sama sedangkan mereka merasakan bahawa mereka telah sampai ke level yang teratas.Pendapat dan hujah Mereka yang telah sampai Ditingkatan lebih atas tidak mampu difahami kerana mereka terlindung oleh dinding kejumudan dan taklid buta. hujah 'guru' mereka seolah-olah sama taraf dengan al Quran dan Al hadis yang tidak boleh dipertikaikan sedangkan hanya dua rujukan ini sahajalah yang tidak boleh dipertikaikan sebaliknya ianya hendaklah dikaji dan diteliti rahsia serta maksud yang tersirat.

paling malang bila ulama telah terkepung dalam penyakit kemerosotan intelek maka mereka yang bukan mempunyai asas agama serta tidak mempunyai otoriti (yang tidak ada asas pengajian agama meliputi pengajian Al Quran, Al hadis samada seca foremal atau informal ) mengambil tempat membahaskan persoalan agama sehinggakan kepada persoalan yang komplik. jadilah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW " ... maka mengambillah manusia itu ketua dari kalangan mereka yang tidak berilmu , ia akan ditanya dengan sesuatu persoalan maka ia akan memberi jawapan yang tidak berasaskan kepada ilmu pengetahuan maka jadilah ia seorang yang sesat lagi menyesatkan"

Mana Perginya Skot79

Cuaca kat Genting malam ini agak sejuk. Skot kita .. Kapt Zainal, Kapt Samsul Arianas dan Kapt Hanafiah terlibat dengan Tim Penulisan CBQ T2. Kapt Hanafiah terlibat dengan multaqa CBQ. Sekejap tadi baru lepas dengar ucaptama dari Kol Ku. walaupun ringkas namun banyak pengajaran yang dapat diambil. Antaranya, kerja dengan ikhlas, komitmen pada kerja dan yakinlah segala sesuatu itu ditentukan oleh tuhan.

balik ke bilik cuba buka komputer Alhamdulillah ada line dapatlah hantar post terbaru buat Skot79. Paling seronok dapat postkan ebook yang client pesan. Okey skot semua... Apa khabar kalian. Mana butiran dan gambar terkini. Kawe nak buat album Skot79 ni. Akhir kata salam ukhuwah dari penyelaras blog Skot 79. Buat Wadid dan Osman. Tahniah diatas pemakaian pangkat Mej. Sekian wassalam.

Album Pilihan

Inilah Bakal Pemimpin Masa Hadapan


















Yang Ni Tak hensem langsung

Muhasabah Diri Untuk Yang Tidak Sedar Diri


Skot79 yang dikasihi...

Saya doakan semoga kita semua dipermudahkan segala urusan di dunia ini dengan suasana yang harmoni terutamanya dalam mengejar habuan dunia...justeru itu..dalam kegilaan mengejar pangkat..harta...nafsu...saya menyeru diri hamba dan skot semua..jangan lah sekali-kali memijak dan memperendahkan diri oarng lain..dengan mendabik dada bahawa hanya diri kita yang okay..yang lain-lain itu...tidak sebagus kita....kadang kala..kita juga lupa...dalam mengejar sedikit kemewahan..kita sanggup menganiaya sahabat handai demi mencari sedikit kepuasan hidup...yang kadangkala menjejaskan hubungan keakraban..kerana ada yang terasa teraniaya...kadangkala kita juga mendakwa diri kita mempunyai ilmu agama yang tinggi...tapi...dari segi pengunaan emosi dan pengurusan...adalah sebaliknya.... justeru itu.. marilah sama-sama kita memahirkan dalam mengurus emosi kita menurut acuan yang dituntut dalam agama...semoga kita dikasihi oleh makhluk yang berada di sekeliling kita...hehehheee
Oleh : Capt rahim king Awang The



(p/s : gambar terbaru Kapt Rahim.....)

Peringatan Tuhan

Assalamualaikum Skot Semua!
Dunia sekali lagi dikejutkan dengan serangan selsema binatang. Kalau dulunya selsema burung namun kalu ini lebih dahsyat lagi iaitu selsema babi. Walaupun negara kita masih bebas daripada wabak ini namun sayugia di ingatkan agar kita sentiasa berwaspada. Semua yang berlaku ini adalah peringatan dari tuhan agar kita tidak mengambil mudah tegahan dan suruhanNya. Semoga Skot 79 sentiasa maju. Sekian Wassalam.
Mr Kapt Zainal

Salam Ingatan

Salam persaudaraan untuk Skot79.
Apa khabar skot-skot semua. Rindu nak dengar cerita terkini skot-2 lagipun HUT hari tu tak dapat hadir disebabkan miss comunication. Walauapapun diharapkan agar skot-2 semua dalam keadaan baik. skot79 di KD Pelandok mendoakan agar kite semua diberi peluang yang lebih besar untuk melaksanakan tanggungjawab namun...perasaan pemikiran negatife perlu dihindarkan..supaya kite dapat mengecapi nikmati hidup dgn selesa...so pengurusan kita perlu bijak dalam mengurus emosi. Okey skot semoga kita jumpa lagi.
Ikhlas dari
Kapt Zainal n Kapt Rahim

utusan Terkini Tok Penghulu Skot79

Assalamualaikum..
sebelum memulakan bicara, sekalong ucapan tahniah daripada skot 79 kepada YBhg Kol Kamarudin di atas perlantikan sebagai pengarah KAGAT yang baru. Kami skot 79 akan memberi kerjasama, sokongan yang terbaik kepada YBhg pengarah.

Kepada Kapt Mohd Bakhtiar, Kapt Nizar, Kapt Hisyamuddin diucapkan jutaan terima kasih, kerana sentiasa mengambil perkembangan blog ini, yang lain tak nampak respon pun???/;,;/;

Kepada semua skot 79, mohon hantar Biodata dan perkembangan terkini diri tuan2.... standard format. emelkan kepada alamat kaptenzainal@hotmail.com. tq. semoga semua ceria selalu.. daripada tok penghulu.


Ikhlas Dari Tok Penghulu Skot79
Kapt Sakri

Berita Terkini Skot79

Assalamualaikum Skot yang dihormati.

salam ingatan daripada tok penghulu, semoga semua skot 79 beroleh kecerian dan kesihatan yang berpanjangan. selamat menyambut HUT KAGAT yang ke 24. Sempena sambutan kali ini, harapan dan doa semoga skot 79 sentiasa maju mara ke hadapan dan cemerlang.

Perkembangan Skot79 terkini.
Rosdin , saiful dan darul naim sudah menerima kad pengenalan awam masing-masing. kapten(B) Rosdin sudah bergelar usahawan serai wangi. bagi sesiapa ingin mendapatkan bekalan serai wangi bolehlah berhubung dengan kapten Rosdin. Kapten (B) saiful Azani , seperti biasa. Terus maju dengan bussiness Insuran dan MLMnya. Kapten (B) Darul Naim masih belum diketahui status kekayaannya. YB Jo tidak tercalon dalam kabinet baru, tapi bintang bersinar sebab anak buah JJ. 4 skot telah dihantar untuk misi di lumut, sorang dah hanyut dan telah diselamatkan oleh TUDM. sekarang kat subang. kabel baiklah tuuuuu. Masih tunggu lagi 2 orang skot yang akan datang ke sini.

okey... rasanya setakat ini dahulu perkembangan terkini Skot79. InsyaAllah blog ini akan diupdate setiap hari dan paling kurangpun 3X seminggu. Kita dah ada line internert free guuuuu.


Tok Penghulu skot79.

Air mata Gaza ....




Sekali lagi dunia Islam dikejutkan dengan kerakusan Israel menghentam penduduk asal negara palestin. Skot 79 tetap bersimpati dan berdoa agar seluruh pendudukl palestin dalam peliharaan Allah selalu. bagi Skot 79 marilah kita bersatu untuk tidak menjadi penyumbang secara tidak langsung dalam kempen membasmi penduduk asal palestin iaitu dengan tidak membeli produk keluaran Syarikat yang menyumbangkan untuk dana perang Israel spt Mc donald, Coca Cola, Syarikat Rokok, Starbuck dlll..... harap kita prihatin terhadap permasalahan yang berlaku kepada saudara kita di bumi palestin.