Takziah Daripada Skot79

Skot79 merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berbahagia Pengarah KAGAT diatas kembalinya ibu mertua beliau pada malam semalam. Jenazah selamat di semadikan selepas Jumaat petang tadi. Al Fatihah.

Skot 79 Kembali Menggegar

Salam persaudaraan buat Skot79


Sudah lama Blog Skot79 tidak di update. Bukannya merajuk atau hilang semangat sebaliknya, kerana kesuntukan masa dan keadaan yang tidak berapa mengizinkan. Walau apapun, Skot 79 sentiasa bersemangat untuk menyumbangkan bakti kepada kor dan perkhidmatan semata-mata kerana Allah. Di kesempatan ini juga Skot79 ingin mengucapkan tahniah kepada warga Skot yang mendapat anugerah samada berbentuk Quantiti atau Qualiti.

Skot 79 ingin merakamkan ucapan selamat berjuang kepada Mej Zainal Azira (Tok Wali) yang sekarang sedang berada di Afghanistan menggantikan Mej Hasbullah dan Mej Hj Tabizi (Tok Hafiz) serta Mej Syamsul Arianas yang berada di Lebanon. Dua orang skot79 ini adalah lambang kekuatan Skot79. Apa tidaknya, ramai lagi senior yang belum merasai berkhidmat di luar Negara , tetapi pucuk pimpinan tetap memilih Skot79. Itulah lambangnya kehebatan Skot79 dan bukti nyata terhadap kemampuan Skot79 untuk menerajui KAGAT di masa hadapan. Syabas Skot79.

Bagi yang gugur di tengah jalan tu…. Mej Azlisham (Medical), Mej Sakri (Medical) Mej Wadid ( Medical) anda semua tetap hebat. Kerana apa? Kerana anda telah menyahut cabaran untuk berjuang dan anda telah pergi melapor diri tetapi keadaan tidak mengizinkan maka anda di hantar pulang. Itu hebatnya Skot 79. Berani menyahut cabaran walauoun nyawa jadi taruhan. Mengikut maklumat yang di terima, Mej Sakri telah merayu-rayu untuk pergi berjuang tetapi Dr tidak membenarkan manakala Mej Wadid pula, telah melakukan latihan yang menyebabkan peluhnya keluar seperti percikan embun di pagi hari semata-mata untuk melayakan diri menyertai misi tetapi tersangkut dek tekanan darah yang terlalu laju mengatasi lajunya peluh. Itulah gambaran kehebatan dua orang skot kita, sanggup menggadai nyawa biarpun elaun yang ditawarkan tidak memadai.

Tidak lupa juga ucapan Selamat pulang kepada Skot yang telah menyelesaikan misi mereka bersana PBB stakat ini yang telah selamat pulang adalah Mej Hasbullah (Pak Lah) yang telah melaksanakan misi ke Afghanistan dan Mej Zul (Misi ke Lebanon). Pak Lah setakat ini telah menyertai 2 Misi antara bangsa. Pertamanya ke Timor Leste dan kedua ke Afghanistan. Kedua-dua misi ini bukannya mudah. Nyawa menjadi taruhan namun dek kekuatan diri Skot kita tetap mampu menggalas cabaran yang diamanahkan. Syabas Skot 79.