Di Mana KAGAT Kini?

KAGAT yang telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 April 1985 merupakan Kor ke 16 dalam Tentera Malaysia. Ruang tugas KAGAT bukan hanya tertumpu kepada Perkhidmatan darat semata-mata tetapi ianya meliputi perkhidmatan Laut dan Udara.

Sebagaimana Chaplin Kor dalam tentera di dunia, KAGAT berperanan memberi perkhidmatan keagamaan kepada seluruh warga muslim angkatan tentera Malaysia. Ini berdasarkan kepada penetapan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Sepanjang perjalanan sejarah,KAGAT telah berjaya meraih kejayaan dalam usaha dakwahnya. Antara kejayaan besar yang telah dicapai oleh kagat adalah pengharaman minuman keras dalam kem-kem di seluruh negara. Atas keperihatainan pihak kepimpinan tertinggi negara dan tentera, satu dasar yang dikenali sebagai DASAR PEMBINAAN MENTAL DAN KEROHANIAN ISLAM atau lebih dikenali sebagai PMAT 9/91 berjaya digubal untuk memberi panduan dan kuasa kepada KAGAT melaksanakan aktiviti keagamaan secara sistematik.

Atas kejayaan yang dicapai oleh KAGAT juga, maka pihak kerajaan Malaysia telah memberi kepercayaan untuk melantik Pengarah KAGAT ke jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri memegang portpolio menteri hal ehwal keagamaan. Sehingga kini, sejarah telah melakarkan seramai dua orang pengarah KAGAT telah dilantik sebagai menteri agama. Ini membuktikan kepercayaan pihak pemimpin tertinggi negara terhadap kemampuan KAGAT dan peranannya dalam membantu merialisasikan dasar kerajaan.

Kepercayaan kerajaan merupakan sesuatu yang amat besar. Sehingga kini, amanah yang telah diberikan oleh kerajaan kepada dua orang bekas pengarah KAGAT ternyata kena pada tempatnya. apa yang merisaukan, apakah kejayaan yang telah dikecapi oleh KAGAT itu mampu dijaga dan diteruskan untuk masa hadapan. Jawapannya... YA! SEKIRANYA PENGARAH ADALAH ORANG YANG SELAYAKNYA MENDUDUKI TEMPAT ITU.

Peranan pengarah KAGAT adalah amat penting bagi menerajui bahtera KAGAT menuju kedestinasi agar ianya dapat sampai dengan selamat. Namun sekiranya nakhoda yang menerajui KAGAT berada dalam dunia yang tidak diketahui mana tempatnya, maka dikhuatiri bahtera yang bernama KAGAT ini akan tenggelam ditengah laut. bagi mereka yang merasai bahtera yang yang dinaikinya hampir karam mungkin mereka bertindak dengan berenang bersendirian menuju kepantai atau menumpang Bahtera lain. bagaimana pula dengan mereka yang bertungkus lumus menjaga bahtera agar tidak tenggelam sedangkan nakhoda bertindak menebuk lubang disekeliling kapal???

Ingatlah pesanan rasulullah kepada Abu Zar Al Ghafiri... ANTAL DAHIF WA HAZIHIL AMANAH.

DAN INGATLAH PESANAN RASULULLAH SAW : IZA WUSIDAL AMRU ILA GHAIRI AHLIHI FAN TAZIRUL SA A'AH.

MAKA bagi Skot79 semua.. renung-renungkanlah kerana kitalah BAKAL PENERAJU KEPIMPINAN KAGAT MASA HADAPAN. Bila masa hadapan tu? Mungkin sekarang......

0 comments: